Wednesday 25 September 2013

PANDAI...

Aku merenung tajam tepat ke arah cikguku seperti seorang askar yang sedang mengacukan senjatanya tepat ke arah musuh. Matahari sudah tinggi melangit. Deru dingin sama berlalu. Burung-burung terbang meliar seluruh alam. Aku di sini. Kebosanan mula meresap ke dalam jiwaku seperti virus menjangkiti manusia. menunggu, menunggu dan menunggu cikguku menyeru namaku. Ramzi.

"Haikal, 40 markah. Sakinah, 60 markah. Johan, 67 markah. Soleh, 73 markah..."

"Blah...blah...blah. Aduh, kenapa lambat sangat ni. Dah lama aku tunggu, menunggu dan ditunggu ni."

Aku berang sedang menunggu namaku naik dipanggil oleh cikguku. Hati mahu mengerakkan halilintar. Tanganku sudah sejuk menggila. Sampai bila aku mahu menunggu ni. Sampai subuh menjelma!

"Ramzi !"

Namaku dipanggil! Wahdu, tanpa panjangkan fikiranku. Aku bangun, mengangkat punggungku dari kerusi. Berjalan seperti orang kaya gila. Semua pelajar memandang cemburu terhadapku karena mereka tahu akan kehebatan intelekku. Aku tak perlukan kawan. Aku tak perlukan bantuan. Aku hanya perlu pentingkan diriku sahaja.

"Tahniah Ramzi, Kamu dapat 90 markah dalam subjek Bahasa Melayu!"

"Ya cikgu...Terima kasih, terima kasih..."

Aku kembali semula ke tempat asalku. Mereka semua masih lagi memandang jeling kepadaku. Sekarang mereka dapat rasakan tenaga neraka dari badanku dihantar kepada mereka semua yang berada di dalam kelas. Ada juga yang bermasam muka dan berkerut dahi tua mereka di hadapanku. Sungguh kurang diajar.

"Suhaimi...98 markah!"

Tiba-tiba, telingaku terasa gatal sangat selepas mendengar apa yang telah diserukan oleh cikguku. Mana mungkin dia bisa mendapat markah yang lebih tinggi dariku. Mustahil. Tiada siapa yang dapat menghempas mukaku ke lantai kotor. Kurang asam.

Aku cuba memikirkan siapakah pemuda itu. Oh ya, baruku ingat, dia itu budak baru di sekolahku ini. Baru berhijrah ke sekolah ini seminggu lalu. Budak mentah. Tetapi, sementah-mentah dia, dia dapat menandingiku. Budak mentah sudah tukar menjadi budak masak sepenuh habis. Aku pula yang tersongsang dirombak menjadi budak mentah, sementah-mentahnya.

Hulu jantungku semakin panas, bukan disebabkan oleh penyakit hulu hati. Tetapi disebabkan oleh budak baru itu. Sanggup mereka semua merelakan tangan jijik mereka itu untuk ditepuk dan dimuntahkan keluar kepada budak baru itu. Kenapa tidak diberikan kepadaku!

Punggungku sudah panas membara membakar kerusiku. Telinga yang terasa gatal tadi sudah hilang dijangkiti penyakit panas dengki. Darahku naik setinggi-tingginya sehingga ke tahap kritikal. Mataku hanya tertumpu pada budak baru itu. Kali ini aku benar-benar mahu mengacukan senjataku kepada dia. Letupkan kepalanya. Biar hilang dari dunia ini. Sepanjang aku bersekolah di sini, tiada siapa yang dapat mengatasi graf kepandaianku. Graf mereka semua berada di belakangku. Paling belakang!

"Tengok Ramzi...Budak tu kalahkan engkau. Macam mana rasanya. Pahit...Manis...Masam...atau yang sama waktu dengannya?"

"Kau diam Aiman!...Sibuk saja..."

"Ok budak tak pandai hahaha..."

Kata-kata Aiman tadi membangkitkan semangat syaitan dalam diriku lagi. Kali ini aku rasa mahu memberikan hadiah kesakitan buatnya. Tumbukan. Aku nyaris-nyaris mahu menumbuknya, tetapi bunyi loceng waktu rehat telah membatalkan hasratku.

Mereka semua telah keluar dari kelas. Aku juga menurut perintah keluar dari kelas kegelapan. Aku bercadang untuk mengikuti Suhaimi si budak mentah itu. Suasana yang riuh-rendah di sekolah pada waktu rehat menyebabkan aku sukar untuk mengikuti jejak langkah dia. Tetapi aku berusaha untuk mendekatinya. Aku terus ikut, ikut, ikut dan ikut sehingga sampai ke tandas. Dia berhenti. Aku mengikutinya ke dalam tandas.

Aku terus menerkamnya seperti seekor singa dengan melepaskan tangan kananku untuk mencekik Suhaimi sehingga dia terhentak ke dinding tandas. Mata berapiku mula melihat tajam ke arah mukanya. Mulutku mula mengeluarkan bara-bara api.

"Oh...berani kau nak lawan markah dengan aku...Kurang ajar."

"Arghh...Siapa kau ni hah?"

"Aku Ramzi...Budak paling pandai dekat sekolah ni."

"Oh ya...aku selalu dengar nama kau dari cikgu-cikgu dekat sekolah ni."

"Mestilah...Mereka pun akur dengan kehebatan aku dan kau ni siapa nak tunjuk hebat. Berani kau kalahkan aku. BERANI KAU YA!!!"

"Nampak sangat kau riak...Hei, cikgu dekat sekolah lama aku kata siapa yang cakap dia paling pandai, maknanya dialah yang paling bodoh. KAU FAHAM TAK!!!"

Kata-kata suhaimi tadi telah membenakkan hati kegelapanku. Kata-kata dia menusuk jiwaku. Tanpa menerima arahan dari otakku, aku melepaskan genggaman tanganku dari leher Suhaimi dengan rela hatinya.

"Apa maksud kau Suhaimi?"

"Maksudnya...KAU NI SOMBONG! KAU NI SUKA BERLAGAK! KAU NI RIAK! KAU NI PENTINGKAN DIRI SENDIRI!...Sebab tu kau tak ada seorang kawan pun dekat sekolah ni. Sebab perangai kau. Orang tak akan pandang kepandaian kau kalau sikap kau macam ni...Sampah. Sedarlah diri tu sikit...Kau ingat kau dah cukup ilmu di dada, kau ingat kau dah hebat sangat. Hei...Budak dekat universiti tu pun belum cukup ilmu lagi...Walaupun mereka dah banyak ilmu tapi mereka berusaha untuk mencarinya. Tak macam kau...Dah ada ilmu, tak nak cari lagi, tak nak kongsi dengan kawan-kawan. Hei kawan...Ilmu tu terbentang luas macam laut...Kau baru dapat sikit saja, dah nak berlagak."

Teguran yang amat kasar itu telah melembutkan lagi hatiku. Aku berasa kesal dengan sikapku. Aku dah banyak buat kesalahan kepada cikgu dan kawan-kawanku yang berada di sekolah. aku cukup kesal. Kesal. Sangat kesal yang amat. Anak mataku mula mengeluarkan titisan keinsafan. Membuang segala perasaan benci, hasat dengki, dan sombong dari badanku.

"Sudah-sudahlah...Aku maafkan kau...Apa yang penting sekarang ni, kau ubah sikap kau. Jadi lebih baik dari hari ni, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari kelmarin. Aku sanggup jadi kawan kau. Kita boleh belajar bersama-sama. Manalah tahu, kita sama-sama boleh berjaya. Kau dan aku."

"Boleh ke?"

"Boleh..."

Aku berjabat damai dengan Suhaimi. Sejak dari hari itu, aku telah banyak berubah. Aku menghormati cikgu-cikguku dan rakan-rakanku. Aku juga dapat ramai kawan. Aku dan Suhaimi selalu membantu antara satu sama lain. Dialah kawan sejatiku. Sekarang aku dan Suhaimi sudah melanjutkan pelajaran ke unversiti. Memang benarlah kata Suhaimi, siapa yang cakap dia paling pandai, maknanya dialah yang paling bodoh.