Tuesday 30 June 2015

SAJAK - SESAT

Ku tersesat di dalam hutan,
Cuba mencari jalan pulang,
Malam kian hampir tiba,
Ku cuba mencari lindungan

Bawah pokok ku duduk,
Dalam gelap ku takut,
Ku cuba fikir,
Bagaimana aku boleh berada di sini?

Angin ghaib bertiup kencang,
Makhluk liar lari berkeliaran,
Satu bunyi kuat, menghala ke arahku,
Seakan-akan bunyi trompet

Muncul jelmaan seperti manusia,
Datang dekat kepadaku,
Wajah sama sepertiku,
Sedikit gentar dalam jiwaku

"Kenapa kau sakiti dia!"
"Sakiti siapa?"
"Cahaya matamu!"
"Sejak bila?"
"Seminggu lalu."

Jelmaan bertukar wajahnya,
Berubah bagaikan seorang budak,
Perempuan,
Comel dan tak bersalah

Entah bagaimana air mataku mengalir,
Ku sedar akan kesilapanku,
Sedang ia mengalir jatuh ke tanah,
Wajah anakku berubah
Suci menjadi jijik,
Darah dan lebam di wajahnya dan seluruh badannya,
"Kenapa papa buat Nana macam ni."
Air mataku juga mula berdarah

Tiba-tiba dua ekor burung gagak,
Menerkam ke wajahku,
Mencabut keluar dua biji mataku,
Api mula menyambar keluar dari tanah,
Membakar tubuh badanku

Ku terperangkap di dalam mindaku,
Ku bangun ke alam realiti,
Berjaya keluar dari alam mimpi,
Ku melihat isteriku,
Memandu dalam keadaan cemas

Cuba larikan diri dari buruan polis,
Ke negara sempadan,
Malangnya kami ditangkap,
Dibawa ke mahkamah,
Hukuman tali gantung,
Menantiku dan isteriku








Saturday 20 June 2015

CERPEN - PERMAINAN VIDEO

Aku mengenal komputer semasa umur aku 6 tahun dan aku mengenal permainan video semasa aku berumur 7 tahun. Pinball dan Minesweeper ialah permainan video yang pertama aku main, masa tu komputer bukannya nipis macam zaman sekarang, berat, lebar dan tebal, jenis CRT (Cathode Ray Tube) punya. Masuk umur 8 tahun, aku dah mula main game tape, satu cartridge ada lapan jenis permainan video, lumba kereta, tembak-menembak, bola sepak, fighting, semua ada. 

Umur dari 9 hingga 12 tahun, Diner Dash, Half-Life, Grand Theft Auto, Counter-Strike, Call of Duty dan Battlefield 2 menjadi kegemaran aku pula untuk bermain permainan video itu. Masa tu, era ketagihan pergi ke kafe siber mula merebak dalam kalangan aku dengan kawan aku. Tanpa kafe siber, aku takkan tahu video games yang aku dah nyatakan tadi. Sanggup tak makan kat sekolah semata-mata nak kumpul duit pergi kafe siber. Kenangan.

"Game apa tu Man?"

"Red Alert 3, best, try la beb." 

Kata kawan aku Man. Dia nampak seronok dengan game baru tu. Aku pun cuba video game baru tu, memang rasa lain, tak macam permainan video yang aku main dulu. Game tu memerlukan strategi untuk kita menyerang musuh. Disebabkan kerseronokan, kecenderungan dan minat aku terhadap permainan video. Maka, aku memutuskan cita-cita aku untuk menjadi seorang game designer. Nama aku Damir bin Abdullah, asal Ipoh Perak, umur aku sekarang 46 tahun dan ini kisah liku-liku hidupku dalam menjadi seorang game designer. 

Umurku 13 tahun aku dah mula beralih dari komputer ke konsol iaitu PS2. Konsol PS2 jugalah adalah konsol yang paling banyak dan lama telah dijualkan. Malah CD gamenya juga lebih banyak dari konsol-konsol video games yang lepas. Disebabkan aku dah lama gunakan keyboard dan mouse, maka aku kena biasakan diri dengan controller PS2. Antara games kegemaran aku untuk PS2 ialah SOCOM 3, Brother in Arms 1 dan 2, Black, Killzone, Medal of Honor Frontline dan KillSwitch. Apa yang menariknya, KillSwitch adalah antara game terawal yang mengimplikasikan cover system untuk third-person shooter, game Gears of War pun gunakan cover system macam KillSwitch. 

Untuk grafik yang menarik, mestilah Killzone dan Black. Reka bentuk senjata, jalan cerita dan binaan karakter yang menarik ialah Killzone. Killzone memang best, ceritanya seakan-akan kita berperang melawan pihak Nazi cuma apa yang bezanya kita berperang di masa depan melawan kajahatan Helghast, teringin nak main sebagai Sarjan Rico. Black, walaupun grafiknya cantik, tapi ada kekurangan, penyampaian jalan cerita kurang menarik. Tapi gameplay adalah paling best dan paling banyak BOOM! BOOM! Efek letupan dan kemusnahan dalam game Black adalah paling syok untuk konsol PS2. 

Manakala SOCOM 3 dan Brother in Arms lebih kepada strategy shooting, cuma yang bezanya SOCOM 3 lebih moden dan third-person view, taktikal perangnya juga lebih mendalam dan menarik. Brother in Arms lebih kepada perang dunia kedua dan first-person view, taktikal perangnya pula lebih kepada taktik suppress and Flank. Aku ingat lagi teknik 4F, Find them, Fix them, Flank them, Finish them.

Aku bermain dengan PS2 aku dari umur 13 sampai la 16 tahun. Umur 17 aku dah mula upgrade ke grafik yang lebih tinggi dan cantik dengan membeli Xbox 360 sempena hadiah hari jadi aku. Kontroller Xbox 360 pula agak berbeza dengan PS2, Kontroller Xbox lebih besar sedikit dan berat dari PS2 punya. Kalau kontroller PS2 kena cucuk wayar dia kat konsol baru boleh main, Xbox lain, tak payah pakai wayar, pakai wireless dengan menggunakan bateri. Jadi, kena la beli pengecas bateri. Nak beli wayar penyambung dia mahal, tapi tak apalah, cuba benda baru. Sebab kenapa aku beli Xbox kerana aku nak cuba konsol selain dari Sony PS2. Lagipun masa tu PS3 mahal, gamenya pun mahal.

Video games pilihan aku untuk Xbox 360 kali ni ialah Spec Ops The Line, Vanquish, DOOM 3, Call of Duty World at War dan Modern Warfare 2, Fallout New Vegas dan Rainbow Six Vegas 2. Namun dalam era konsol yang baru itu, aku lihat syarikat video games dari luar negara lebih mementingkan multiplayer dan DLC (Downloadable Content), melupakan singleplayer. Tak macam game zaman PC dulu, walaupun grafik tak cantik, tapi storyline sangat menarik dan kukuh membuatkan aku ingat sampai sekarang seperti game Half-life. 

"Apa ni, pistol pun nak kena beli ke dalam DLC!?"

Rungut aku semasa aku bermain Splinter Cell Conviction. Kadang-kadang developer agak gila meletakkan harga DLC untuk sepucuk pistol! Kalau harga DLC untuk satu game tak mengapa la jugak. Lagi satu kelemahan yang aku lihat sepanjang aku ada konsol, developers takkan keluarkan games baru mereka untuk konsol lama seperti Xbox 360 dan PS3 dengan adanya kemunculan konsol PS4 dan Xbox One. Jadi, aku beralih semula ke PC kerana PC takkan pupus dan video games akan ada selalu keluarkan untuk PC.

Selepas aku habis SPM dan tamat sekolah, aku membeli game DOOM 3. Hmm, game tu agak menarik. Kita membunuh syaitan-syaitan yang cuba menceroboh masuk ke planet Marikh. Aku pernah dengar dari otai-otai sekolah menengah aku dulu, mereka kata DOOM ialah game paling best. Bila aku teringat tu, aku pun cuba download game DOOM dan DOOM 2 kat PC aku, free jer. Ternyata, game tu memang best dan mencabar, rasanya lagi susah dari DOOM 3. Storyline pun best dan aku ingat sampai sekarang. Game tu amatlah best sehinggakan aku ingin tahu siapa pencipta di sebalik game tersebut. Aku juga baru tahu DOOM ini merupakan bapa kepada semua first-person shooter dengan grafik yang mengancam pada tahun 1995, masa tu aku tak lahir lagi.

John Carmack dan John Romero serta dua orang aku tak ingat. Tunjang utama kepada game DOOM. Aku membaca dan melihat video dokumentari serta artikel tentang kisah hidup mereka semasa di ID software. Bagaimana mereka bersusah payah untuk mencipta enjin ID Tech untuk game DOOM kerana pada masa tu tenaga kerja hanya 4 orang! Memang menakjubkan. Ini membuatkan aku lagi bersemangat untuk meneruskan cita-cita aku.

Sepanjang aku cuti selama 6 bulan lebih, aku menghabiskan waktu aku di hadapan komputer, belajar mengenai programming language seperti C++, Java script, Action script dan sebagainya. Aku menggunakan software  Unity untuk mencipta game pertamaku, Hunter. Dengan adanya Google Playstore dan kecanggihan smartphone, aku dapat mencuba untuk mencipta game untuk smartphone. Pada mulanya memang pening dan susah untuk mempelajari bahasa coding tersebut, tetapi lama-kelamaan aku rasa menjadi seronok dan senang. 

"Storyline kena kuat." Kata kepada aku sendiri. Dalam mencipta game, aku selalu mengingatkan kepada diri aku supaya untuk mencipta game, jalan cerita dan gameplay perlulah menarik supaya pemain akan ingat game tu sampai bila-bila. 5 bulan projek aku akhirnya tamat, aku menjualnya di Apps store. Selepas 2 minggu, lebih satu ribu muat turun dan feedback yang positif aku dapat. Duit pun aku dapat jugak, tapi bukan itu yang aku utamakan. Yang paling aku utamakan ialah kepuasan pembeli aku terhadap permainan video aku. Aku rasa gembira dan puas hati kerana hasil karya aku membuahkan hasil.

Tahun 2014, aku memutuskan untuk masuk ke universiti yang ada kursus berkaitan multimedia design dan animation. Aku lihat The One Academy ada kursus yang aku nak. Tapi, langit tak selalu biru, matahari tak selalu cerah, selalu hujan lebat. Ibu bapa aku menghalang aku dari masuk ke kursus tersebut.

"Damir kena jadi lawyer jugak! Muktamad!" Kata ayah kepada aku. Memang pemikiran orang Malaysia macam ni ya? Nampak doktor dan peguam sebagai salah satu kerjaya yang berjaya. Dulu masa aku kecil, mak pernah cakap yang aku boleh jadi apa sahaja asalkan aku jadi orang berguna kepada masyarakat, tapi bila dah besar lain pulak ceritanya. Memang ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya, tapi kalau dah minat aku sejak suka kepada video games, takkan mereka nak halang cita-cita sebenar aku? Nampak gayanya mereka berdua memang menghalangnya. Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan keputusan daripada ibu bapa aku. Kalau melawan pulak, nanti kata anak derhaka pulak.

Aku pernah teringat ayah aku berkata kepadaku. "Kamu ni asyik dok main game tembak jer. Nanti terpengaruh jadi ganas." Kawan aku di sekolah juga pernah berkata kat aku. "Hang ni suka buang masa main game jer." Pada pendapat aku, aku tak membuang masa rasanya. Kerja sekolah aku boleh siapkan jer, bila waktu solat, aku pergi solat. Pembahagian masa tu penting! Tentang ayah aku tu, aku boleh katakan itu sebagai tugas kita untuk mengawal nafsu dan minda kita supaya tak terpengaruh dengan apa yang kita main. Kalau kita gagal, jadilah macam Columbine High School Massacre.

Aku juga banyak belajar perkara-perkara yang bagus sepanjang aku bermain permainan video. Aku boleh belajar bahasa Inggeris dengan baik, malah, aku dapat tingkatkan cara percakapan aku dalam bahasa inggeris dan juga bahasa asing seperti bahasa Jepun. Call of Duty 1, 2, 3 dan World at War serta Medal of Honor menarik minat aku terhadap subjek Sejarah yang pada dulunya aku tak suka sebab membosankan, yelah sebab kena baca buku teks. Dulu aku memang takut nak tengok darah, tapi lepas aku banyak sangat main tembak, aku dah terbiasa tengok darah tu, agak pelik tapi itulah kenyataannya.

Aku menjejakkan kaki aku ke universiti.... Ahh aku tak ingat! Dengan hati yang layu, mengambil kursus yang aku tak minat menambahkan lagi kelayuan menjadi kusam. Ibu bapa tersenyum di hadapan rakan-rakannya kerana aku 'akan' jadi peguam. "Show off." Kata aku, ibu bapaku memang seperti mahu menunjuk-nunjuk kepada rakannya. Mereka berdua tak tahu aku tak suka keputusan ni. Sedang aku berada di dalam sana, aku masih belajar programming language untuk projek aku seterusnya, game 2D iaitu Searching for Islam. Ia seperti game pengembaraan mencari teka-teki mengenai sejarah Islam, kisah hidup nabi dan rasul serta empat orang khalifah yang disanjung tinggi. 8 bulan aku berjaya siapkan projek tersebut bersama-sama dengan rakan universiti aku yang turut membantu aku dari segi musik dan voice acting. Game tu berjaya dijual di gaming store untuk PC dan smartphone secara percuma.

Alhamdullilah, aku dapat banyak feedback yang positif dari pembeli. Mereka banyak mengatakan mereka lebih mudah untuk ingat mengenai Islam dengan cara bermain permainan ini daripada menghadap buku. Mereka juga kata game ni sesuai untuk semua peringkat umur. Sepanjang aku belajar di sana, walaupun aku tak suka kursus tu, tapi nasib baik di kelilingi oleh rakan yang sentiasa memberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuangan. Nasib aku sejarah, kalau tak dah lama aku tinggalkan tempat tu.

Sepanjang aku belajar kat sana, aku berjumpa dengan dua orang rakan yang sama nasib dengan aku. Joshua Chin dari kursus sama dengan aku dan Siva Kumar dari kursus accounting, mereka berdua mempunyai minat yang sama macam aku, suka buat video game tapi ditentang masak-masak oleh kedua-dua orang tua. Sejak tu, aku berkawan rapat dengan mereka berdua.

"Eh korang, korang nak tak masuk pertandingan mencipta video game. Ini anjuran dari syarikat video game luar negara."

"Nak! Tapi kalau menang kita dapat apa?"

"Kita dapat pergi ke luar negara, kerja dengan mereka!"

"Wow!!!"

Perkara tu membuatkan aku dan Joshua berasa teruja kerana ini merupakan peluang untuk aku, Siva dan Joshua untuk menjadi seorang game designer. Kalau di luar negara game designer dihargai tetapi tidak di Malaysia, mungkin benda ni masih baru kepada orang Malaysia, mungkin sebab tu game designer tempatan lari ke luar negara kerana di sana senang nak cari makan daripada sini. Atau mungkin di Malaysia ni, pihak atasan lebih suka menggunakan wang orang ramai untuk main undi, main wayang depan orang ramai daripada menabur bakti semula kepada orang ramai.

Pertandingan tu dianjurkan oleh syarikat United People Entertainment. Ia memerlukan 3 hingga ke 4 orang untuk menyertai pertandingan itu. Kami bertiga sudah cukup syarat, tapi masalahnya, game apa yang kita nak buat? Tiba-tiba Siva memberikan idea.

"Damir, dulu kau ada buat game searching for Islamkan?"

"Ada, kenapa?" Bingung aku.

"Apa kata kita gunakan idea kau, tapi kita ubah sedikit. Kita tunjukkan game mengenai budaya-budaya yang ada kat Malaysia. Amacam, ok tak?" Tanya Siva sambil tersenyum.

"Bagus jugak tu." Balas Joshua sambil memandang ke arahku.

"Hebat, ok mari kita lakukan!" Sahut aku dengan penuh semangat.

Untuk projek kali, aku tak keseorangan, aku ditemani oleh Siva dan Joshua serta bersama-sama dengan rakan aku yang lain. Aku meminta pertolongan dari rakan-rakan yang datang dari lain-lain negeri untuk ceritakan apa yang menarik tentang negeri-negeri mereka. Aku perlukan setiap informasi tersebut sebelum aku masukkan ke dalam projek. Aku akan menguruskan programming language, Siva untuk storyline dan gameplay mechanic dan Joshua pula untuk pembinaan karakter.

Pelbagai rintangan yang kami bertiga lalui, sedang aku, Siva dan Joshua fokus terhadap projek kami. Kami bertiga juga perlu fokus dalam pelajaran dan exam semester terakhir. Memang sibuk waktu, demi mengejar cita-cita sebenar, kami bertiga berkerja lebih masa. kopi dan Nescafe selalu di atas meja. Sebelum exam semester terakhir bermula, kami sempat menghabiskan projek tersebut dan menghantarnya ke laman web United People Entertainment. Perasaan gembira dan lega bersinar di hati.

"Yes, kita berjaya lakukannya." Kata Joshua dengan nada gembira sambil melepaskan high five ke arah tangan aku dan Siva.

"Sekarang, kita kena tunggu keputusannya. Harap-harap kita menang." Kata aku.

Selepas aku menamatkan pelajaran aku di universiti tersebut. Di majlis graduasi, Joshua dan Siva datang kepada aku. Aku nampak Joshua dan Siva seperti sangat gembira. Aku fikir masa tu, mereka gembira sebab habis belajar kat mereka tak suka.

"Damir, kita menang!!!"

"Apa? Aku tak faham?"

"Kita menang pertandingan cipta video game tu?"

"What!!! Hahah."

"Bukan tu jer, game kita tu akan dijual untuk PC ke seluruh dunia!"

"Whoa!!!"

Masa tu rasa sangat seronok tak ingat dunia, malah rasa lagi seronok dari dapat sijil kat majlis graduasi. Lima hari selepas tu, aku, Joshua dan Siva diterbangkan ke Switzerland. Aku tahu ayah nampak macam tak puas hati, mak nampak ok jer. Tapi aku ingat kata-kata atuk aku. "Jangan biarkan sesiapa pun menghalang mimpi indah Damir, termasuk orang yang paling rapat dengan Damir."

Tempat tinggal kami sudah disediakan, tetapi untuk sementara waktu. Jadi kami kena cari rumah sendiri secepat mungkin. Keesokan harinya, kami bertiga tiba di pejabat United People Entertainment, kami bertiga diraikan dan rasa gembira kerana pada hari itu kami boleh mula berkerja, mula mencipta permainan video baru. Permainan video kami, Find Malaysia menjadi perbualan hangat di media masa dan sosial, namun berita tentang kejayaan permainan video kami tu tak pernah sampai ke negara Malaysia. Mungkin tak banyak orang mengetahuinya atau mereka memang tak nak ambil tahu tentang benda yang mereka katakan tidak menjamin masa depan.

Aku, Joshua dan Siva menjadi satu pasukan yang kuat dan lama dalam membina video game yang berjaya sehinggalah Siva meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah otak pada 23 Julai 2030. Aku dan Joshua berasa sedih kerana dia bukan sahaja seorang kawan dan rakan sekerja, tetapi dia bagaikan seperti adik-beradik kami. Susah senang hidup bersama di bandar Zurich. Sejak tu, keadaan tidak lagi sama seperti dahulu. Lebih teruk lagi, syarikat United People Entertainment bakal bankrap dalam masa beberapa bulan. Banyak pekerja yang sudah meletakkan jawatan.

Akhirnya aku dan Joshua juga memutuskan untuk meletak jawatan setelah 15 tahun berkerja di syarikat tersebut. Kami berdua kembali ke Malaysia setelah sekian lama kami tak balik. Kami berdua pulang ke rumah keluarga masing-masing. Ayah aku sudah tua, begitu juga dengan ibuku. Aku bersalam, mencium dahi dan kedua-dua belah pipi serta memeluk kedua-dua orang tuaku. Aku amat rindu kepada mereka berdua. 15 tahun, sungguh lama.

"Ayah, Damir minta ampun sangat-sangat. Masa tu, Damir masih lagi marahkan ayah." Nangis aku dalam keinsafan.

"Ayah juga minta maaf sebab halang cita-cita kamu." Ayah juga menangis kerana dia sedar akan kesalahannya.

"Damir mungkin tak tahu..." Ibu bersuara.

"Tahu pasal apa?"

"Disebabkan permainan video yang kamu cipta tu, banyak pelancong yang nak datang ke Malaysia. Disebabkan Damir jugalah, ramai anak muda cuba nak jadi macam kamu. Damir adalah idola kepada mereka." Ujar Ibu yang sedang duduk di atas kerusi kayu jati.

"Ya ke?"

"Ya..."

Tak sangka, aku jadi idola kepada anak muda yang ada minat macam aku.

"Kerajaan juga dah mula ada minat untuk meluaskan kerjaya game designer, semuanya sebab kamu, Damir... Tahniah Damir, ayah bangga dengan kamu. Kalau ayah tahu kamu akan berjaya macam ni. Ayah dah lama biarkan kamu belajar kat tempat yang kamu nak." Ujar ayah dengan tangisan senyuman di bibirnya.

Aku habiskan masa terluang dengan ibu bapaku selama tiga bulan. Selepas itu aku bertemu semula dengan Joshua di kafe.

"So... sekarang kita nak buat apa?" Tanya Joshua.

"Kita buka syarikat game kita sendiri, bawa masuk fresh faces ke dalam syarikat kita." Cadang aku.

"Idea yang bagus ke tu?"

"Mestilah bagus. Eh, kau tak ingat ke janji kita kat Siva yang kita berdua akan buka syarikat game sendiri."

"Baiklah, kita akan buka, demi Siva."

"Demi kawan kita."

DSJ Games dibuka oleh aku dan Joshua. Kami mula bawa masuk muka-muka baru untuk bagi mereka membina permainan video. Sejak 10 tahun syarikat itu ditubuhkan, syarikat mula berkembang di luar negara, London, Rusia, Amerika Syarikat dan enam buah lagi negara. Dah macam pelbagai jenis video games syarikat kami berdua dah cipta. Aku dan Joshua akan kekal bersama-sama mempertahankan dan memperkukuhkan lagi syarikat DSJ Games.












Sunday 7 June 2015

(KILLTUBE) HUNTER - ACT 8

Pukul 8.00 malam...

Sudah tiga minggu Faizal tidak dengar apa-apa berita dari Trent. Tugas Faizal selama dia menunggu berita dari Trent hanyalah melihat video dari laman web KillTube, menangkap gambar dan merakam video serta terus menghantar ke ibu pejabat IPD dengan menggunakan smartphone supaya mereka boleh menjejaki di mana pembunuh itu berada, selepas dapat dijejaki, mereka akan menghantar agen-agen IPD untuk membunuh pembunuh tersebut.

Faizal sudah biasa melihat semua pembunuhan yang menjijikkan ini kerana dia juga dahulu ialah seorang gangster, banyak pembunuhan yang dia dah lakukan, semasa dia bertugas sebagai undercover cop juga dia dah banyak lihat perkara seperti begini. "Kalau orang normal tengok video ni, muntah kejap tu jugak." Kata Faizal sedang dia bersendirian di dalam biliknya, menghadap komputer riba, melihat video sambil merakam video dan menangkap gambar dengan menggunakan smartphone.

Tiba-tiba telefon pintarnya mula berdering, Faizal melihat di skrin telefon tersebut. Nama Trent terpapar di skrin telefon. Faizal menjawab panggilan Trent. "Helo Trent."

"Helo Faizal, aku dah dapat lokasi Brave Dude tu. Lucky for you, dia tinggal dekat dengan area Meru Raya. Aku dah hantarkan map location ke telefon kau." Ujar Trent.

"Ok. Gambar-gambar dan video yang aku dah hantar membantu tak?" Tanya Faizal.

"Membantu, malah kami di IPD dah dapat tracking beberapa orang. Agen-agen IPD kita sedang memburu mereka."

"Aku ingat IPD just akan tangkap jer orang bersalah."

"Faizal, dunia ni tak pernah bersih. Kadang-kadang yang baik pun kena buat kerja jahat."

"Hmm, aku pun apa kurangnya, sama jer. Kejap lagi aku nak buat tinjauan kat lokasi tu." Kata Faizal.

"Good luck." Trent menamatkan panggilan telefon.

Faizal menutup komputer ribanya, dia mengambil kelengkapan untuk bersiap sedia ke lokasi yang telah diberikan oleh Trent melalui smartphone. Faizal melihat kejap map location di skrin telefon pintarnya. "Aku tahu tempat ni." Katanya di dalam hati. Faizal mengambil topeng kepunyaan Jamal yang berada di atas meja, dia tidak mahu pembunuh itu tahu wajah Faizal. 


Pukul 1.00 pagi...

Faizal menunggu di dalam keretanya sambil memerhatikan rumah di mana pembunuh itu tinggal, rumah setinggan, tidak mahal. Sudah sejam dia menunggu di situ. Keadaan rumahnya sungguh gelap, seperti rumah berhantu. Selang beberapa minit, lelaki itu keluar dari rumahnya dengan menaiki motorsikal. Selepas lelaki itu sudah berada dalam jarak jauh, barulah Faizal menghidupkan enjin kereta dan mengekori lelaki tersebut.

Lelaki itu menaiki motorsikal dengan memakai pakaian jaket berwarna kelabu, berseluar jeans hitam dan membawa satu beg galas. Selepas tujuh minit, lelaki itu meletakkan motorsikalnya di tempat letak motor berhadapan dengan kedai runcit yang dibuka selama 24 jam. Faizal pula memberhentikan kereta jauh sedikit dari motorsikal lelaki tersebut.

Lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit, dia tidak menyerang pekerja yang sedang bertugas di waktu malam itu sebaliknya dia dengan penuh licik meletakkan mini camera di tempat tertutup, jauh dari pandangan kamera CCTV yang kadang-kadang tidak berfungsi dan angle terbaik seperti merakam sebuah filem pembunuhan. Faizal dengan telefon pintarnya, merakam tingkah laku lelaki tersebut. Setelah selesai, lelaki itu masuk ke tandas.

Faizal mula mengambil kelengkapannya, dia memakai topeng kepunyaan Jamal dan terus bergerak masuk ke dalam kedai runcit tersebut. Pekerja yang berada di situ terkejut apabila Faizal mengacukan pistolnya ke arah pekerja tersebut. Lelaki yang baru sahaja keluar dari tandas juga terkejut, melihat ahli KillTube yang sama sepertinya ingin merompak kedai runcit ini.

"Korang berdua, angkat tangan! Cepat!" Kata Faizal dengan nada tinggi. Mereka berdua mengangkat tangan ke atas. Faizal mengeluarkan lagi satu pistol dan menembak ke arah pekerja tersebut, tetapi dengan menggunakan peluru tidur, tidak membunuh pekerja perempuan tersebut. Setelah pekerja tersebut rebah ke lantai dan pengsan. Faizal mengacukan pistol yang betul pula ke arah lelaki yang telah memasang mini camera.

"Kau pun sama macam ak-" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Faizal melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki itu dengan pistol Glock 17 silencer, tepat mengenai jantung. Lelaki itu mati dengan serta-merta. Faizal pergi melihat tempat di mana lelaki itu meletakkan kamera mininya di bahagian tempat makanan. Kelihatan ada tiga buah kamera dan sedang dalam mod merakam, salah satu daripada kamera itu telah merakam kejadian antara Faizal dan lelaki tersebut. Faizal menyimpan ketiga-tiga kamera tersebut ke dalam beg galasnya.

Faizal pula pergi memeriksa beg galas lelaki tersebut. IC, topeng dan sepucuk pistol berada di dalam beg galas lelaki itu. "Aku dah agak, dia akan buat kerja ni malam ni jugak." Monolog dalaman Faizal. Kamaruddin Isa tetera di kad pengenalan lelaki itu. Faizal mula menjalankan kerjanya dengan mengangkat mayat lelaki tersebut ke dalam bonet kereta Faizal. Nasib tiada orang yang lalu di situ pada waktu buta ini kerana semua orang sedang tidur nyenyak. Kedai runcit itu juga jauh dari kawasan perumahan menyebabkan ia tertutup dari pandangan masyarakat.

Faizal membersihkan semua kesan darah, menghilangkan semua kesan cap jari dan menyembunyikan pekerja perempuan tersebut di dalam stor yang terletak di belakang kedai runcit tersebut. "Esok pagi, adik akan sedar." Katanya setelah membaringkan tubuh pekerja perempuan itu di atas lantai stor, Faizal mencabut peluru tidur dari leher perempuan tersebut. Setelah semuanya selesai, Faizal keluar dan membawa keretanya sehingga sampai ke hutan jauh dari masyarakat.

Faizal mula mengali tanah sedalam-dalamnya, selepas itu, Faizal membawa mayat tersebut dan letak ke dalam lubang tanah yang baru sahaja digali oleh Faizal. Faizal mula menutup lubang tersebut, mayat lelaki itu telah ditanam. Manakala, beg galas lelaki itu, Faizal membakarnya sehingga tinggal abu sahaja. Menghilangkan bukti.


Faizal kembali ke rumahnya, membersihkan diri, tangannya agak sedikit teketar-ketar. Faizal mula duduk berhadapan dengan komputer ribanya, membuka laman web KillTube. Faizal berfikir dua kali sama dia mahu mengupload video pembunuhan dia dengan lelaki tersebut. Akhirnya, dia memutuskan untuk mengedit video tersebut sebelum diuploadkan ke laman KillTube. Faizal menukar nama channel kepada The Vigilante kerana dia telah membantu pekerja perempuan itu dari dirompak oleh lelaki tersebut. Penonton di KillTube tidak tahu Faizal telah membunuh ahli KillTube sendiri. Faizal juga telah membuang video kepunyaan Jamal yang dulu.


Sementara itu...


Haziq, pemilik channel Killer's Justice yang kini berada di rumahnya sedang melihat video yang baru sahaja dimuat naik oleh Faizal tadi di bawah channel The Vigilante. Haziq tersenyum melihat video yang bernama Store Robber. "Matlamat kau sama dengan aku." Kata Haziq.

"Aku teringin nak berjumpa dengan kau, The Vigilante." Senyum Haziq.






Friday 5 June 2015

(KILLTUBE) SEARCHING - ACT 7

Pukul 10.00 malam...

Faizal membuka komputer ribanya di atas meja di dalam biliknya. Bersebelahan dengan komputer ribanya, ialah topeng kepunyaan Jamal yang telah dihantar oleh Trent semasa Faizal tiada di rumah. Berwarna hitam dan diperbuat dari bahan besi, semasa Faizal cuba memakainya, tidak ada rasa berat di wajahnya membuatkan dia berasa selesa ketika memakainya. 

Faizal mula menaip link address untuk ke laman web KillTube. Ternyata, link address tersebut amat panjang dan rumit kerana ia disertai dengan kod-kod pelik dan tidak mudah difahami oleh Faizal sendiri. Setelah habis dia menaip link address tersebut, dia menekan butang enter di papan kekunci. Dalam sekelip mata, muncul muka hadapan laman web tersebut, muncul perkataan KillTube dengan tulisan berdarah. Sebelum Faizal dapat melihat isi kandungan laman itu, Faizal perlu memasukkan username dan password di muka hadapan laman KillTube. 

Setelah usai menaipnya, isi kandungan laman itu dibuka, menampakkan sisi-sisi gelap yang menjijikkan. Kelihatan interface KillTube sama seperti Youtube. Cuma yang bezanya, banyak video darah. Faizal melihat dahulu profil dan channel KillTube milik Jamal. Tak banyak video, cuma ada dalam 2 video, itu pun video pembunuhan antara Jamal dan musuhnya dari kumpulan gangster yang lain. Jumlah penonton pun tidak banyak. "Pengguna tak aktif Jamal ni." Kata Faizal di dalam fikirannya.

Faizal beralih pula ke halaman utama laman KillTube, dipaparkan video popular pada bulan ini. Video itu dari channel Killer's Justice. Faizal mula klik pada butang play untuk menonton video tersebut. Empat orang diikat di atas kerusi dengan bibir mereka ditutupi dengan pita pelekat. Seorang lelaki datang dengan memakai topeng hoki. Seorang demi seorang mati, tukul kuku kambing, razor blade, pistol Glock 18 dan shotgun adalah antara senjata yang telah digunakan dalam video tersebut.

Pembuat video itu ada menyatakan di bahagian description di bawah video sebab dan kenapa keempat-empat mangsa tersebut dibunuh. "Jadi, pembunuh ni bunuh sebab mereka berempat tu dah lakukan kesalahan yang besar kepada masyarakat. Macam Robin Hood." Fikirnya. Jumlah tontonan untuk video itu sahaja sudah mencecah sebanyak 30 juta. Tetapi Faizal tidak berminat untuk membuat tangkapan terhadap Killer's Justice kerana Faizal merasakan dia membunuh kerana ada sebab... buat masa ini.

Faizal klik pada butang new video today, ada lebih kurang 100 video pembunuhan. "Macam mana polis nak hentikan semua ni, memang tak boleh. IPD kena bantu polis. Walaupun polis tak tahu pasal KillTube." Kata Faizal. Faizal memilih video yang berada dibawah nama Brave Dude.

Faizal melihat ke semua video miliknya. "Dia ni merompak sambil membunuh." Faizal mula menangkap beberapa keping gambar dan merakam video dalam salah satu video pembunuhan lelaki itu dengan menggunakan smartphone. Video itu memaparkan lelaki itu merompak sebuah kedai runcit, selepas dia mendapat wang, dia terus membunuh perempuan tua yang tidak bersalah itu. Kelihatan lelaki itu merakam videonya dengan menggunakan mini camera yang telah diletakkan dahulu sebelum dia datang merompak kedai tersebut. "Tergamak dia bunuh perempuan tua tu." Geram Faizal. Faizal memutuskan untuk menangkap lelaki yang memakai topeng gorila itu.

Faizal perlu berjumpa dengan Trent untuk memberitahu mengenai perkara ini, dia perlukan bantuan Trent untuk menangkap pembunuh yang bernaung di bawah channel Brave Dude.


Keesokan harinya...

Trent datang ke rumah Faizal. Faizal menunjukkan gambar dan video pembunuhan tersebut melalui smartphone kepada Trent. Trent melihat dengan penuh teliti pembunuhan itu.

"Kita kena tangkap dia." Kata Faizal dengan yakin.

"Tak, kita kena bunuh dia." Balas Trent dengan nada serius.

Faizal agak sedikit terkejut dengan jawapan Trent itu. "Tapi kita polis, kita kena tangkap mereka, dibicarakan ke mah-"

"Lelaki ni dah bunuh ramai orang, kau masih ada belas kasihan nak tangkap dia? Lagipun kau sekarang dalam IPD, bukan polis. Polis kena ikut undang-undang, kita, tak perlu." Ujar Trent dengan tegas.

Faizal terdiam sementara. "Jadi, macam mana kita nak cari dia?"

"Itu tugas aku dan IPD untuk cari lelaki ni. Kau nanti sent video dan gambar-gambar tu kat aku. Bila kami dah dapat lokasi dia, tugas kau untuk bunuh dia." Tegas Trent.

"Faham."

Trent mengeluarkan sepucuk pistol dari kot baju hitamnya. Pistol Glock 17 silencer. "Kau dah bunuh dia, bakar mayat dia." Kata Trent sambil meletakkan pistol di atas tapak tangan Faizal. Trent terus berlalu pergi meninggalkan Faizal keseorangan di dalam rumahnya. Faizal tidak menyangka IPD boleh melaksanakan tugas yang agak 'kotor' seperti yang akan Faizal jalankan. Selalunya, Faizal melihat di media, IPD akan menangkap dahulu penjenayah tersebut sebelum dibicarakan ke mahkamah. Mungkin dalam kes KillTube ini, istilah 'tangkap' tiada dalam kamus mereka, istilah 'bunuh' mula wujud dalam muka surat baru dalam kamus mereka.





Wednesday 3 June 2015

(KILLTUBE) INTERROGATION - ACT 6

Faizal tunggu di dalam keretanya tepat pada pukul sembilan di hadapan kafe coffee shop. Selepas lima minit, Trent datang dengan membawa Jamal yang sedang dipegang ketat oleh pembantu Trent. Apabila sampai ke kereta Faizal, pembantu Trent memasukkan Jamal secara paksa dan kasar ke dalam kereta Faizal, Trent Reznor juga berada di dalam kereta. Sedang Jamal duduk, pembantu Trent duduk di sebelah Jamal dengan pistol silencer diacukan dekat di bahagian pinggang kiri Jamal.

"Cakap.. Apa yang kau tahu tentang KillTube." Tanya Faizal dengan nada serius tanpa memandang ke arah wajah Jamal.

"KillTube ni laman web pembun-"

"Itu aku dah tahu, lain!
" Faizal mencelah percakapan Jamal.

"Setiap ahli dalam KillTube, mereka mesti ada topeng ciptaan mereka sendiri."

"Lagi."

"Mereka boleh lakukan secara individu atau berkumpulan."

"Setiap dari mereka ada motif, kenapa mereka bunuh mangsa?"

"A... Ada yang bunuh untuk suka-suka, kadang-kadang ada buat untuk tegakkan keadilan." Jawab Jamal dengan nada gementar.

"Tegakkan keadilan? Maksud kau?"

"Mereka bunuh orang-orang atasan yang suka menindas orang bawahan."

"Macam mana mereka semua boleh jadi ahli KillTube?"

"Mereka akan dapat satu email jemputan, kebanyakan yang dapat jemputan ialah dari kalangan penjenayah."

"Aku pun bekas gangster, kenapa aku tak dapat terima jemputan tu?"

"Sebelum kau jadi gangster, kau polis kan?"

"Macam mana kau tahu?" Tanya Faizal sambil menoleh ke belakang memandang Jamal dengan wajah terkejut.

"Aku tengok muka kau pun aku dah tahu muka polis. Bukan gangster."

"Apa yang dia bagi dalam email tu?"

"Link address untuk ke laman web tu, username dan password."

"Kau aktif tak dalam laman web tu?"

"Kadang-kadang."

"Bagi kat aku semua tu termasuk topeng trademark kau sendiri. Kalau kau bagi, aku maafkan kau atas apa yang dah terjadi kat Chong."

"Aku boleh bagi semua tu, tapi dengan satu syarat."

"Dah agak dah." Trent mencelah.

"Letakkan aku di bawah jagaan polis, sebab kalau 'mereka' tahu aku bagi kat kau. Mati aku." Kata Jamal.

"Aku pun dapat tahu bukan kau yang bunuh tiga orang adik-beradik aku, tapi orang dalam KillTube."

"Tapi bukan ahli KillTube tak boleh membunuh sesama sendiri?"

"Ahli... orang lain yang rapat dengan ahli mereka boleh bunuh macam tu saja." Ujar Jamal dengan perasaan geram.

"Faizal, kau nak cari pembunuh adik kau kan? Cari dalam laman web tu, dan... tolong carikan siapa yang bunuh adik-beradik aku." Rayu Jamal.

"Kenapa aku?"

"Sebab kau ada polis dan IPD di belakang kau. Kalau aku nak cari pembunuh itu, aku boleh mati dalam sekelip mata saja, nak harapkan anak buah aku, mati mereka semua."

Faizal memandang wajah Jamal. Faizal dapat merasakan kesakitan yang di alami oleh Jamal. Walaupun Faizal masih lagi marah atas apa yang dia dah lakukan kepada Chong. Namun, selepas dia dapat tahu Jamal telah dimanipulasi dan ditipu, Faizal di fitnah oleh seseorang kerana membunuh adik-beradik Jamal. Faizal memaafkan Jamal.

"Baiklah, aku letakkan kau di bawah jagaan polis. Siapa 'mereka'?"

"Agen-agen KillTube, itu saja yang aku tahu." Balas Jamal.

Jamal memberikan sehelai kertas kepada Faizal. Di dalamnya terdapat maklumat yang Faizal mahukan. Pembantu Trent mengeluarkan Jamal dari kereta Faizal, menghantarnya terus ke kereta SUV yang berada di seberang jalan dari kafe itu. 

"Apa langkah kau seterusnya?" Tanya Trent.

"Malam ni, aku akan buka laman web tu, aku nak observe dulu." Balas Faizal.

"Kau akan bantu Jamal ke?"

"Situasi dia sama macam situasi aku sekarang, hilang orang yang paling kita rapat. Manusia mana yang sanggup cipta laman web tu, binatang betul!" Marah Faizal.

"Kalau ada apa-apa contact aku. Mungkin kau patut pergi minum." Trent keluar dari kereta Faizal, membiarkan Faizal termenung dalam perasaan marahnya. Faizal sedang memikirkan strateginya untuk mencari bukan satu, tapi dua pembunuh yang telah mencabut nyawa orang yang mereka sayang. Tidak sampai di situ sahaja, Faizal juga perlu mencari siapa pencipta laman web supaya dia ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan.