Thursday 24 January 2013

Sajak - Kasih Guru

Guru,

Kau mengajar kami,
di bangku sekolah lagi,
daripada kami tidak mengenal angka,
sehingga kami mengenal angka,
daripada kami tidak mengenal huruf,
sehingga kami mengenal huruf

Guru,

Biarpun taufan bertiup kencang,
kami akan tetap ke menara gading,
kerana kau mempersiapkan diri kami,
dengan ilmu yang terserlah di hati

Guru,

Kau mengajar erti kehidupan,
kehidupan yang bermakna,
kehidupan yang sebenar,
untuk kami menghadapi,
rintangan yang mendatang

Guru,

Kau pembakar semangat jiwaku,
untuk meneruskan pelajaranku,
kau tak henti mengajarku,
bagai mengejar api di lautan

Guru,

Kau membina jati diri kami,
untuk cinta akan tanah air kami,
untuk membina semangat patriotik,
dalam diri kami

Guru,

kau telah memimpin kami,
sehingga kami meningkat usia,
untuk kami mengganti,
pemimpin terdahulu,
dan,
menerajui tanah air ini

Sunday 20 January 2013

Sajak - Anak Palestin (video)

Sajak - Anak Palestin

Wahai anak Palestin,

Kau pembakar semangat jiwaku,
Untuk melawan musuhmu,
Musuh yang dilaknat oleh tuhanku,
Demi yang maha agung tuhanku

Wahai anak Palestin,

Kau pembawa perjuangan suci-Nya,
Kau dibunuh oleh peluru-peluru neraka,
Kau membalas dengan batu-batu syurga,
Syahidmu menjadi contoh rakyat Malaysia

Wahai anak Palestin,

Kau penguat kepada akhlakku,
Kau mendahului kami menjadi mulia kepada-Mu,
Demi Palestin kami berdoa kepada-Mu,
Supaya Allah membebaskan tanah suciku

Wahai anak Palestin,

Kau pembawa kepada kebenaran-Nya,
Walaupun mereka menipu daya dunia,
Kami akan bersama para anbiya,
Sehingga ke hujung nyawa

Wahai anak Palestin,

Usahlah kamu berduka,
Kami akan bersama dengan akidah-Nya,
Kami akan mempersiapkan ilmu di dada,
Untuk membebaskan tanah suci-Nya