Thursday 25 October 2012

Sajak - Kehidupan

kehidupan,
bagaikan sebuah cerita,
yang dipenuhi pelbagai pekara,
seperti suka dan duka

kehidupan ini,
seperti warna-warni,
menerangi hati manusia,
dengan cahaya angkasa

kehidupan ini,
dipenuhi dengan pelbagai pancaroba,
bagaikan pedang menusuk hati,
dipenuhi halangan dan cabaran

kehidupan ini,
mengajar kita erti kesabaran,
supaya kita tabah menghadapi,
di masa depan

kehidupan ini,
mengajar kita menghormati,
antara satu sama lain,
supaya menjadi manusia yang beradat

kehidupan ini,
dapat kita mengetahui ilmu,
untuk dikaji dan diterokai,
supaya kita selalu mengingati kekuasaan-Nya

ingatlah,
bahawa kita hidup ini,
hanya sekali sahaja,
nikmatilah kehidupan ini,
sementara kita masih bernafas

Wednesday 24 October 2012

sajak - Manusia

Sajak - Manusia

Manusia,
diciptakan dari tanah yang kuning,
di bumi yang indah ini,
oleh tuhan Yang Maha Esa,

kita diciptakan dengan satu tujuan,
beribadah dan taat kepada-Nya,
berkiblat dan tunduk kepada-Nya,
supaya tidak kita lupa kepada pencipta-Nya

jika kita membuat amalan Mahmudah,
selalu berdoa dan mengingati-Nya,
kita akan mendapat jaminan syurga Firdaus,
dan hidup bahagia di sana

jika kita membuat amalan Mazmumah,
selalu derhaka dan dusta kepada-Nya,
kita akan mendapat jaminan neraka Jahanam,
dan hidup sengsara di sana

wahai manusia sekalian,
betulkanlah tiang agamamu,
banyakanlah bertaubat kepada-Nya,
kumpulkanlah kebaikan sehingga nafas terakhir

ingatlah bahawa di mahsyar sana,
kita akan dihitung dosa dan pahala,
marilah kita segera bersama,
merebut pahala dan ganjaran-Nya,
jauhi segala dosa dan larangan-Nya,
supaya kita diberkati oleh-Nya