Monday 7 December 2015

REVIEW PERMAINAN VIDEO - SLEEPING DOGS DAN WATCH DOGS

 

   Anjing Tidur dan Tengok Anjing, teruk benor bunyi nyer dalam bahasa Malaysia. Ok, ok, hari ni saya nak tulis review bukan satu tapi dua video games. Sleeping Dogs dan Watch Dogs. Dua game ni dikeluarkan selang satu tahun. Sleeping Dogs pada tahun 2012, manakala Watch Dogs pada tahun 2014.

   Watch Dogs dikeluarkan oleh Ubisoft (Ubi Lembut) dan Ubisoft Montreal. Manakala Sleeping Dogs dikeluarkan oleh Square Enix dan United Front Games. Kedua-dua game ni dikeluarkan untuk platform PS3, PS4, Xbox 360, Xbox one dan PC. Dan saya menggunakan platform Xbox 360 semasa bermain kedua-dua game ni.




   Saya nak buat perbezaan antara dua game ni. Pertama dari segi jalan cerita. Sleeping Dogs megisahkan Wei Shen, seorang undercover cop yang ditugaskan untuk menumpaskan kumpulan gangster Sun On Yee di Hong Kong. Watch Dogs pula mengisahkan Aiden Pearce, seorang hacker yang kembali membalas dendam mencari pembunuh sepupunya, Lena di Chicago, U.S.A. Berdasarkan pengalaman semasa bermain, saya lebih suka storyline dalam Sleeping Dogs berbanding Watch Dogs. Entah mengapa? Mungkin kerana watak Aiden Pearce tidak cukup kuat atau tidak menarik perhatian saya, berbeza pula dengan watak Wei Shen.



   Sekarang gameplay! Dari segi shooting mechanic, pergerakan kamera agak sedikit kaku semasa menembak. Cover system kadang-kadang jugak sedikit kaku semasa digunakan. Tidak banyak pilihan senjata dan oh ya! Anda akan susah sikit nak jumpa senjata dalam game ni kecuali anda rampas dari polis atau melakukan misi tertentu. Watch Dogs, memang terbaik! mereka menggunakan cover system sama seperti dalam game Splinter Cell Conviction. Aksi menembak lebih cepat respon dan pantas. 

   Fighting mechanic memang dimenangi oleh Sleeping Dogs kerana Watch Dogs takde fighting, ada pun action scene pukul pakai baton. Bab tumbuk tendang memang Sleeping Dogs terer. Macam-macam cara korang boleh gunakan persekitaran sekeliling untuk tumpaskan musuh. Bukan setakat tumbuk dan tendang jer. Paling best gunakan payung, beg, frying pan, malah ikan pun boleh dijadikan sebagai senjata.

   Grafik! Dari segi grafik, Watch Dogs agak cantik berbanding Sleeping Dogs. Tapi masa dalam demo, grafik Watch Dogs bukan main cantik, final version...mehhh. Crytek jugak yang bagus.

   Aktiviti yang korang boleh buat selain buat mission lebih seronok dalam game Sleeping Dogs berbanding Watch Dogs. Lagi satu, kenapa Watch Dogs takde health meter? Sepatutnya health meter perlu ada dalam open-world game. Paling lawak pakaian dalam Watch Dogs macam hampeh, pakaian sama, hanya tukar warna jer. Sleeping Dogs lagi banyak pilihan pakaian.




   Keistimewaan. Watch Dogs korang boleh hack macam-macam, traffic light, ATM machine, dan lain-lain. Sleeping Dogs yang best korang boleh hijack kereta, style macam Hong Kong action movies. Dari segi kawalan pemanduan, saya boleh terima kedua-dua game ni. Tapi Watch Dogs korang tak boleh tembak sambil memandu, tapi Sleeping Dogs boleh. Siap Bullet Time lagi, sekali lagi macam style Hong Kong action movies.


Sleeping Dogs

Story : 4.9 / 5

Gameplay : 4.5 / 5

Music : 4 / 5

Graphics : 4 / 5

Overall : 9 / 10


Watch Dogs

Story : 3 / 5

Gameplay : 4 / 5

Music : 3 / 5

Graphics : 4.5 / 5

Overall : 7 / 10