Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, 4 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO - HOMEFRONT (PC)

 

Homefront, game first-person shooter yang telah diperkenalkan pada bulan Mac dan April 2011 oleh Kaos Studio dan THQ untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Game ni menggunakan enjin Unreal Engine 3, enjin yang pernah digunakan dalam siri game Gears of War. Saya bermain game ni di komputer. Kawalan game boleh diubah suai. Homefront ada positif dan negatifnya. Is not a bad game, is was an 'OK' game.



    Cerita Homefront bermula pada tahun 2027, Korea Utara melancarkan penjajahan besar-besaran ke atas negara Amerika Syarikat. Anda akan bermain sebagai Robert Jacob, seorang bekas juruterbang helikopter untuk U.S. Marine Corps. Robert Jacobs menyertai pasukan penentang (resistance) untuk melawan balik tentera Korea Utara. Bagi saya, jalan cerita Homefront menarik kerana game ni menggunakan Korea Utara sebagai musuh utama. Game FPS yang lain hanya menggunakan Rusia atau timur tengah sebagai musuh dalam game mereka.



   Saya menyukai trailer game Homefront yang bertajuk Future History, mereka menunjukkan bagaimana dengan bermula kematian Kim Jong- il, anaknya pula Kim Jong-un mengambil tempat bapanya sebagai ketua negara Korea Utara pada tahun 2013, dan menyatukan Korea Utara dan Selatan menjadi Greater Korean Republic (GKR). Dari insiden kenaikan harga minyak di timur tengah sehinggalah ke kejadian Asian Bird Flu pada tahun 2022. Pada tahun 2025, GKR menghantar isyarat mesej 'keamanan' melalui satelitnya, tetapi sebenarnya ialah pelancaran tembakan EMP (Electromagnetic Pulse) ke atas Amerika Syarikat. Memudahkan tentera GKR melakukan 'soft invasion' ke atas negara Uncle Sam tersebut kerana semua peralatan elektronik tidak berfungsi dan tentera U.S. banyak mengunakan peralatan elektronik dalam senjata mereka. Jalan cerita dalam Homefront juga mengambil inspirasi dari filem Red Dawn (1984).



    Dari sudut positif, Homefront dapat menangkap perasaan saya dalam menyampaikan atmosphere yang menakutkan tentang bagaimana peperangan dapat memberikan kesan yang buruk ke atas masyarakat. Dari pembunuhan besar-besaran sehinggalah ke pengebumian rakyat Amerika yang dilakukan oleh tentera GKR. Perasaan takut itu sampai. Scene ibu melindungi anaknya dari tembakan yang bertalu-talu oleh tentera GKR, budak lelaki kelaparan meminta makanan dari Connor Morgan, kesusahan dan kepayahan mereka demi meneruskan kelangsungan hidup dan budak lelaki melihat ibu bapanya ditembak hidup-hidup di depan matanya. Ke semua scene tersebut memang dapat menangkap kesedihan dan  keburukan peperangan. Melihat scenes tersebut mengingatkan saya kepada bertapa susahnya penduduk Tanah Melayu dulu hidup dalam penjajahan Jepun. Ini membuatkan kita menghargai kemerdekaan yang kita capai, bebas dari cengkaman penjajah.



   Gameplay, sama saja seperti kebanyakan FPS yang lain. Anda akan berlawan bersama-sama dengan Connor Morgan, Hopper dan Riana. Misi mereka adalah untuk mengambil semula Golden Gate Bridge di San Francisco. Walaupun game ni menggunakan health regenerate system, tetapi game ni tidak seperti Call of Duty. Walaupun anda bermain dalam normal difficulty, anda akan mati selepas mendapat lima atau enam tembakan. Jadi, tidak digalakkan untuk melakukan melee attack kecuali bila anda dah betul-betul dekat dengan musuh.



    Pilihan senjata ok dan rekaan senjata juga ok, shotgun dalam game ni memang powerful. Terdapat banyak pilihan senjata, tetapi tidak banyak seperti dalam game Call of Duty Modern Warfare. Sekurang-kurangnya lima atau enam tembakan untuk membunuh tentera GKR dalam Homefront, kerana mereka pakai body armor yang tebal dan kuat. Pakaian tentera GKR mengingat saya kepada musuh dalam game Black, tetapi musuh dalam game Black lebih mencabar dan susah untuk ditumpaskan. 20 butir peluru di kepala, 30 atau 40 butir peluru di badan untuk shotgunner dalam game Black.

    Dalam game ni anda boleh kontrol Goliath, unmanned vehicle. Anda boleh highlight targets dengan menggunakan scope targeter untuk memudahkan kerja Goliath untuk menumpaskan musuh. Dalam game Homefront akan ada satu misi di mana pemain mengawal helikopter, kawalan helikopter dalam game ni baik. Sound dan musik juga baik, skor musik dikomposerkan oleh Matthew Harwood. Grafik pula bagi saya ok, tapi saya tak kisah sangat sebab saya main game untuk storyline dan merasai perasaan takut disebabkan oleh peperangan. Hanya kerana ideologi berlainan, nyawa orang-orang yang tidak bersalah dibunuh.



     Dari sudut negatif, game ni amat pendek, terdapat empat atau lima misi saja. Saya harapkan game ni lebih panjang, mereka boleh saja mendalamkan lagi jalan cerita Homefront. AI dalam game juga tak bagus, kadang-kadang team kita sendiri hanya berdiam saja tanpa melakukan apa-apa. But I still wish this game was longer because it has a great storyline. Mungkin kerana mereka tak cukup bajet kerana selepas game ni dikeluarkan, THQ menghadapi bankruptcy, manakala Kaos Studio ditutup.

    Crytek membeli hak cipta game Homefront, dan mereka meneruskan sekuel game ni dengan tajuk Homefront : The Revolution. Dengan menggunakan CryEngine 3 serta dengan kerjasama dari syarikat Deep Silver. Jika anda bermain dengan game Homefront, anda boleh cuba bermain game ni. Untuk multiplayer, mungkin boleh kerana game ni mendapat respon yang positif kerana multiplayer mode. Kalau anda tak kisah dengan misi yang pendeknya, dan hanya ingin merasai bagaimana menjadi pasukan penentang, berjuang untuk tanah air, game ni untuk anda.



Story : 4 / 5

Gameplay : 3.5 / 5

Graphics : 3 / 5

Sound and Music : 4 / 5

Overall : 5 / 10



 



   

Monday, 9 November 2015

POLIS EVO 2 : TRINITY


Bangkok, Thailand

   Kota Bangkok Thailand yang sibuk pada waktu malam. Penduduk sedang sibuk mencari rezeki di mana-mana sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kehidupan di kota amat mencabar, mereka perlu bekerja untuk menyara keluarga atau teruskan hidup. Semakin bangunan tinggi pesat membangun, semakin runtuh rumah-rumah kayu miskin. Ada orang mencari rezeki dengan jujur. Namun ada mereka yang mencari rezeki dengan cara kotor. Hati mereka telah hitam, dibutakan dengan duit. Dan mereka itu sedang duduk di dalam kereta besar Mercedes-Benz. Seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan berseluar track suit, wajahnya ada bekas parut di pipi kiri. Dia berjumpa dengan seorang lelaki kaya. Dia memberi sekeping fail kepada lelaki berparut itu.

  "Dalam ni, ada semua target yang kau perlu bunuh. Jangan risau, tiket penerbangan aku dah uruskan. Kelengkapan kau juga aku dah sediakan kat sana, kau hanya perlu jumpa dia. Faham?" Jelas lelaki berpakaian kot dan bertali leher hitam dalam bahasa Thai.

   "Aku akan bawa pasukan aku sekali." Balas lelaki berjaket hitam itu dalam bahasa Thai.

   "Bagus. Esok kau akan berangkat."


Terengganu, Malaysia, Tiga hari kemudian


   Pada malam itu, Inspektor Khai baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama dengan adik Inspektor Sani, Anis. Namun, keesokan harinya, Inspektor Khai mendapat panggilan dari supervisornya di Kuala Lumpur. Menyuruhnya kembali ke KL kerana mereka perlu menyelesaikan satu kes baru. Nada suara supervisor itu seperti bunyinya serius. Supervisor Khai itu juga meminta supaya membawa sekali Inspektor Sani. 

   Mahu tak mahu, Sani terpaksa mengikut Khai walaupun berat kakinya hendak meninggalkan negeri kelahirannya. Apabila Khai dan Sani tiba di Kuala Lumpur, mereka berdua diarahkan bergegas ke ibu pejabat Polis untuk berjumpa dengan ASP Bakar. ASP Bakar memberitahu kepada Khai dan Sani mengenai kejadian tentang pembunuhan Michael Keagan yang dibunuh dengan torehan di kedua belah tangan dan kaki serta satu tikaman di perut di dalam bilik hotelnya semalam. 

   ASP Bakar memperkenalkan dua orang agen Interpol dari negara Australia dan Thailand, Jack Taylor dan Ting Phanom. ASP Bakar menjelaskan bahawa kes ini ada berkaitan dengan orang dari luar negara kerana Michael Keagan ialah seorang agen Interpol yang sedang bercuti di Malaysia.

   Jack Taylor mensyaki ada orang yang berdendam dengan Michael Keagan dan menegaskan agar mencari pembunuhnya dengan cepat. Manakala Ting memberitahu pembunuhan dilakukan dengan cara profesional kerana melihat kepada mayat Michael Keagan, dia ada bergelut dengan si pembunuh. Si pembunuh memutuskan urat-urat yang penting di tangan dan kaki, lantas melumpuhkan Keagan dan mengakhiri hidup si mangsa dengan tikaman tepat di perut. Teknik itu sama seperti teknik membunuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai yang dipelajari oleh Ting.

   ASP Bakar memberikan kepada Khai sekeping gambar lukisan wajah seorang lelaki berambut kemas dan memakai cermin mata. "Ini lukisan yang dilukis oleh saksi di tempat kejadian, staf hotel, sebelum dia dipengsankan oleh pembunuh, dia sempat cam muka laki tu, katanya dia menyamar sebagai staf hotel. Jadi apa yang saya nak awak berdua buat, cari laki ni. Kalau kes Syabu Naga kat Terengganu kamu berdua boleh selesaikan, mesti kes ni bolehkan?" Kata ASP Bakar.

   "Boleh tuan." Balas Inspektor Khai.

   Khai dan Sani bergerak ke Shangri-La Hotel di Jalan Sultan Ismail untuk bertanya kepada orang-orang jika semalam mereka ternampak lelaki yang ada dalam gambar itu. Staf-staf hotel di situ mengatakan mereka tidak nampak kelibat lelaki itu semalam. Selepas beberapa minit, Inspektor Khai dan Sani pergi ke bilik Michael Keagen untuk melihat bilik itu dan mencari apa-apa bahan bukti yang polis terlepas pandang. Pintu masuk bilik agen Interpol itu dikawal oleh dua orang pegawai polis.

   Khai dan Sani melihat di setiap sekeliling, di setiap sudut. Sampailah, Inspektor Sani terjumpa satu pin kecil yang berada di bawah laci meja bersebelahan dengan katil. Pin itu berbentuk bulat segitiga warna emas. Sani menyimpan bahan bukti ke dalam beg evidence. Inspektor Khai dan Sani kembali ke ibu pejabat untuk menyerahkan bahan bukti tersebut.


Rumah keluarga Zaidi


   Zaidi sedang menyambut hari jadinya yang ke 30 bersama-sama dengan isterinya. Hari itu merupakan hari yang gembira buatnya sehinggalah tiga orang lelaki memakai topeng hitam merempuh masuk dan memukul Zaidi dan isterinya sebelum diberikan ubat tidur daripada mereka bertiga. 15 minit kemudian, Zaidi mula tersedar dan mendapati badannya dipenuhi dengan bom. Dia pandang ke hadapan dan melihat pistol sudah berada di kepala isterinya. "If you don't want your wife dead. Follow my instruction. You must do what I say. If you disobey, that bullet will go through your wife's skull and you will be BOOM!" Zaidi terpaksa aku dengan arahan lelaki tersebut. Zaidi dan isterinya dipisahkan dengan dua kenderaan van asing. Isterinya dibawa ke tempat lain, begitu juga dengan Zaidi.


Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sejam kemudian


   Ting dan Jack juga sedang menjalankan tugas yang sama iaitu bertanya kepada orang awam mengenai lelaki tersebut. Tidak jauh dari Ting dan Jack, sedang dilangsungkan majlis pembukaan cawangan baru Bank Prima. Pembukaan itu akan dirasmikan oleh Datuk Hassani Hairudin, pengasas Bank Prima.

     Sebelum Datuk Hassani merasmikan Bank Prima yang baru itu. Seorang lelaki, Zaidi, datang terus ke arah Datuk Hassani dan terus memeluknya. BOOM!!! Letupan yang besar itu mengorbankan Datuk Hassani dan orang yang berada disekelilingnya. Orang awam lari bertempiaran. Ting dan Jack bergegas ke tempat kejadian. Jack menghubungi Khai yang sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat. Khai dan Sani juga memandu laju ke tempat kejadian.

    Van berwarna hitam berada berdekatan tidak jauh dari bank tersebut bergerak ke tempat kejadian. Di dalam van itu, empat orang lelaki siap bersenjatakan senapang automatik M4A1, memakai topeng hitam dan berbaju kalis peluru. Mereka berempat keluar. "Let's go get our money!!!". Dua orang masuk dan meletup pintu besi bank tersebut yang dipenuhi dengan wang, manakala dua orang lagi menunggu di luar, menjaga parameter.

   Ting dan Jack ternampak kelibat dua orang tersebut dan terus melepaskan tembakan. Dua orang lelaki bertopeng itu juga melepaskan tembakan, mereka sama-sama membalas tembakan. Tetapi kemenangan hampir dimenangi oleh lelaki bertopeng tersebut kerana mereka memakai senapang yang lebih besar sementara Ting dan Jack hanya pakai pistol Glock sahaja.

   Inspektor Sani dan Khai tiba terus melepaskan tembakan. Khai berjaya menembak mati salah seorang lelaki yang berkawal di luar. Dua orang yang berada di dalam berjaya keluar dengan membawa wang. Mereka berempat melarikan diri dengan van yang sudah berada di belakang bangunan bank tersebut. Khai dan Sani ingin mengejar mereka berempat tetapi sudah terlambat kerana van tersebut lebih laju. Khai berasa amat tidak puas hati.

   Tetapi Khai berjaya menembak salah seorang perompak. Dan apabila Jack melihat peralatan yang ada pada mayat tersebut, Jack mengatakan kepada Khai, Sani dan Ting yang ini adalah peralatan dari pengedar senjata haram. Selepas beberapa minit, pasukan polis yang lain dan juga pasukan forensik tiba di tempat kejadian dan membawa mayat lelaki tersebut.

   Sementara menunggu laporan dari pihak forensik, pada malam itu, Sani dan Khai mengajak Ting dan Jack sekali di rumah Khai. Jack dan Ting bercerita tentang hidup mereka di negara masing-masing, bagaimana cara mereka bekerja di Interpol serta polis Australia dan Thailand. Di suatu sudut jalan yang sempit di Kuala Lumpur, van berwarna hitam berhenti di jalanan. Di dalamnya, seorang mayat perempuan dibunuh, isteri Zaidi. Lelaki berparut di pipi kiri menghubungi seseorang. "What's our next move?"

   Keesokan paginya, ASP Bakar tidak puas hati dengan cara Khai, Sani, Jack dan Ting bekerja. ASP Bakar memberitahu. "Datuk Hassani, pengasas Bank Prima yang terkorban semalam. Ting, Jack, kamu berdua ada kat sana semalam, patutnya kamu bertindak dengan lebih pantas."

   ASP Bakar meletakkan sekeping gambar di atas mejanya. "Tien, warganegara Thai. Kalau ikut rekod Interpol. Dia ni tak ada rekod jenayah. Nasib tuhan menyebelahi kita, pihak forensik dapat kesan satu cap jari kat sebutir peluru. Kita dapat jejak siapa punya cap tu." ASP Bakar meletakkan sekeping lagi gambar.

   "Zeng Chong, umur dua puluh lima, kerja sebagai kerani. Nampak macam baik jer kan. Tapi di belakang sebenarnya dia ialah seorang pengedar senjata haram. Dan kita dapat jejak di mana rumah dia. Sani, kamu akan pergi ke rumah Zeng dengan Jack, tukar angin sikit. Ting dan Khai, kamu siasat apa benda ni." ASP Bakar memberikan beg evidence yang di dalamnya mengandungi pin berbentuk bulat segitiga.


Bilik rahsia...

   "Channarong, kita dah tahu siapa yang tembak orang kita. Inspektor Khai, Inspektor Sani dan dua orang agen Interpol Ting Phanom dan Jack Taylor." Lelaki itu berkata kepada lelaki berparut di pipi kiri.

   "Tunggu. Ting Phanom, anak kepada Yeerum. Ayah dia hampir nak bunuh aku dulu. Sekarang anak dia pula." Senyum Channarong.


Rumah Zeng Chong


   Sani mengetuk pintu rumah Zeng. Jack melihat keadaan di sekeliling rumah. Tiba-tiba Zeng melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang. Jack memanggil Sani, mereka berdua mengejar Zeng. Tidak lama kemudian, mereka berdua berjaya menangkap Zeng dan di bawa ke balai polis. Tiba di sana, Sani dan Jack menyoal siasat Zeng. Selepas beberapa lama kemudian, Zeng memberitahu perkara yang sebenar, dia mendedahkan nama kumpulan yang merompak bank Prima dan pembunuhan Michael Keagan ialah Trinity.

    Sani menghubungi Khai, memberitahu mengenai nama kumpulan Trinity dan meminta supaya Khai dan Ting mencari siapakah kumpulan iti dengan cepat. Khai mencari dengan cepat segala maklumat berkaitan Trinity bersama dengan Ting.


Bangunan IIC (Idris International Charity)


   Orang kanan Channarong, Puenthai. Bersama dengan dua orang bawahannya menyamar sebagai orang korporat. Dengan memalsukan maklumat dalam sistem IIC, mereka bertiga dengan senang dapat mengadakan mesyuarat palsu untuk berjumpa dengan pengarah IIC, Datuk Idris Muaz. IIC ialah badan organisasi kemanusiaan yang bertanggungjawab membantu warga dunia dalam kesusahan seperti bencana alam, kemiskinan dan peperangan.

    Puenthai dan orang bawahannya berjumpa Datuk Idris Muaz dengan membawa satu beg besar yang di bawa bersama-sama dengan mereka. Apabila berada dalam bilik mesyuarat, dengan pantas Puenthai mendiamkan Datuk Idris. Memakaikan baju bom ke badan Datuk Idris dan mengikatnya ke kerusi beroda. Puenthai memasang lagu Nessum Dorma dari telefon pintarnya. Sebaik sahaja Datuk Idris sedar. Puenthai menendang Datuk Idris, memecahkan tingkap bangunan itu, dia tercampak keluar jatuh dari tingkat 40. Puenthai melihat Datuk Idris jatuh. Apabila badan Datuk Idris menyentuh darat, Puenthai menekan butang. BOOM!!!

   "Get ready, cops will be coming. We gonna have some fun." Arah Puenthai kepada orang bawahannya.

    Sekali lagi orang awam lari bertempiaran, salah seorang mangsa letupan cuba untuk menghubungi polis. Di ibu pejabat polis, seorang anggota polis memanggil Ting, Jack, Sani dan Khai. Memberitahu ada satu letupan berlaku di hadapan bangunan IIC. Mereka berempat bersama dengan pasukan Special Action Unit mempersiapkan diri dengan kelengkapan dan bergegas ke tempat letupan.

    Tiba di sana, ke semua pasukan special force menjaga pintu masuk bangunan itu dari luar. "Alpha, move in." Pasukan Alpha masuk dahulu ke dalam bangunan IIC. Tidak beberapa lama kemudian, bunyi tembakan berlaku, Seorang anggota special force ditembak mati sebelum sempat keluar dari bangunan.

   Tiga jelmaan mula keluar dan melepaskan tembakan yang mengejut ke arah pasukan Special Action Unit dengan memakai senapang mesingan M249, ramai yang terkorban, Khai dan mereka bertiga sempat mengelak di belakang kereta. Puenthai dan orang bawahannya memakai baju kalis peluru Juggernaut yang tebal dan keras serta perlu ditembak berkali-kali. Anggota UTK cuba untuk membalas tembakan, tetapi tiada kesan langsung ke atas mereka bertiga. Satu trak besar muncul, Puenthai dan orangnya naik ke atas trak tersebut. Khai, Sani, Ting dan Jack mengejar dengan menaiki kereta pacuan 4 roda.

   Empat kereta polis, dua Waja dan dua Preve datang untuk membantu. Di dalam trak, mereka bertiga membuka pintu belakang trak tersebut dan mendapati 4 kereta polis di belakang mereka. Puenthai melepaskan tembakan. Empat kereta polis tersebut terpaksa mengundur dan memberi laluan kepada kereta pacuan 4 roda yang dinaiki oleh mereka berempat. Khai dan Ting melepaskan tembakan dengan senapang HK416 diikuti pula dengan Jack, Sani memandu. Tetapi tidak ada kesan.

   Dua kereta polis Waja menghimpit trak tersebut kiri dan kanan tetapi akhirnya terbabas dengan teruk. Tembakan masih lagi diteruskan. Sani mengelak dengan pantas dari terkena peluru musuh. Tiba-tiba, Sani beri satu idea. "Tembak tayar trak tu!!!" Cemas Inspektor Sani. Maka, Sani memandu lebih laju untuk memberi ruang kepada Jack untuk menembak tayar belakang trak tersebut. Tetapi tiba-tiba kereta pacuan 4 roda itu berhenti. "Ahh kenapa ni!!!"

   Dua kereta polis Preve mendahului kereta Sani untuk teruskan rancangan sama seperti apa yang dibuat oleh mereka tadi. Sementara Sani cuba untuk menghidupkan enjin. Dua kereta polis melakukan teknik yang sama iaitu menembak tayar trak kiri dan kanan serentak. Satu kereta menembak tayar depan dan satu kereta menembak tayar belakang, menyebabkan trak itu terbabas dan berpusing teruk di atas jalan raya.

   Dua orang bawahannya mati, hanya Puenthai sahaja yang hidup. Dia keluar dari trak, membawa mesingannya dan menembak ke arah dua kereta polis Preve yang sedang menuju ke arahnya. Enjin kereta Sani sudah kembali pulih, dia mula mengejar kembali. Dua kereta polis Preve tersebut terbabas berlanggar antara satu sama lain.

   Kereta pacuan 4 roda muncul di depan mata Puenthai, dia menembak sekali lagi, Khai juga membalas tembakan. Salah satu tayar kereta Sani hancur menyebabkan kereta itu terbalik dan terbabas melepasi serta hampir terkena ke arah Puenthai. Satu van hitam muncul. Pintu belakang dibuka, wajah bosnya, Channarong mula terkeluar. "Masuk." Puenthai masuk ke dalam van dan melarikan diri.

   Selepas beberapa minit, Khai mula sedar dari pengsannya dan mendapati dia berada di hospital. Ting muncul di hadapannya. "Apa dah berlaku?"

   "Nasib baik aku sempat selamatkan kamu bertiga. Kalau tak, kereta tu dah meletup sama-sama dengan korang semua." Kata Ting.

   "Mana Jack dengan Sani?"

   "Mereka dalam wad, tak sedarkan diri lagi. Polis jumpa ni dalam pejabat Datuk Idris." Ting menunjukkan gambar yang terpapar empat orang lelaki.

     "Tunggu, itu Michael, Datuk Hassani dan Datuk Idris. Tapi, siapa sorang lagi tu?"

    "Itu, kita masih mencari lagi identiti laki tu. Tapi sekarang apa yang aku dah dapat ialah tentang kumpulan Trinity. Inilah kumpulan yang ayah aku selalu buru dulu." Ting memberikan dua keping gambar. Wajah Channarong dan Puenthai

     "Trinity ni siapa?"

   "Perompak, pengganas, pakar dalam buat bom, kes-kes bom berani mati di Thailand banyak berpunca dari Trinity, mereka sanggup mati. Ketuanya ialah Channarong, tapi apa yang aku masih keliru. Kenapa dia nak datang ke Malaysia? Apa tujuan dia?" Khai melihat pada gambar tersebut.

    "Mereka semua pakai pin yang sama kat baju. Tiga dah habis, tinggal lagi seorang jer. Ting, kita kena cari laki ni cepat sebelum Trinity dapat dulu." Tiba-tiba satu jeritan terdengar dari luar bilik wad Khai. Khai yang berada dalam mod berehat terus bertukar kepada mod bertindak. Ting dan Khai keluar dari bilik wad dan mendapati orang-orang Channarong membawa lari Jack dan Sani.

   Khai dan Ting mengejar mereka sampai ke luar bangunan hospital tetapi tidak berjaya kerana orang-orang Channarong menaiki kereta dengan pantas. Satu penggilan dari telefon pintar Ting."Kalau nak balik kawan-kawan kau, kau serahkan semula pin tu. Lokasi akan aku hantar ke GPS phone kau. Pukul 12 tepat." Kata Channarong.

   Kembali ke ibu pejabat polis. Khai meminta kebenaran dari ASP Bakar untuk lancarkan serangan."Kenapa perlu adakan perjumpaan dengan mereka, bahaya Khai. Mereka pengganas, mereka boleh buat apa saja kat kamu berdua." Kata ASP Bakar.

   "Tuan, nyawa Jack dan Sani berada di tangan mereka. Nak tak nak, kita kena serahkan pin tu." Balas Khai.

     "Kamu dah tinjau dulu ke lokasi yang dia bagi tu?'

     "Saya dah arahkan mata-mata untuk tinjau tempat itu senyap."

     "Baiklah Khai, kamu dan Ting ketua operasi ni." Pintu pejabat ASP Bakar terbuka, Ting muncul.

     "Khai, Tuan kena ikut saya sekarang." Arah Ting. ASP Bakar dan Inspektor Khai mengikut Ting ke mejanya.

   "Semasa saya sedang observe pin ni, saya tertekan pada segitiga kat pin. Tiba-tiba keluar sesuatu seperti alat pencucuk. Pin ni ialah pendrive. Jadi saya lihat apa yang ada dalam pendrive ni kat laptop saya, dan kandungannya tuan tengok sendiri." ASP Bakar meneliti setiap fail yang ada dalam pendrive tersebut.

    Maklumat biodata Michael Keagan, maklumat kewangannya, segala aktiviti-aktivitinya. "Jadi dia ni menjalankan bisnes dadah dan pemerdagangan orang?" Tanya ASP Bakar.

    "Betul tuan. Bersama dengan tiga orang, mengikut gambar yang kita jumpa di pejabat Datuk Idris."

    "Kalau ikut dalam gambar tu, Michael, Idris dan Hassani dah mati, seorang lagi belum. Kenapa dia tak mati lagi sebab tiga orang itu mati pada tiga hari berbeza. Hari ni hari keempat sepatutnya kita dah dapat kesan kematian orang keempat tapi tak ada." Fikir Inspektor Khai.

    Seorang pegawai polis memberi sekeping fail kepada Ting. "Tuan ni fail mengenai orang keempat yang kita cari tu." Ting meneliti fail itu.

 "Nama Thuanthong, seorang pengasas syarikat NatureCare. Syarikat jadi alam sekitar. Hmm...Terang di depan, gelap di belakang. Aktiviti haram, sama macam tiga orang tadi. Tapi mengikut apa yang di sini, dia ada satu aktiviti haram tambahan untuk buat banyak untung, pembalakan haram dan pemburuan gajah. Nah Khai, kamu check bahagian akaun." Ting memberikan lima keping kertas kepada Khai.

   Inspektor meneliti dengan baik kertas akaun simpanan Thuanthong. "Tuan, Ting, saya rasa dah tahu punca kenapa Trinity datang ke Malaysia." Khai memberikan salah satu kertas akaun kepada ASP Bakar.

   "Jadi Thuanthong yang mengupahkan kumpulan Trinity untuk bunuh mereka bertiga supaya?"

   "Supaya Thuanthong dapat kaut semua untung dari peniagaan mereka, mengikut kepada kertas ni, sebelum ni untung dari perniagaan tu dibahagikan sama rata. Jadi saya rasa ni kes rebut kuasa. Thuanthong tamak." Jelas Khai.

   "Jadi dia di mana sekarang?" Tanya ASP Bakar.

   "Kita tak tahu." Balas Ting.

   "Saya dah copy semua fail penting. Kita bagi saja pin ni. Jangan risau tuan, kami ada plan." Kata Ting Phanom. Inspektor Khai dan agen Ting bergerak menuju ke stesen LRT di Wangsa Maju tepat pada pukul 12 tengah malam. Tiba di sana, Puenthai menunggu mereka berdua.

   "Mana Channarong!?" Tanya Khai.

   "Rileks, selesaikan yang ni dulu. Bagi pin tu." Balas Puenthai.

   "Bagi Sani dan Jack dulu."

   "Pin dulu."

   "Aku kata..." Tiba-tiba satu cahaya laser menyala di dada Khai dan Ting.

   "Kalau kau tak nak dengar arahan aku sekali lagi, sniper tamatkan korang." Senyum Puenthai.

   Inspektor Khai terpaksa akur, dia mencampakkan pin tersebut ke Puenthai. Kebetulan pula, sebuah kereta api LRT berhenti di perhentian Wangsa Maju, tetapi tidak ramai penumpang. Cuma ada dua dan dua itu ialah Sani dan Jack. Inspektor Khai dan Ting Phanom masuk ke dalam kereta api tersebut untuk menyelamatkan mereka berdua. Ting membuka ikatan Sani dan Jack.

   Puenthai yang masih berada di luar bertanya kepada Khai. "Inspektor Khai, di mana Channarong? Ini jawapannya." Puenthai mencampakkan telefon pintar ke arah Khai. Satu video terpapar di skrin telefon tersebut. Thuanthong, Channarong dan seorang lelaki tua yang sudah berumur. Ting menyusul untuk melihat video tersebut.

   Reaksi Ting amat terkejut kerana lelaki tua itu adalah ayahnya. "Celaka kau Chan, Kau jangan sentuh ayah aku!!!"

   "Kau ingat aku tak tahu kau pasang alat tracking dalam pin tu. Haha bodoh! Taktik yang sama macam ayah kau dulu. Bukan, mendiang ayah kau sekarang!" Channarong menembak ayah Ting.

    "AYAH!!!!"

    "Selamat pergi mati!" Video itu tamat. Sementara itu, Puenthai telah memijak hancur pin tersebut dan terus menendang Ting yang berada di dalam LRT. Apa yang Khai dan Ting tidak tahu, Puenthai dan orang-orangnya telah mengawal sistem LRT pada waktu malam itu.

   Khai berlawan dengan Puenthai, tetapi pergerakan Puenthai lebih pantas. Ting seperti tidak sedarkan diri, dia hanya rebah ke lantai dan tidak berbuat apa-apa. Khai cuba menyedarkan Ting sementara Sani dan Jack berlawan dengan Puenthai. Tetapi hasilnya tetap sama.

    "Cepat sedar Ting! Lawan balik!" Tiada reaksi pada Ting Phanom.

    "Kalau ayah kau tengok macam ni dia mesti kecewa dengan kau. Lawan balik...Untuk dia!" Tiba-tiba Ting mula sedar dan bingkas bangun. Dia mara ke hadapan dan terus menendang dan menumbuk Puenthai berkali-kali sehingga Puenthai tiada peluang untuk membalas semula.

   Ting membantai Puenthai dengan siku kanannya tepat ke kepala. Puenthai sangat geram, lantas mengeluarkan sebilah pisau. Dia menyerang Ting, tetapi Ting dibantu oleh Jack, Sani dan Khai. "Hati-hati korang, teknik dia guna pisau, sama macam dia bunuh Michael Keagan." Ting beri peringatan kepada rakan sepasukannya.

   Mereka berempat menyerang serentak ke arah Puenthai. Sani dan Jack berjaya dipatahkan serangan mereka oleh Puenthai, Tetapi, Khai dapat mematahkan tangan kiri Puenthai, lantas Ting menendang keluar Puenthai dari LRT. Dia jatuh dan temui ajalnya.

   "Apa kita nak buat sekarang! Pin tu dah musnah, kita tak boleh nak jejaki mereka." Cemas Ting.

   "Ting! Ting! Relaks, masa aku dengan Jack kena seksa. Aku ada dengar dari orang Trinity yang Chan pergi ke rumah Thuan untuk adakan meeting." Ujar Sani.

   "Eh Sani, sejak bila kau tau bahasa Thai ni?" Bingung Khai.

   "Dulu, aku ada belajar sikit bahasa Thai." Balas Sani.

   "Ting, kita akan cari Thuan dan Chan sampai dapat. Kita tak boleh biarkan mereka hidup." Jack menempuk bahu Ting. Ting amat terharu dan sedih terus memeluk Jack.

   "Kau tak seorang Ting, Kami semua di belakang kau." Khai beri semangat.

   Di rumah Khai, mereka mencari maklumat di mana rumah Thuanthong berada. Akhirnya mereka dapat mencari dengan bantuan dari maklumat sistem Interpol. Rumahnya agak besar dan dipenuhi dengan pengawal peribadi, bersenjatakan senapang automatik. "Ini bukan pengawal, ini dah macam tentera." Khai melihat maklumat itu pada komputer riba.

   Keesokan paginya, ASP Bakar memberi kebenaran kepada Sani, Jack, Khai dan Ting untuk diterbangkan ke Bangkok, Thailand. Di sana nanti mereka berempat akan di bantu oleh ketua pasukan khas polis Thailand, Sarjan Virote, kawan baik ayah Ting.


Bangkok International Airport, Thailand

   Inspektor Khai, Sani dan agen Jack dan Ting bertemu dengan Sarjan Virote. Sarjan Virote berkata mereka akan mulakan serangan malam ini. Mata-mata Sarjan Virote sudah lama memerhatikan gerak-geri yang berlaku di hadapan rumah Thuanthong. Pihak polis Thai tahu Thuanthong ada rahsia jahat yang tersembunyi, mereka tidak boleh menyerang kerana tidak ada bukti sampailah pihak polis dari Malaysia memberitahu mereka ada bukti yang sahih.

   Sarjan Virote berkata lagi, Thuanthong perlu ditamatkan nyawanya kerana sudah banyak tuduhan mahkamah terlepas darinya. Begitu juga dengan Trinity. Mereka kena bertindak cepat sebelum mereka berdua itu hilang bersama dengan dadah dan orang. Sarjan Virote melakukan semua ini untuk membalas balik apa yang Channarong dah lakukan kepada kawan lamanya.


Rumah Channarong, Bangkok, 3 A.M.

  Inspektor Khai, Sani, Ting dan Jack sudah bersedia dengan kelengkapan mereka. Senapang automatik sudah bersedia di tangan, hanya menunggu masa untuk beraksi. Pasukan special force Thai sudah bersedia juga. "Charlie, weapons free." Pasukan sniper melepaskan tembakan senyap ke arah dua orang yang berada di atas bumbung dan dua lagi di bawah. Tidak ramai yang berkawal pada malam ini, mungkin mereka sudah tidur.

   Pasukan Alpha bergerak ke pintu hadapan sementara pasukan Bravo bergerak ke pintu belakang. Sebelum merempuh masuk, mereka menggunakan Snake Cam untuk melihat apa yang berada di balik pintu dengan memasukkan wayar kamera tersebut di bawah lubang pintu. Salah seorang anggota special force memberikan isyarat. "Cancel stealth, ambush mod." Operasi senyap akan bertukar bising kerana di sebalik pintu tersebut, ramai orang-orang Channarong sudah bersedia dengan senjata masing-masing.

   C4 dipasang pada pintu, seorang anggota special force sudah bersedia bom Flashbang di tangannya. BOOM! C4 diletupkan, Flashbang dilontarkan. Ramai orang-orang Channarong buta sementara. Pantas pasukan khas Thai melepaskan tembakan, ramai yang terkorban. Situasi yang sama juga berlaku di pintu belakang.

   Setiap bilik dirempuh masuk oleh pasukan polis Thai. Pasukan Charlie berikan bantuan tembakan sniper dari luar, memudahkan kerja pasukan Alpha dan Bravo. Sani dan Jack berjaya sampai ke bilik utama Thuanthong. Thuanthong menembak dengan menggunakan pistolnya berkali-kali, tetapi tiada satu pun yang mengena. Sani dan Jack membalas tembakan semula, lalu membunuh Thuanthong.

   Khai dan Ting berada di bilik Channarong, apabila mereka masuk. Badan Channarong sudah dipenuhi dengan bom C4, lantas Khai dan Ting bersama dengan pasukan Alpha melarikan diri. BOOM!!! Chan adalah orang terakhir dalam rumah itu.

   Misi belum berakhir, mereka perlu mencari di mana peta yang menyimpan dadah dan orang-orang. Sarjan Virote menjumpai peta itu di dalam bilik bacaan Thuanthong. Mereka bertindak dengan bergerak ke tempat yang dikehendaki dengan pantas.

   Kapal terbang kargo yang membawa dadah dan orang untuk didagangkan berjaya dihalang oleh pasukan khas Thai. Juruterbang itu menyerah diri. Mereka memeriksa setiap yang ada dalam kapal terbang kargo itu, dadah dan orang-orang yang tidak bersalah berjaya dibebaskan. Misi mereka berjaya.


Tiga hari kemudian...

   Inspektor Sani dan Khai kembali ke Malaysia. Ting mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah banyak membantu dalam menyelesaikan kes ini. Agen Jack Taylor juga akan kembali balik ke negara kelahirannya Australia. Manakala untuk Ting, dia ada benda yang perlu diselesaikan berkaitan dengan ayahnya. Ting kembali ke rumah lama ayahnya. Mengenang semula kenangannya bersama ayah.





































































































Saturday, 29 August 2015

CERPEN - RITUAL

Dua orang lelaki sedang berada di dalam bilik soal siasat. Mereka berdua duduk di atas kerusi, memandang antara satu sama lain, yang menjauhkan jarak di antara mereka adalah meja besi. Seorang lelaki berpakaian kemas dengan baju kot dan seluar slack berwarna hitam, wajahnya yang serius sama seperti gambar yang tetera di atas tag namanya, Kelvin Hellar, FIB. Manakala seorang lagi berpakaian seperti orang berkerja di pejabat. Wajahnya kelihatan takut dan ragu-ragu sambil bermain dengan jari-jemarinya. Ahmad Musa, warganegara Turki, berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Berpindah ke negara Uncle Sam 20 tahun lalu.

"Ahmad Musa, kau nampak macam budak nerd. Nak kata kau pandai IT, kau hanya seorang kerani. Jadi, apa yang buatkan penculik tu berminat dengan kau?" Tanya Kelvin Hellar sambil meneliti fail-fail berkaitan dengan Ahmad Musa. "Hmm, dia bersih, tak ada cacat cela." Jawab Kelvin di dalam hatinya.

"Saya pun tak tau tuan, saya orang biasa saja. Tak kaya, tak ada kaitan dengan apa-apa grup terrorist. Saya pindah ke sini hanya nak rezeki, untuk keluarga saya di tempat asal saya!" 

"Ya saya faham, rekod  kau bersih Musa, jangan risau. Ceritakan dari awal." Ujar Kelvin.

"Begini...Malam tu saya baru balik dari kerja, bila saya dah sampai kat rumah. Ada satu van berhenti depan rumah, tiga orang bertopeng hitam serbu ke arah saya, campak saya ke dalam van dan saya dipukul di kepala sehingga pengsan. Bila saya sedar, saya digari di atas kerusi di dalam dewan yang luas bersama-sama dengan sembilan lagi mangsa yang sama seperti saya. Kami semua duduk dalam satu bulatan yang jaraknya jauh." Jelas Musa sambil mengigit kukunya.

"Kau kenal mereka semua tu?"

"Tak, tapi dari wajah mereka. Mereka bukan orang US, mereka seperti orang dari China, Rusia, German, France, Mesir...lain saya tak ingat. Tak lama lepas tu, satu suara kuat datang dari speaker dalam dewan tu."

"Suara tu kata apa?"

"Dia kata, sebaik saja gari kami dibuka, kami semua kena bunuh sesama sendiri. Senjata seperti parang, pisau dan lain-lain disediakan di tengah-tengah dewan tu. Kami semua diberikan masa lima minit, kalau kami tak bunuh semasa senidiri, peluru sniper tembus badan kami."

"Eh tunggu, kau tak ada skill dalam martial arts. Macam mana kau boleh bunuh mereka semua?" Tanya Kelvin dengan riak wajah curiga.

"Tuan pernah dengar istilah instinct or feeling to keep survive, to keep alive. Itu yang saya lakukan. Untuk terus hidup. Sebaik gari kami dibuka, kami semua berlari ke arah tempat senjata tersebut. Selepas saya mengambil parang, saya bertembung dengan seorang lelaki, wajah yang tak bersalah. Kami berdua seperti nak tak nak untuk bunuh sehinggalah satu peluru tebus badan lelaki tu. Sa..Sa..Saya tergaman sementara sehinggalah seorang lelaki cuba untuk serang saya. Saya sempat elak dan terus tetak lelaki tu. Muda lagi lelaki tu." Wajah Ahmad sedih bila dia terkenangkan peristiwa gelap dan ganas tu.

"Kalau kau berhenti dulu boleh..."

"Tak, saya kena habiskan. Kami semua bunuh antara satu sama lain sampailah tinggal saya seorang saja. Lantai penuh dengan darah dari mayat-mayat. Kadang-kadang saya terfikir kenapa saya dipilih, kenapa 'mereka' dipilih. Mereka semua termasuk saya seperti orang awam biasa saja. Mahukan hidup normal, tak nak ada pertumpahan darah. Hanya mahu aman." Balas Ahmad dengan perasaan geramnya.

"Saya minta maaf atas apa dah berlaku kat kau Musa. Tapi, apa jadi lepas tu?" Tanya Kelvin sambil menghirup secawan kopi.

"Suara dari speaker tu mengarahkan saya bergerak ke tingkat dua. Setelah saya sampai, ada satu pintu masuk di hadapan saya. Suara tu menyuruh saya ambil kelengkapan senjata sebelum masuk."

"Senjata apa yang dia sediakan?"

"Seperti sub-mesingan, sepuluh magazin, MP7 mungkin, dia bagi sekali dengan pistol Glock 17, lima magazin."

"Macam mana kau tahu nama semua senjata tu?"

"Saya banyak tengok filem aksi, mungkin dari situ saya tahu nama senjata. Tuan tahulah, US kan penuh dengan filem tembak-menembak."

"Betul juga."

"Saya masuk melalui pintu tu dan saya lihat ada sembilan orang siap dengan kelengkapan yang lebih canggih cuba untuk bunuh saya. Saya sempat cari cover, kali ni tempat di tingkat dua itu penuh dengan dinding konkrit. Saya membalas tembakan begitu juga dengan mereka."

"Kau boleh cam tak muka mereka semua?"

"Tak sebab mereka pakai topeng. Tapi ada sesuatu yang buat saya rasa pelik. Pakaian uniform mereka tetera lencana harimau hitam dan perkataan 'DEMONE NERO'. Tuan tahu apa-apa tak pasal Demone Nero?"

"Tak, saya tak pernah dengar."

"Lepas saya bunuh mereka semua, saya disuruh oleh suara tu untuk naik ke tingkat atas, tingkat terakhir. Bila saya sampai ke atas. Ada  bayi dan seorang perempuan diikat pada sebatang tiang besi. Saya di arah untuk menembak salah seorang dari mereka... Fikiran saya masa tu hampir gila. Saya ada satu minit untuk tamatkan semuanya, kalau tak...saya yang mati."

"Jadi kau pilih yang mana?"

"Perempuan. Saya tak sanggup nak tembak bayi tu...Kalau boleh saya tak sanggup nak tembak perempuan tu juga tapi saya terpaksa!" Ahmad mula mengalirkan air matanya, dia tidak dapat menahan keperitan dalam kesedihan yang dialaminya.

Kelvin hanya terdiam sahaja melihat kesedihan Musa.

"Entah macam mana, saya dipukul dari belakang dan terus pengsan." Ujar Musa.

"Dan kat situ saya jumpa kamu."

"Tolonglah percayakan saya! Saya dipaksa, kami semua dipaksa untuk bunuh sesama sendiri! Tuan janganlah tahan saya. Saya tak bersalah!"

Kelvin Hellar memandang lama ke arah wajah Musa yang sedang menangis seperti orang hilang arah.

"Saya dah buat keputusan, saya akan lepaskan kamu, malam ni juga." Kata Kelvin.

Kelvin bangun dari kerusi dan menuju ke arah pintu, dia membuka pintu sehingga separuh dan mula berpaling ke arah Musa yang sedang mengesat air mata di wajahnya.

"Kau buat pilihan yang tepat." Kelvin keluar dari bilik soal siasat.

Ahmad Musa dibenarkan keluar dari pejabat balai polis New York. Ahmad Musa balik ke rumahnya dengan perasaan bersyukur kerana tidak ditahan oleh pihak FIB.


PEJABAT KELVIN HELLAR


Seorang lelaki berpakaian lebih kurang sama seperti Kelvin masuk ke pejabat untuk berjumpa dengan pegawai muda FIB itu.

"Tuan tak marah saya lepaskan dia?" Tanya Kelvin kepada lelaki itu.

"Tak mengapa, dia tak lepas semua ujian yang kami dah berikan. Dia mampu untuk bunuh semua orang tetapi tidak untuk bayi tu." Ujar lelaki itu.

"Kalau dia pilih bayi, apa akan jadi kat dia?"

"Dia akan ditangkap, darahnya akan digunakan untuk upacara ritual penyembahan persatuan kami, Demone Nero. Kami perlu berikan darah tu kepada 'ketua' kami."

"Maafkan saya sebab tak dapat nak capai objektif yang tuan nak."

"Tak mengapa, darah dari mayat-mayat yang lain masih boleh digunakan. Tapi darah dia yang terbaik, hampir terbaik."

"Tak mengapa, tahun depan kami akan tolong tuan cari yang 'baru'" Kata Kelvin.

"Apa-apa pun terima kasih atas bantuan encik Kelvin dan pasukan kamu kerana dah bantu saya." Lelaki itu berterima kasih kepada kelvin dengan senyuman.

"Sama-sama."


RUMAH AHMAD MUSA


Ahmad Musa kembali ke rumahnya. Dia masuk ke biliknya dan membersihkan dirinya. Ahmad Musa mencapai telefon pintarnya di atas mejanya untuk menelefon seseorang. Ahmad mendekatkan telefonnya ke telinga kanan.

"Kata laluan." Suara dari telefon Ahmad.

"555-76-08 kod nama, Illuminator."

"Illuminator, mereka tahu ke siapa kau?" Suara misteri lelaki muncul di telefon Ahmad.

"Tak Solaris, mereka tak tahu. Tapi, aku hampir di bunuh oleh satu agensi atau persatuan Demone Nero."

"Demone Nero? Tak pernah dengar. Apa maksudnya?"

"Black Demon. Solaris, aku nak kau cari apa-apa saja maklumat pasal Demone Nero."

"Apa kau nak buat Illuminator?"

"Balas dendam." Kata Ahmad dengan wajah yang penuh kemarahan.

"Baiklah, nanti kalau ada apa-apa aku call kau balik."

Ahmad memutuskan panggilan telefon. Dia meletakkan telefonnya ke dalam laci meja. Di dalam laci tersebut tetera satu tag nama, ILLUMINATOR, FMA (FREEDOM MILITARY AGENCY).

FMA, sebuah agensi tentera persendirian yang bergerak bebas ke serata dunia. Agensi ini selalu membantu negara-negara yang ditindas oleh kerajaan dalam negara itu atau ditindas oleh negara 'burung helang patriotik' dan negara haram bintang biru 'Star David'. Mereka membekalkan bekalan peluru dan senjata kepada pasukan pemberontak dan kadang-kadang mereka juga turun padang menghulurkan bantuan untuk membantu pasukan pemberontak. Agensi ini bergerak secara senyap dan licik.

Demone Nero, satu pertubuhan rahsia yang mengamal upacara ritual menyembah makhluk halus, Mereka percaya dengan menyembah berhala itu, Amerika akan terus kuat (tapi tak selamanya). Setiap tahun, FIB selalu membantu Demone Nero untuk mencari mangsa baru sebelum persediaan mereka untuk upacara itu.