Sunday, 7 September 2014

(KillTube) GUNKNIFE - ACT 2

12 : 15 Tengah malam

Mata Aziz tepat memandang ke rumah agam yang berwarna putih itu. Hanya cahaya lampu sahaja yang dapat menerangi rumah agam itu daripada dikuasai oleh kegelapan malam. Aziz melangkah masuk sehingga ke hadapan pintu pagar yang besar.

Di tangan Aziz sudah dipegang sepucuk pistol MP-446 dan sebilah pisau komando. Matlamatnya hanya satu, selamatkan adiknya yang berada di dalam rumah agam itu, Nikmat.

Telefon bimbitnya berdering. "Kau dah ambil barang yang aku letakkan di depan rumah kau?" Tanya lelaki misteri itu.

"Aku dah dapat. Sekarang, mana adik aku!?" Tanya Aziz dengan nada yang serdahana marah.

"Jangan marah, mari masuk." Pelawa dengan lembut lelaki itu.

Pintu rumah agam itu dibuka dengan sendiri. Aziz melangkah masuk dengan berhati-hati. Apabila dia masuk, rumah itu sangat gelap. Tiada satu lampu pun yang bercahaya. Jantung Aziz mula berdegup kencang. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku ke atas dirinya.

Telefon Aziz berdering lagi. "Aziz, apa kata kita main satu permainan."

"Apa yang kau merepek ni!? Permainan apa!?"

"Lepas kau tamatkan permainan ni, jumpa aku di tingkat dua bilik 103. Aku akan serahkan adik kau." Kata lelaki itu.

"Oh mengenai permainan aku namakan GunKnife."

"GunKnife?" Bingung Aziz.

"Pistol yang aku berikan kat kau tu tak boleh ditembak dari jarak jauh, hanya boleh ditembak dari jarak dekat. Kau jangan risau, musuh yang kau bakal hadapi nanti hanya menggunakan senjata jarak dekat." Ujar lelaki misteri itu.

"Kalau aku nak jugak tembak dari jarak jauh?"

"Pistol kau akan BOOM!!! Permainan bermula sekarang."

Cahaya lampu di dalam rumah agam itu secara tiba-tiba mula menerangi dengan kuat seperti cahaya dari letupan bom Flashbang. Aziz memejamkan matanya dengan mendalam, tapi tidak lama.

Seorang lelaki bertopeng menggunakan parang datang melulu ke arah Aziz, cuba untuk menetak leher Aziz. Tetapi Aziz sempat menundukkan badannya dan membalas dengan serangan tikaman serta tiga das tembakan di bahagian perut lelaki itu secara serentak.

Tikaman dari pisau Aziz itu tidak berakhir di situ. Aziz mula mengheret pisau yang masih berada di dalam perut lelaki itu sehingga keluar dari bahagian tepi kiri badan. Isi perut mula terkeluar. Lelaki itu mati dengan serta-merta dalam keadaan yang amat kejam.

Dua orang lelaki memakai topeng hitam yang juga menggunakan parang menyerang serentak. Kedua-dua mereka cuba mengayunkan parang mereka dengan pantas ke arah Aziz. Aziz dengan pantas juga mengelak serangan demi serangan dari dua orang lelaki itu.

Salah seorang daripada dua orang lelaki itu cuba menyerang Aziz dulu. Lelaki itu menghunuskan parangnya ke arah perut Aziz. Aziz sempat mengelak dan membalas serangan dengan tikaman tepat pada tangan kanan. Lantas, parang yang dipegang oleh lelaki itu jatuh dengan serta-merta.

Darah banyak mengalir keluar, lelaki itu mula menahan kesakitan. Seorang lagi lelaki cuba untuk membantu rakannya, tetapi dihalang oleh tendangan yang bertubi-tubi dari Aziz. Menyebabkan lelaki itu rebah ke lantai dan Aziz terus menembak lelaki itu sebanyak lima das tembakan di kepala.

Urusan Aziz dengan lelaki yang ditikam di tangan itu masih belum selesai. Aziz dengan wajah ganas, menggunakan muncung hadapan pistol untuk menumbuk pada bahagian halkum lelaki itu sebanyak tiga kali sehingga berdarah dan terus menembak leher lelaki itu. Halkum lelaki itu hancur ditembak oleh pistol kepunyaan Aziz. Aziz menarik keluar pisau dari tangan lelaki yang sudah mati dengan teruk.

Aziz terus naik ke tingkat dua dan mencari bilik 103. Apabila dia masuk, dia melihat seorang lelaki yang diikat tangan dan kakinya di kerusi sambil wajahnya ditutupi dengan penutup muka. Lelaki itu tidak boleh bersuara.

Telefon bimbit Aziz berdering. "Mana adik aku!" Tanya Aziz sambil melihat keadaan di sekeliling bilik itu.

"Sebelum aku serahkan adik kau, kau kena bunuh lelaki kat depan kau...tembak dia." Arah lelaki misteri itu.

"Jangan bimbang, aku dah matikan sistem bom kat pistol kau tu."

Aziz mula mengacukan pistolnya ke arah lelaki yang cuba melepaskan dirinya dari ikatan di kerusi itu.

BANG!

Satu tembakan tepat mengenai kepala lelaki itu. Darah mula mengalir di sekeliling wajah lelaki tersebut.

Bagai sang jembalang muncul dari kegelapan. Lelaki yang memakai topeng hoki, berbaju hitam dan berseluar jeans biru muncul secara tiba-tiba. Pembunuh itu terus menembak tangan kanan dan kiri Aziz yang memegang pistol dan pisau. Dua das tembakan lagi di kedua-dua belah kaki Aziz, menyebabkan Aziz terus rebah ke lantai.

"ARGHHH!!!" Aziz menjerit kesakitan. Dia merasakan kedua-dua belah tangan dan kakinya sudah lumpuh. Dia tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya. Lagi.

Pistol yang digunakan oleh pembunuh bertopeng hoki itu ialah Desert Eagle. Cukup untuk menembusi isi dan menghancurkan tulang manusia.

"Anjing kau!!!"

"Kau nak tahu siapa yang kau tembak tadi?" Pembunuh itu membuka penutup muka dari wajah lelaki itu.

"NIKMAT!!!" Aziz sebenarnya telah membunuh adiknya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Tanpa disedari.

"Dan tiga orang yang kau bunuh tadi sebenarnya ialah rakan kongsi kau sendiri...Rakan kongsi dalam rompakan bank." Ujar pembunuh bertopeng hoki itu.

"Bangsat kau!!! ARGHHH!!!" Marah Aziz dalam kesakitan.

"Kau dah bunuh lima orang anggota polis dalam rompakan bank tiga hari lepas. Tiga rakan kau tak berjaya melarikan diri kecuali kau." Kata lelaki itu.

"Hanya seorang saja anggota polis yang selamat dan berjaya tangkap tiga rakan kau. Tapi, apa yang menariknya, anggota polis tu tak hantar kutu-kutu bangsat kau tu ke balai. Sebaliknya dia hantar kepada aku." Gembiri pembunuh bertopeng hoki itu kerana Aziz tidak tahu bahawa anggota polis itu ialah pembunuh bertopeng hoki itu sendiri.

"Aku cukup gembira bila dapat tahu kau ada adik. Jadi, aku culik dia dan jadikan sebagai umpan. Tiga rakan kau tu, aku paksa mereka untuk membunuh kau. Jika mereka enggan, bom di kaki mereka akan meletup." Senyum pembunuh di sebalik topengnya.

"Sekarang kau yang terakhir."

Pembunuh itu mendekati Aziz. Pembunuh itu melutut dan memegang kepala Aziz.

"Apa yang kau nak buat ni!!!"

"Shh, diam...Aku tengah fokus sekarang ni."

Pembunuh itu merapatkan muncung pistol Desert Eagle dekat dengan kepala Aziz. Pembunuh itu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus keluar seluas-luasnya.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Empat das tembakan di kepala Aziz dalam jarak yang sangat dekat. Kepala Aziz hampir hancur. Darah merah mengalir keluar ke lantai termasuk sedikit cebisan-cebisan daging dari kepala Aziz yang juga berada di atas lantai.


2:00 Pagi


Pembunuh itu memuat naik video pembunuhannya dan termasuk video pembunuhan Aziz terhadap tiga orang rakan dan adiknya. Video itu dimuat naik ke laman web KillTube di bawah channel pembunuh itu, Killer's Justice.










No comments:

Post a Comment