Wednesday, 9 July 2014

KILLTUBE - ACT 1

Malam yang hitam diganti dengan malam yang penuh dengan kepekatan. Bilik yang hitam mengelapkan suasana, hanya empat lampu, empat buat kamera, empat orang mangsa... dan seorang lelaki memakai topeng hoki dengan kedua-dua belah matanya berwarna merah seperti syaitan. Lelaki bertopeng hoki itu memakai baju hitam dan berseluar jeans dengan warna yang sama juga. Ditangannya digenggam erat dan kuat sebatang tukul kuku kambing.

Empat buah kamera canggih sedang merakam dari empat bahagian sisi berlainan, depan, belakang, kiri dan kanan.

Manakala empat orang mangsa itu telah diikat dengan tali di atas kerusi, kaki dan tangan. Bibir mereka telah ditutup dengan pita pelekat.

Pembunuh bertopengkan hoki itu menarik nafas sedalam-dalamnya sehingga sampai ke dalam paru-parunya dan menghembus keluar nafasnya. Pembunuh itu cuba mencari ketenangan dengan menarik tenaga positif dan melepaskan segala tenaga negatifnya.

Pembunuh itu mula mendekati mangsanya yang pertama. Mangsa itu menarik nafas dengan laju tanda ketakutan yang amat sangat.

Pembunuh itu memegang kepala mangsa. "Aku tak mahu berbicara panjang... Kenapa?! Kenapa?! Nekad betul perbuatan kau tu." Kata pembunuh itu.

"Sanggup kau gunakan wang dari rumah anak yatim semata-mata untuk kepentingan kau! Untuk apa?! Syarikat kapitalis? Oh tidak, tidak, tidak, Kalau tu yang berada dalam fikiran kau...aku takkan benarkan. Biarlah kau lenyap dari dunia ni."

Pembunuh itu dengan pantas membunuh mangsa dengan memukul sebanyak sepuluh kali di bahagian kepala mangsa dengan menggunakan tukul kuku kambing pada bahagian kuku tukul tersebut. Darah merah gelap yang pekat mula terpancut keluar dari kepala mangsa. Rambut, kulit, tengkorak kepala sehinggalah ke otak ditembusi oleh tukul itu. setelah selesai, pembunuh itu membiarkan tukul itu melekat pada kepala mangsa.

Pembunuh beralih ke mangsa kedua. "Meth, Ice, Ecstasy... Semua kau jual. Kau memang suka rosakkan anak bangsa ya...terutamanya orang Melayu. Biarkan mereka duduk di dalam dunia khayalan masing-masing yang akhirnya membawa kepada...kematian."

"Hari ni, kematian kau akan berjumpa dengan orang-orang yang kau dah khayalkan."

Dengan menggunakan Razor sharp blade, pembunuh itu mula mengelar leher mangsa dengan perlahan-lahan. Mangsa itu mula mengeletar kesakitan, darah yang banyak mula mengalir keluar dari leher dan mulutnya. Mangsa itu mati dengan serta-merta dengan darah berlumuran di seluruh badannya, kedua-dua anak matanya bertukar warna putih. Pisau tajam itu ditikam di bahu kanan mangsa oleh pembunuh itu sebagai tanda selesai.

Pembunuh itu bergerak ke arah mangsa ketiga. "Kau memang suka rasuah orang ya. Heh, orang macam kau ni kena tamatkan riwayat dengan cepat sebab... Kau ni pencalar keamanan negara."

Pembunuh itu mengeluarkan sepucuk pistol Glock 18 yang mempunyai 30 butir peluru dalam satu magazin. Pembunuh itu mengacukan pistol ke arah mangsa.

RATATATATATATA!!!!!!

Seluruh tubuh badan mangsa tersebut ditembusi oleh peluru pistol automatik itu. Darah terpancut keluar sehingga melekat ke dinding. Pembunuh itu meletakkan pistol miliknya itu di atas lutut kanan mangsa.

Pembunuh bertukar ke mangsa terakhir. "Aku paling benci orang macam kau ni. Tergamak kau buang benih kau sendiri ke dalam lubang kotor. Binatang pun lebih sayangkan anak dia. Kenapa kau sanggup buat macam tu?!"

"Anak kau sempat aku selamatkan sebelum dia mati, sekarang dia ada bersama dengan keluarga angkat."

"Teman wanita kau dah ditangkap oleh polis. Tapi kau! Aku takkan berikan kepada polis kerana aku ada hadiah special buat kau. Kau bersama dengan aku di dalam bilik ni."

"Anjing! Kau memang tak layak digelar sebagai bapa dan manusia."

Pembunuh itu mengambil senapang patah yang berada di tepi dinding bilik. Pembunuh itu mengacukan senapang patah itu tepat ke kepala dengan jarak yang sangat dekat. Mangsa itu mula menangis tanda menyesal dengan perbuatannya...tapi semuanya sudah terlambat.

BANG!!!

Kelongsong peluru keluar dari senapang patah tersebut sama seperti apa yang telah berlaku ke atas mangsa. Separuh daripada kepalanya hancur sehingga menampakkan tulang-tulang, isi-isi dan otaknya. Cebisan-cebisan isi daging dari kepalanya juga bertaburan di atas lantai bilik itu.

Selepas selesai hukuman itu, pembunuh itu mula memuat naik video hukuman tersebut ke dalam satu laman web khas yang menyiarkan video-video mengenai pembunuhan. Laman web itu hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Laman web itu bernama KillTube. Pembunuh itu memuat naik video itu di bawah channel miliknya sendiri Killer's Justice.

Pembunuh itu harus memuat naik video tersebut dengan cepat sebelum matahari naik, sebelum siang hari, sebelum dia menukarkan dirinya menjadi seorang anggota polis.


Saturday, 5 October 2013

Nature and City

When I go to the nature,
I can feel the positive energy,
I can feel when I touch the flower,
I can feel when I breathe the fresh air,
I can feel when I see the caring and loving animals,
I can feel the freedom without no boundary,
I can feel my body connect with the nature

When I go to the city,
I can feel the negative energy,
I can feel when I touch the metal structure,
I can feel when I breathe the dirty air,
I can feel when I see the selfishness human,
I can feel the law without no freedom,
I can feel my body connect with the city

Wednesday, 25 September 2013

PANDAI...

Aku merenung tajam tepat ke arah cikguku seperti seorang askar yang sedang mengacukan senjatanya tepat ke arah musuh. Matahari sudah tinggi melangit. Deru dingin sama berlalu. Burung-burung terbang meliar seluruh alam. Aku di sini. Kebosanan mula meresap ke dalam jiwaku seperti virus menjangkiti manusia. menunggu, menunggu dan menunggu cikguku menyeru namaku. Ramzi.

"Haikal, 40 markah. Sakinah, 60 markah. Johan, 67 markah. Soleh, 73 markah..."

"Blah...blah...blah. Aduh, kenapa lambat sangat ni. Dah lama aku tunggu, menunggu dan ditunggu ni."

Aku berang sedang menunggu namaku naik dipanggil oleh cikguku. Hati mahu mengerakkan halilintar. Tanganku sudah sejuk menggila. Sampai bila aku mahu menunggu ni. Sampai subuh menjelma!

"Ramzi !"

Namaku dipanggil! Wahdu, tanpa panjangkan fikiranku. Aku bangun, mengangkat punggungku dari kerusi. Berjalan seperti orang kaya gila. Semua pelajar memandang cemburu terhadapku karena mereka tahu akan kehebatan intelekku. Aku tak perlukan kawan. Aku tak perlukan bantuan. Aku hanya perlu pentingkan diriku sahaja.

"Tahniah Ramzi, Kamu dapat 90 markah dalam subjek Bahasa Melayu!"

"Ya cikgu...Terima kasih, terima kasih..."

Aku kembali semula ke tempat asalku. Mereka semua masih lagi memandang jeling kepadaku. Sekarang mereka dapat rasakan tenaga neraka dari badanku dihantar kepada mereka semua yang berada di dalam kelas. Ada juga yang bermasam muka dan berkerut dahi tua mereka di hadapanku. Sungguh kurang diajar.

"Suhaimi...98 markah!"

Tiba-tiba, telingaku terasa gatal sangat selepas mendengar apa yang telah diserukan oleh cikguku. Mana mungkin dia bisa mendapat markah yang lebih tinggi dariku. Mustahil. Tiada siapa yang dapat menghempas mukaku ke lantai kotor. Kurang asam.

Aku cuba memikirkan siapakah pemuda itu. Oh ya, baruku ingat, dia itu budak baru di sekolahku ini. Baru berhijrah ke sekolah ini seminggu lalu. Budak mentah. Tetapi, sementah-mentah dia, dia dapat menandingiku. Budak mentah sudah tukar menjadi budak masak sepenuh habis. Aku pula yang tersongsang dirombak menjadi budak mentah, sementah-mentahnya.

Hulu jantungku semakin panas, bukan disebabkan oleh penyakit hulu hati. Tetapi disebabkan oleh budak baru itu. Sanggup mereka semua merelakan tangan jijik mereka itu untuk ditepuk dan dimuntahkan keluar kepada budak baru itu. Kenapa tidak diberikan kepadaku!

Punggungku sudah panas membara membakar kerusiku. Telinga yang terasa gatal tadi sudah hilang dijangkiti penyakit panas dengki. Darahku naik setinggi-tingginya sehingga ke tahap kritikal. Mataku hanya tertumpu pada budak baru itu. Kali ini aku benar-benar mahu mengacukan senjataku kepada dia. Letupkan kepalanya. Biar hilang dari dunia ini. Sepanjang aku bersekolah di sini, tiada siapa yang dapat mengatasi graf kepandaianku. Graf mereka semua berada di belakangku. Paling belakang!

"Tengok Ramzi...Budak tu kalahkan engkau. Macam mana rasanya. Pahit...Manis...Masam...atau yang sama waktu dengannya?"

"Kau diam Aiman!...Sibuk saja..."

"Ok budak tak pandai hahaha..."

Kata-kata Aiman tadi membangkitkan semangat syaitan dalam diriku lagi. Kali ini aku rasa mahu memberikan hadiah kesakitan buatnya. Tumbukan. Aku nyaris-nyaris mahu menumbuknya, tetapi bunyi loceng waktu rehat telah membatalkan hasratku.

Mereka semua telah keluar dari kelas. Aku juga menurut perintah keluar dari kelas kegelapan. Aku bercadang untuk mengikuti Suhaimi si budak mentah itu. Suasana yang riuh-rendah di sekolah pada waktu rehat menyebabkan aku sukar untuk mengikuti jejak langkah dia. Tetapi aku berusaha untuk mendekatinya. Aku terus ikut, ikut, ikut dan ikut sehingga sampai ke tandas. Dia berhenti. Aku mengikutinya ke dalam tandas.

Aku terus menerkamnya seperti seekor singa dengan melepaskan tangan kananku untuk mencekik Suhaimi sehingga dia terhentak ke dinding tandas. Mata berapiku mula melihat tajam ke arah mukanya. Mulutku mula mengeluarkan bara-bara api.

"Oh...berani kau nak lawan markah dengan aku...Kurang ajar."

"Arghh...Siapa kau ni hah?"

"Aku Ramzi...Budak paling pandai dekat sekolah ni."

"Oh ya...aku selalu dengar nama kau dari cikgu-cikgu dekat sekolah ni."

"Mestilah...Mereka pun akur dengan kehebatan aku dan kau ni siapa nak tunjuk hebat. Berani kau kalahkan aku. BERANI KAU YA!!!"

"Nampak sangat kau riak...Hei, cikgu dekat sekolah lama aku kata siapa yang cakap dia paling pandai, maknanya dialah yang paling bodoh. KAU FAHAM TAK!!!"

Kata-kata suhaimi tadi telah membenakkan hati kegelapanku. Kata-kata dia menusuk jiwaku. Tanpa menerima arahan dari otakku, aku melepaskan genggaman tanganku dari leher Suhaimi dengan rela hatinya.

"Apa maksud kau Suhaimi?"

"Maksudnya...KAU NI SOMBONG! KAU NI SUKA BERLAGAK! KAU NI RIAK! KAU NI PENTINGKAN DIRI SENDIRI!...Sebab tu kau tak ada seorang kawan pun dekat sekolah ni. Sebab perangai kau. Orang tak akan pandang kepandaian kau kalau sikap kau macam ni...Sampah. Sedarlah diri tu sikit...Kau ingat kau dah cukup ilmu di dada, kau ingat kau dah hebat sangat. Hei...Budak dekat universiti tu pun belum cukup ilmu lagi...Walaupun mereka dah banyak ilmu tapi mereka berusaha untuk mencarinya. Tak macam kau...Dah ada ilmu, tak nak cari lagi, tak nak kongsi dengan kawan-kawan. Hei kawan...Ilmu tu terbentang luas macam laut...Kau baru dapat sikit saja, dah nak berlagak."

Teguran yang amat kasar itu telah melembutkan lagi hatiku. Aku berasa kesal dengan sikapku. Aku dah banyak buat kesalahan kepada cikgu dan kawan-kawanku yang berada di sekolah. aku cukup kesal. Kesal. Sangat kesal yang amat. Anak mataku mula mengeluarkan titisan keinsafan. Membuang segala perasaan benci, hasat dengki, dan sombong dari badanku.

"Sudah-sudahlah...Aku maafkan kau...Apa yang penting sekarang ni, kau ubah sikap kau. Jadi lebih baik dari hari ni, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari kelmarin. Aku sanggup jadi kawan kau. Kita boleh belajar bersama-sama. Manalah tahu, kita sama-sama boleh berjaya. Kau dan aku."

"Boleh ke?"

"Boleh..."

Aku berjabat damai dengan Suhaimi. Sejak dari hari itu, aku telah banyak berubah. Aku menghormati cikgu-cikguku dan rakan-rakanku. Aku juga dapat ramai kawan. Aku dan Suhaimi selalu membantu antara satu sama lain. Dialah kawan sejatiku. Sekarang aku dan Suhaimi sudah melanjutkan pelajaran ke unversiti. Memang benarlah kata Suhaimi, siapa yang cakap dia paling pandai, maknanya dialah yang paling bodoh.