Thursday 1 January 2015

(KILLTUBE) BAD NEWS - ACT 5

Trent Reznor membawa Faizal ke tempat di mana Jamal ditahan di dalam sebuah bilik soal siasat. Trent mengatakan kereta yang membawa mereka berdua itu akan menuju ke balai polis di Ipoh. 

"Macam mana kau boleh tahu tempat tinggal aku." Tanya Faizal sambil menyatukan kedua-dua belah lengannya ke badan.

"Saya ada agen-agen yang sudah lama mengekori kau." Balas Trent sambil menekan punat butang untuk membuka tingkap kereta supaya dia boleh menghisap rokok. Asap rokok keluar banyak dari kereta.

"Lepas aku melihat profil kau. Rupa-rupanya sebelum kau sertai kumpulan gangster, kau ialah seorang undercover cop. Tetapi kau berhenti. Lepas kumpulan gangster terkuat di Ipoh itu semakin lemah. Kau hilangkan diri. Dan sekarang, kau nak jadi anggota polis balik? Gila." Ujar Trent.

Faizal hanya menutup bibirnya.

"Semasa kau dalam kumpulan gangster, berapa banyak kau dah bunuh orang?"

"Tak terkira..."

"Fikir dulu, kalau kau masuk polis, mereka pasti akan tangkap kau. Tambah-tambah pula, kau ni orang kuat kepada ketua gangster terkenal di Ipoh, nasib baik kau tak ada rekod jenayah di dalam polis cawangan Kuala Lumpur.... Jadi, aku nak penjelasan, kenapa kau keluar dari undercover cop dan terus beralih ke gangster?" Tanya Trent sambil menghembuskan asap rokoknya.

"Dulu aku ok sampailah pada satu masa, bos aku libatkan aku dalam aktiviti rasuah antara polis bermasalah dengan ahli-ahli politik. Sejak tu aku berhenti. Disebabkan aku kawan rapat dengan Chong, ketua gangster. Dia suruh aku join kumpulan dia." Balas Faizal.

"Boleh dikatakan hampir separuh kumpulan gangster kat Perak ni aku dan Chong hapuskan. Tapi akibatnya lebih teruk, kumpulan gangster lain cuba untuk memburu adik aku. Jadi aku hilangkan diri... selama lima tahun lebih. Mengenai gangster Chong semakin lemah tu aku tak tahu. Aku larikan diri bersama adik aku jauh dari zon bahaya." Sambung Faizal.

"Hmm, macam tu...."

Wajah Faizal kelihatan muram seperti dia mengingat kenangan pahit yang berlaku ke atas dirinya. "Walau seberapa banyak mana pun saya lakukan kebaikan ke atas bandar ni. Tapi, kalau pihak baik yang berada di belakang saya tu lakukan kejahatan. Macam mana aku nak menghalangnya, tahan bos aku sendiri... sudah pasti aku yang akan ditangkapnya dulu. Jadi lebih baik aku keluar." Jelas Faizal sambil menundukkan kepalanya.

"Dulu, masa aku berada di IPD. Aku berdepan dengan banyak kes-kes rasuah. Walaupun aku dah berjaya tangkap mereka dan hantar mereka ke muka pengadilan. Haha, sayangnya semua tak berhasil. Pesalah itu dilepaskan dengan bangganya. Muka pengadilan telah dimakan oleh kertas bernilai.... Mungkin sebab itulah KillTube dicipta." Kata Trent sambil tersenyum menghembuskan asap rokoknya.

"KillTube?" 

"Enam tahun aku siasat kes ni. Pelik, hanya IPD saja yang tahu tentang laman web ni. Walaupun aku siasat kes ni, tapi maklumat yang aku terima... nipis." Ujar Trent.

"Laman web itu hanya boleh dilayari oleh orang tertentu saja. Pihak IPD, CIA, FBI dan lain-lain agensi tak boleh akses masuk ke dalam laman web tu." Sambung Trent.

"KillTube ni laman web apa sebenarnya?" Tanya Faizal dengan sifat ingin tahu.

"Sepanjang siasatan aku, KillTube ni adalah laman web yang sama seperti Youtube. Hanya boleh dicari di laman enjin carian terbaru yang sedang meningkat naik sehingga boleh mengalahkan Google, Inventorem..."

"Inventorem? Apa maksudnya?"

"Bahasa Latin... Pencari maksudnya. KillTube ni bukan seperti Youtube, orang-orang di dalam laman web tu memuat naik video pembunuhan yang dilakukan oleh mereka sendiri."

"Apa! Video pembunuhan! Kenapa IPD atau pihak berkuasa yang lain tak menghalang mereka atau hapuskan laman web tu!?" Faizal mula meninggikan suaranya.

"Macam mana kami nak menangkap pembunuh-pembunuh tu kalau kami tak dapat masuk ke dalam KillTube tu. Kami cuba menggodam KillTube, tapi tak berjaya."

"Habis, macam mana kau tahu Jamal ialah ahli KillTube?"

"Semasa kami membuat serbuan di motel itu. Pasukan aku melihat ada sebuah bilik yang dipenuhi dengan kamera-kamera yang diletakkan di tempat terbuka dan kami terjumpa rakaman ni." Trent mengeluarkan kamera kompak dari poket baju kot hitam dan memberikan kamera itu kepada Faizal.

Faizal melihat rakaman itu. Kelihatan video itu memaparkan dua kumpulan gangster sedang bergaduh sampai mati. Faizal menonton rakaman sehingga sampai ke minit terakhir dia melihat wajah Jamal... mengelar leher ketuanya, Chong hidup-hidup dengan parang.

Faizal hanya terdiam saja. "Aku minta maaf atas apa yang dah terjadi kat Chong." Trent menyentuh bahu kanan Faizal.

Sedang Faizal berduka. Faizal dikejutkan pula dengan berita buruk. Faizal mendapat panggilan dari kawan adiknya. Umarul telah ditembak oleh seorang lelaki di tempat bekerjanya. Umarul kini berada di hospital, doktor sedang melakukan pembedahan untuk menyelamatkannya.

"Trent, aku kena pergi ke hospital sekarang. Adik aku kena tembak." Kata Faizal dengan hati terluka.

"Apa!" Trent memberikan arahan kepada pemandu kereta tersebut, menyuruhnya mengubah destinasi ke Hospital Ipoh. Pemandu itu memandu dengan pantas menuju ke hospital.



Hospital Ipoh...


Faizal bergegas masuk ke dalam hospital itu dan menuju ke bilik pembedahan. Tiba sahaja dia di sana. Kawannya sedang menunggu di luar bilik pembedahan. Faizal bertanya kepada bos Umarul.

"Macam mana boleh terjadi ni?" Tanya Faizal dengan perasaan risau.

"Dia keluar sementara nak beli makanan, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan. Kebetulan saya ada kat situ. Nasib baik saya sempat bawa dia ke hospital." Kata kawannya sambil mengalirkan air mata.

"Zarina nampak tak muka penembak tu?"

"Mukanya tak nampak sebab dia pakai topeng macam wajah syaitan. Dia pakai baju hitam, seluar jeans biru. Tapi yang peliknya dia bukan pegang pistol jer. Dia bawa kamera kecil kat tangan dia." Ujar Zarina dengan wajah tidak gembira.

"Kamera?" Fikiran Faizal hanya memikirkan satu benda sahaja, KillTube.

Seorang doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan. Faizal terus mendekati doktor itu dan bertanya kepadanya. "Macam mana dengan adik saya doktor?"

Doktor itu membuka penutup mukanya dengan wajah yang hampa. "Maafkan saya encik, kami dah cuba sedaya-upaya, tapi..." Doktor itu mengelingkan kepalanya tanda tidak berjaya.

".... Saya faham encik."

"Banyakanlah berdoa." Doktor itu berlalu pergi.

Zarina yang sedang merasa kesakitan sedih, terasa sakit lagi apabila dia mendapat tahu Umarul sudah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini. Zarina antara kawan Umarul paling rapat sejak dibangku sekolah menengah lagi. Faizal mengenggam keras kedua-dua belah tangannya. Dia berasa amat geram, marah dan benci.

Faizal keluar dari hospital dengan perasaan patah hati. Trent Reznor menunggu Faizal di hadapan pintu masuk hospital.

"Adik aku dah meninggal..."

"Siapa yang bunuh?"

"Seorang ahli KillTube..."

"Faizal, kau ambil nombor telefon aku ni. Kalau kau dah bersedia, kau telefon aku... Mungkin aku boleh bantu cari pembunuh adik kau." Kata Trent sambil memberikan sehelai kertas dengan tetera nombor telefon Trent.

"I'm sorry for your lost." Trent meninggalkan Faizal keseorangan.


Seminggu kemudian...


Faizal melawat kubur adiknya. Hari itu hujan tidak berhenti dari pagi lagi. Sudah lama juga Faizal melawat kubur adiknya. Selepas beberapa minit, Faizal keluar dari tanah perkuburan itu dan kembali pulang ke rumah. Fikirannya masih lagi cuba membayangkan wajah pembunuh adiknya.

Pada malam itu, dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah. Dia hanya memberhentikan kereta di tepi jalan. Merenung seketika di luar melalui tingkap kereta, membayangkan wajah adiknya. Tiba-tiba wajah syaitan muncul pada tingkap kereta Faizal, menghilangkan terus wajah adiknya. Perasaan benci mula timbul.

Faizal singgah sebentar di kedai gunting rambut. Dia membuat tindakan drastik, membiarkan rambutnya digunting sehingga botak. Sehelai demi sehelai rambutnya jatuh ke lantai. Kehidupan Faizal yang baru, mencabar dan merbahaya baru sahaja bermula. Setelah selesai, Faizal keluar dari kedai gunting tersebut dan menghubungi Trent.

"Helo, Trent. Esok, pukul sembilan. Tunggu kat kedai Coffee Shop dan bawa anjing tu sekali." Kata Faizal dengan wajah serius.

"Will do."