Sunday 19 April 2015

Review Permainan Video - Splinter Cell : Conviction (XBOX 360)

Setelah 3 tahun menyepi selepas insiden dalam Double Agent. Kini Sam Fisher kembali mengganas, kembali untuk mencari siapa pembunuh anaknya, Sarah Fisher dalam Conviction. Walaupun umurnya semakin meningkat tua, namun ketangkasannya dan kepantasannya dalam menumpaskan  musuh tidak pernah luntur. Malah, Sam Fisher yang tua kali ini lebih hebat daripada yang dulu semasa dia masih muda. Veteran never dies.

Splinter Cell Conviction telah dikeluarkan pada tahun 2010 untuk pelantar Xbox 360 dan PC oleh Ubisoft. Menggunakan enjin Havok Physics dan LEAD (Unreal Engine 2.5 telah dinaiktarafkan). Lagu dikomposerkan oleh Amon Tobin. Pelakon suara Sam Fisher, Michael Ironside kembali untuk menghidupkan semula jiwa Sam Fisher dengan suaranya yang awesome. Sayangnya, ini merupakan siri game yang terakhir buat Michael Ironside kerana dalam Blacklist, Eric Johnson menggantikan Michael Ironside sebagai pelakon suara Sam Fisher yang baru.

Ceritanya bermula selepas insiden dalam Splinter Cell Double Agent, Sam Fisher sedang mencari siapa pembunuh anaknya. Tiba-tiba, Sam Fisher telah dihubungi oleh rakan lamanya Anna Grimsdottir. Selepas menyoal siasat ketua gangster, Sam Fisher bergerak ke Malta untuk memburu pembunuh anaknya, Andry Kobin. Namun, Sam gagal kerana Kobin dibantu oleh agen-agen dari Third Echelon. Sam ditangkap, tetapi dilepaskan oleh Anna. Anna yang bekerja sebagai double agent untuk kerajaan US berada dalam misi untuk menumpaskan Tom Reed, pengarah baru Third Echelon selepas kematian Lambert. Anna memerlukan bantuan dari Sam untuk menjatuhkan Tom. Segala rahsia mengenai Sarah Fisher dan Lambert akan terbongkar dalam Splinter Cell Conviction.

Sam dalam game ini amatlah jauh berbeza daripada sequel game yang terdahulu. Daripada cara berlawan, menembak, dan pergerakan. Sam kali ini lebih pantas dalam menumpaskan musuh. Penggunaan light and shadow (Skrin hitam putih, kita di tempat gelap. Skrin berwarna, kita di tempat terang) masih lagi ada, cuma kali ini tunenya diubah sedikit. Jika dulu pemain perlu menjatuhkan musuh apabila kita ditempat yang gelap dan susah untuk menyerang musuh di tempat terang, kini pemain bebas memilih sama ada untuk bermain secara senyap (guna tempat gelap) atau bermain secara bising (tempat terang) atau menggabungkan kedua-duanya.

SC-20K tidak lagi wujud dalam Conviction, namun SC3000 ada. Semua senjata real life boleh digunakan. Ada 6 jenis pistol, 4 submesingan, 3 assault rifle, 1 shotgun dan 5 jenis bom, manakala beberapa lagi senjata boleh dibeli di Uplay. Setiap senjata boleh di upgrade dengan menambahkan atttachments di setiap bahagian senjata. Terdapat 5 atau 6 pakaian uniform berbeza, namun ini hanya boleh digunakan dalam mod Deniable Ops bukan campaign. Di dalam Deniable Ops, pemain boleh bermain sebagai karakter Archer atau Kestrel di lima misi dan tempat berbeza.

Terdapat beberapa elemen baru yang ditambah dalam Conviction. Last Known Position (LKP). LKP bertindak sebagai satu bayang-bayang untuk mengalihkan perhatian musuh. LKP akan diaktifkan selepas pemain bertukar ke tempat posisi menyerang yang baru, apabila LKP aktif, musuh hanya akan menumpukan perhatian kepada bayang-bayang Sam. 

Mark and Execute (MAE). MAE bertindak sebagai satu cara untuk menumpaskan 2, 3 atau 4 musuh dalam satu animation. Pemain perlu menguncikan 4 target (bergantung kepada jumlah Mark untuk setiap senjata). Musuh akan ditandakan arrow di atas kepala mereka, apabila mereka berada dalam jarak yang boleh ditembak (Arrow akan bertukar dari hitam ke merah), aktifkan dan Sam akan melakukan gaya menembak yang berbeza ke atas keempat-empat musuh yang telah dikuncikan.

Penggunaan cover system juga sangat baik. Conviction adalah antara game yang menggunakan cover system terbaik saya pernah jumpa. Pergerakan from cover to cover amatlah dynamic. Conviction tidak lagi menggunakan health bar, sebaliknya menggunakan regenerative health. Walaupun menggunakan regenarate health, tetapi masa yang diambil untuk pulih semula amat lama (bergantung kepada tahap difficulty). Penggunaan night vision goggle tidak ada, tapi digantikan dengan sonar goggle. Kelebihan gogal ini ialah pemain dapat melihat musuh walaupun mereka berlindung dibelakang apa-apa objek.

Peminat tegar Splinter Cell pasti perlu menyesuaikan cara pengawalannya yang baru dan perlu membiasakan dengan Sam yang baru. Bagi pemain baru, mereka pasti akan berasa seronok dengan permainan video ini. Jika pemain inginkan permainan video yang menggabungkan stealth, action, brutal, dan ada sedikit elemen ala-ala Jason Bourne, inilah pilihnya Splinter Cell Conviction.


Storyline : 4 / 5

Gameplay : 5 / 5

Sound and music : 4.5 / 5

Graphics : 4 / 5

Overall : 9 / 10