Wednesday 3 December 2014

(KillTube) BRIBE - ACT 4

Pukul 7:30 pagi...



Faizal Mustafa sedang lena dibuai mimpi. Walaupun jam locengnya sudah berdering dengan begitu kuat, tapi Faizal masih lagi mati sementara di atas katil. Pagi itu, adiknya, Umarul sudah pergi bekerja sejak awal pagi lagi. Adiknya hanya bekerja sebagai pekerja kilang membuat makanan segera. Abangnya pula ialah seorang bekas gangster di bandar Ipoh Perak, tetapi sekarang dia menjadi seorang anggota polis. Dia sudah insaf. Dia akan mula bertugas di balai polis cawangan Kuala Lumpur. Hari ini, Faizal membuat persiapan sebelum dia berpindah ke kota logam dan batu-bata itu. 

RING! RING! RING!

Telefon bimbit kepunyaan Faizal berdering di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Faizal bangun dalam keadaan yang kelam-kabut. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan dari nombor yang dia tidak pernah kenali. Perasaan Faizal mula terasa tidak sedap hati...sesuatu yang bahaya bakal menimpa teruk ke atas dirinya.

"Helo, siapa ni?"

"Ingat lagi aku...Jamal dan tiga orang adik aku."

"KAU! Apa kau nak!?"

"Aku ada sesuatu yang istimewa yang aku nak tunjuk kat kau. Datang ke Jelapang, kau tahu kan motel yang dah ditinggalkan tu?"

"Ya...aku tahu."

"Jumpa kau kat sana nanti. Oh ya, kalau kau cuba nak hubungi polis...ajal akan berjumpa dengan kau."

"Tak guna kau!!!"

"Alamak, lupa aku nak ingatkan kat kau. Ada orang dah ceroboh masuk rumah kau...semoga berjaya." Panggilan telefon diputuskan serta-merta.

Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik Faizal dengan melulu ke arah Faizal. Lelaki itu cuba menikam Faizal. Faizal dengan pantas sempat mengelak beberapa serangan dari lelaki itu. Apabila Faizal dapat membaca pergerakan lelaki dan mengira ketepatan masa untuk dia menyerang lelaki itu. Apabila masanya sudah tepat, Faizal memegang tangan di mana lelaki itu memegang pisaunya, dengan serta-merta Faizal memusingkan tangan  lalu lelaki itu secara tidak sengaja menikam jantungnya sendiri. Faizal menendang lelaki itu sehingga dia jatuh rebah...mati.

Faizal keluar dari biliknya, dua orang menyerangnya dengan serentak. Faizal menepis dan membalas tumbukan ke arah kedua-dua orang lelaki itu. Mereka bertiga berlawan sehingga masuk ke ruang dapur. Faizal memberi tumbukan berganda ke arah kedua-dua lelaki itu menyebabkan mereka berdua merasa kesakitan. Faizal mengambil peluang ini dengan mengambil botol kaca di ata meja makannya dan memukul tepat ke arah kepala salah seorang dari dua orang penceroboh itu. Lelaki itu mengalami pendarahan di kepalanya.

Dengan mengunakan lebihan botol kaca yang sudah pecah di tangannya. Faizal bertindak menyerang lagi ke arah lelaki yang sudah berlumuran dengan darah di kepala dengan menikam tepat leher lelaki itu. Lelaki itu mati dengan darah terpancut keluar dari lehernya. Rakannya cuba membantu tetapi dihalang oleh Faizal. Lelaki itu dengan pantas mengunci tangan Faizal menyebabkan lebihan botol kaca tersebut jatuh dan pecah. Faizal menendang lutut kiri lelaki tersebut menyebabkan lelaki itu jatuh dan melepaskan tangan Faizal.

Faizal menundukkan dirinya dan menumbuk ke bahagian halkum lelaki tersebut lalu menyebabkan lelaki itu menahan kesakitan. Namun lelaki itu lantas menendang badan Faizal, dia terpelanting sehingga dirinya menghentak ke dinding. Lelaki itu bingkas bangun dan mengambil pisau yang berada dekat dengannya. Dia terus menyerang ke arah Faizal.

Faizal yang masih berasa pening cuba menyedarkan dirinya semula. Sebelum lelaki itu menikam ke arah Faizal, dia mengelak dengan cepat lalu segera mengunci tangan lelaki itu dan menumbuk ke bahagian tangan dan bahu kanan. Lelaki secara tidak sengaja melepaskan pisau dari genggamnya. Tetapi, sebelum pisau itu jatuh, tangan kanan Faizal sempat mengambil pisau dan terus menikam ke bahu kanan lelaki itu. Faizal menolak lelaki itu. 

Lelaki itu tiba-tiba menjadi tidak keruan, lelaki itu datang menyerang Faizal dengan tumbukan bertubi-tubi. Faizal tidak tahan lagi lalu dia menolak lelaki itu sehingga ke peti sejuk. Dia menghentak kepala lelaki itu ke peti sejuk berkali-kali sehingga berdarah. Tidak puas lagi, Faizal membuka pintu peti sejuk itu, dia memasukkan kepala lelaki itu ke dalam peti sejuk dan menghentak kepala lelaki tersebut berkali-kali dengan menggunakan pintu peti sejuk, mengenai leher. Lelaki itu mati dengan kesan pendarahan dalaman di leher.

Faizal terkejut dengan insiden tadi. Dia seperti tidak percaya Jamal akan menghantar orangnya untuk membunuh dia. "Mesti dia dah ekori aku lama dah." Kata Faizal kepada dirinya.

Faizal mempersiapkan dirinya. Dia memakai jaket berwarna hitam, berseluar jeans biru, topi berwarna hitam dan sepucuk pistol P228. Dia menghidupkan enjin keretanya. Faizal mengangkat mayat-mayat untuk diletakkan di dalam bonet kereta. Kawasan perumahannya sunyi, tidak ramai yang tinggal di sini. 

Faizal memandu kereta Nissan Sentra, menuju ke lokasi yang dikehendaki. Apabila tiba di sana, dia melihat motel itu dikawal oleh orang bawahan Jamal."Cis, mereka memang dah lama tunggu aku." 

Faizal mengambil keputusan untuk merempuh pintu pagar ke motel tersebut. Kereta Faizal dipandu dengan laju merempuh pintu pagar motel tersebut. Faizal telah melanggar tiga orang musuh. Dengan menggunakan gear reverse, Faizal memandu dalam keadaan dari arah belakang. Menggunakan keretanya sebagai senjata besar dengan merempuh setiap musuh yang dia lihat. Ada musuh yang telah dilenyek oleh tayar kereta Faizal. Faizal merempuh seorang musuh sehingga kereta terlanggar dinding batu motel tersebut. Lelaki itu mati akibat badannya telah dihimpit di antara dinding motel dan kereta Faizal.

Faizal cuba menghidupkan semula keretanya, tetapi gagal. Faizal keluar dari kereta, dibawanya bersama sepucuk pistol. Bersedia untuk membalas tembakan. Tembakan yang bertalu-talu dilepaskan oleh orang-orang Jamal. Orang-orang Jamal menggunakan senapang automatik yang canggih. Manakala, Faizal hanya membawa senjata yang tidak mempunyai daya untuk melawan balik musuh Jamal.

Faizal hanya mampu berlindung di balik keretanya. Faizal menggunakan teknik menembak Weaver Stand yang telah diperkenalkan Deputy Sheriff Jack Weaver pada tahun 1950. Kerana teknik ini lebih bagus untuk menembak musuh dari jarak jauh sementara CAR atau lebih tepat Center Axis Relock yang telah diperkenalkan oleh Paul Castle lebih bagus untuk konfrontasi jarak dekat. Faizal berjaya menembak tiga orang Jamal. Tinggal hanya tiga orang musuh lagi. Faizal tidak boleh membazirkan peluru pistolnya. Dia terpaksa mencari jalan untuk 'melembutkan' ketiga-tiga orang musuh itu dengan cara yang pantas dan efektif.

Faizal bergerak dengan perlahan ke kawasan belakang motel tersebut. Dia mendapati ada satu anak tangga yang akan membawanya menuju ke bumbung motel tersebut. Faizal kembali ke keretanya dan memberikan tembakan Blindfire ke arah musuh dengan hanya menaikkan pistolnya sahaja, membiarkan pistolnya menembak tanpa arah tujuan kepada pihak musuh sementara Faizal masih berada di belakang lindungan keretanya. Cara ini dapat mengalihkan perhatian musuh.

Sementara orang-orang Jamal masih lagi merasa bahawa Faizal masih lagi berada di belakang kereta. Tetapi anggapan mereka sama sekali, Faizal kini sedang naik menuju ke atas bumbung motel. Apabila dia berada di atas. Dia melihat ada seorang sniper yang sedang memerhati keadaan sekeliling. Faizal bergerak secara perlahan-lahan dari arah belakang, apabila sudah dekat, Faizal memulas kepala sniper tersebut menyebabkan lehernya patah selepas dipulas.

Faizal kini mempunyai peluang yang cerah, dengan adanya senapang Accuracy International Arctic Warfare iaitu sejenis bolt-action sniper rifle. Kerjanya menjadi lebih mudah. Faizal membidik sasaran satu per satu menyebabkan ketiga-tiga orang Jamal rebah mati ke lantai dunia. "Nampaknya keadaan di luar terkawal, baik aku masuk sekarang." Faizal masuk ke dalam motel itu melalui pintu masuk di hadapan. Setiba sahaja Faizal di dalam sana, seorang lelaki datang dengan mengejut ke arah Faizal. Lelaki itu mengacukan senapang submesingan MP5N ke arah Faizal, dia tidak sempat untuk berbuat apa-apa.

"Bagi pistol kau!" Kata lelaki itu dengan wajahnya yang ganas.

Faizal menurut kehendaknya. Perlahan-lahan Faizal memberikan pistolnya kepada lelaki itu.

"Cepat!!!"

Selepas lelaki itu mendapat pistol Faizal. Faizal dengan mengejut melakukan weapon disarm ke atas lelaki itu. Tangan kanan Faizal sepantas kilat memegang senapang lelaki itu, badan Faizal dengan pantas juga mengelak untuk menjauhkan senapang itu dari zon bahaya, tangan kiri Faizal pula segera mencengkam kemas halkum lelaki tersebut. Faizal menghancurkan halkum lelaki itu. Lelaki itu jatuh mati ke lantai. Dua orang lelaki yang secara tidak sengaja melalui tempat ternampak kejadian itu lalu melepaskan tembakan ke arah Faizal.

Faizal sempat mencari tempat berlindung lalu dia juga membalas tembakan. Kali ini dia menggunakan teknik menembak CAR kerana sesuai untuk petempuran jarak dekat. Dua orang lelaki itu tumpas di tangan Faizal. Faizal bergerak dengan lebih dalam lagi di motel tersebut. Dia cukup hairan kerana dia melihat banyak kamera CCTV di dalam motel itu. Walhal, motel itu telah ditinggalkan lama sejak sepuluh tahun lalu. Dia kini berada di bahagian yang mana di kiri dan kanannya adalah bilik-bilik tempat tinggal motel itu.

Faizal melalui bahagian itu, Seorang lelaki tiba-tiba sahaja merempuh keluar dari bilik sehingga terkena pada Faizal. Faizal sempat mengelak dan terus menembak lelaki tersebut. Selepas satu, datang sepuluh orang keluar dari setiap bilik dengan mebawa parang dan pisau masing-masing. Faizal menembak secara rambang ke arah orang-orang Jamal, mereka seperti syaitan. Walaupun telah ditanam peluru ke dalam badan mereka berkali-kali. Mereka masih melakukan serangan Banzai terhadap Faizal. Faizal telah kehabisan peluru MP5N, dia kini hanya tinggal sepucuk pistol sahaja. Faizal memulakan serangannya.

HAIIIIYAAAA!!!

BANG! BANG! BANG!

Faizal menumbuk, menendang, menahan dan menembak pada jarak dekat dalam satu-satu masa secara serentak. Faizal menumbuk seorang lelaki itu sambil pistol di tangannya menembak tiga das tembakan pada perut lelaki tersebut. Menembak pada lutut, tangan, kaki, kepala, leher dan wajah di setiap musuh yang Faizal tempuhi. Faizal kehabisan peluru pistolnya pula. Faizal dengan segera mengambil parang di atas lantai.

Faizal menyerang seorang lelaki yang bersenjatakan sama seperti dia. Faizal menyerang dan menahan setiap serangan lelaki itu. Apabila sampainya waktu yang tepat, sedang lelaki itu meyerang, Faizal pantas menundukkan badannya dan menghiris kaki kiri lelaki itu dengan parang. Mengakibatkan lelaki berambut panjang itu melutut jatuh, Faizal mengambil peluang dengan menghunus parangnya tepat ke jantung. Faizal mengeluarkan parang dari badan lelaki itu dan terus menendangnya.

Tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan kapak menghiris bahagian belakang badan Faizal. Faizal menahan kesakitan dan dengan segera berpaling ke belakang dan menahan satu lagi serangan lelaki itu. Faizal memegang tangan lelaki tersebut dan mematahkannya. Faizal mencengkam kuat kepala lelaki itu, membawanya ke dinding dan terus menghentak berkali-kali kepala lelaki itu sehingga berdarah. Selepas itu Faizal menyagat wajah lelaki itu di dinding sehingga ke bawah. Jaket Faizal koyak di belakang dengan kesan luka yang serius, tapi Faizal tidak mempedulikan tentang luka parahnya. Ke semua dua belas orang tumpas di tangan Faizal.

Faizal meneruskan perjalananya, kali ini dia berada di bahagian dapur. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki yang bersedia untuk mengelar leher seorang anak muda.

"Jamal! Apa yang kau nak buat dengan adik aku!"

"Bunuh dia!"

"Lepaskan dia!"

"Dah terlambat!" Jamal mengelar leher adiknya.

"TIDAK!!!"

Adiknya jatuh mati rebah ke lantai dapur yang berwarna putih. Kini ditenggelami dengan laut darah merah yang banyak.

"Kenapa kau buat  macam ni!" Soal Faizal dengan perasaan benci di hatinya.

"Kau tak ingat apa yang kau dah buat kat adik-beradik aku lima tahun lepas?"

"Apa maksud kau!?"

"Kau yang bunuh semua adik-beradik aku!!!"

Faizal termenung seketika, mengingat semula peristiwa itu. "Aku minta maaf, aku terpaksa...kalau aku tak buat macam tu, nyawa aku akan berada dalam bahaya." Kata Faizal.

"Sebenarnya...kau ada pembelot dalam organisasi gangster kau. Orang-orang yang membenci kau dah beri rasuah kat aku dan rakan-rakan aku untuk bunuh semua adik-beradik kau." Sambung Faizal.

Wajah Jamal mula bertukar, dia mengerutkan dahinya."Ahh! Aku tak percaya. Orang-orang aku setia dan taat kat aku. Kau dari kumpulan gangster lain sepatutnya tak payah kacau tempat aku. Tapi gangster kau berani menempah maut. Tiga tahun lepas, aku dah bunuh semua gangster kau temasuk ketua kau sekali. Tapi aku tak jumpa siapa pembunuhnya. Bila aku dapat tahu kau pembunuhnya, aku siasat tentang kau, ekori kau. Hari ni kau akan MATI!!!" Balas Jamal dengan wajah tidak percaya dan marah.

"Aku dah tak nak
buat semua kerja kotor tu. Tapi disebabkan kau, aku terpaksa lakukan kerja kotor ni lagi sekali. Aku akan bunuh kau bangsat!" Faizal menyerang Jamal dengan wajah kemarahan. Jamal membalas dendam demi adiknya.

Mereka berdua berlawan dengan sepantas kilat. Masing-masing berbalas tumbukan dan tendangan. Faizal menggunakan apa sahaja yang berada di dalam dapur itu. Faizal memukul tepat di bahagian kepala Jamal dengan menggunakan botol kaca. Mereka berdua dipenuhi dengan darah dan lebam-lebam di setiap badan dan kepala. Jamal yang menyimpan pisaunya itu tadi mengeluarkan semula, tetapi kali ini dia mengeluarkan dua bilah pisau.

Faizal yang tidak bersenjatakan apa-apa hanya mampu mengelak serangan pisau dari Jamal. Dia tidak ada peluang untuk menyerang Jamal. Sehingga pada satu saat, Faizal membalas dengan menghentak kepala Jamal ke ketuhar gelombang mikro yang berada di dalam dapur sehingga hampir kemek logam ketuhar tersebut. Jamal jatuh ke lantai, Faizal cuba mengambil salah satu pisau dari tangan Jamal tetapi gagal akibat tendangan yang bertubi-tubi ke arah Faizal menyebabkan dia juga jatuh.

Faizal dengan segera bangun dan dia ternampak sebilah pisau dapur yang tajam. Dia mengambilnya dan terus menyerang Jamal. Mereka berdua berlaga dengan pisau, Faizal dapat menghiris perut Jamal. Tapi itu tidak memberi kesan kepadanya, Jamal menundukkan badan dan sekali gus terus menghiris kedua-dua belah kaki Faizal menyebabkan dia jatuh melutut dengan serta-merta. Jamal cuba menyerang dalam keadaan posisi menunduk, tetapi dihalang oleh tumbukan berganda dari Faizal.

Faizal berundur cepat ke belakang. Dia menahan kesakitan. Kedua belah kakinya mengeluarkan darah yang banyak. Tetapi Faizal tidak peduli. Jamal juga berundur, dia juga menahan kesakitan di perutnya. Kedalaman hirisan dari pisau Faizal tidak dalam tapi masih mengeluarkan darah yang banyak. Faizal melihat mayat adiknya, apabila dia melihatnya, perasaan marah dan benci bertambah sehingga naik mendadak. Dia memandang tepat ke arah Jamal. Jamal hanya tersenyum.

Mereka berdua serentak menyerang balas. Tumbukan demi tumbukan. Tendangan demi tendangan. Selepas beberapa minit, Jamal membalas kejam dengan cara menghiris pada bahu kiri Faizal. Faizal hanya dapat menahan kesakitan. Faizal membalas dengan lebih kejam, menghiris sebanyak dua kali pada badan Jamal. Menyebabkan Jamal terus ke belakang secara automatik. Faizal mara ke arah Jamal. Semasa Faizal sudah berada dekat dengan Jamal, dia dengan pantas menikam bahu kiri Faizal. Mengakibatkan Faizal kaku.

Faizal tidak mahu mengalah. Dia menghiris sekali lagi di badan Jamal. Jamal tidak berputus asa, dia menggunakan pisau keduanya untuk menusuk leher Faizal, tetapi ditahan oleh tangan kiri Faizal. Tangan kirinya luka berdarah. Faizal membalas semula dengan tikaman tepat pada bahu kiri Jamal dengan menggunakan pisau di tangan kanannya. Mereka berdua menahan setiap kesakitan. Darah mula membasahi lantai di dapur itu. Pakaian Jamal dan Faizal dipenuhi dengan kesan darah dan koyak.

"Hehe, sekejap lagi seluruh dunia akan dapat menonton perlawanan antara kita berdua ni." Ujar Jamal dengan senyuma berdarahnya.

Faizal menguatkan semangatnya, demi adiknya. Dia mengeluarkan pisau dari bahu kiri Jamal dan terus menghiris tangan Jamal yang hampir menusuk pisaunya ke leher Faizal. Darah terpancut keluar. Faizal memberikan satu tendangan kuat ke arah Jamal menyebabkan dia terpelanting ke belakang. Faizal seperti orang tidak keruan, dia mencabut keluar pisau yang masih lagi berada di bahu kirinya dan menggunakannya. Faizal datang melulu ke arah Jamal. Jamal memberikan satu tumbukan, tetapi Faizal sempat menikam tumbukan Jamal, Faizal menggunakan pisau kedua dan menghiris sebanyak lima kali di tangan yang sama. Menyebabkan tangan kiri Jamal tidak berfungsi.

Jamal mencuba lagi dengan tumbukan di tangan kanannya, tetapi gagal juga. Faizal menahan tumbukan dengan sekali lagi tikaman. Faizal mengheret pisau yang masih lagi tertanam di dalam tangan Jamal sehingga ke bahu dan terus mengeluarkannya secara paksa. Tangan kanan Jamal tidak berfungsi.

Jamal melakukan tendangan dengan kaki kirinya. Faizal berjaya mengelak dan membalas dengan lima hirisan pisau pada kaki kiri Jamal. Kaki kiri Jamal berlumuran dengan darah. Faizal menundukkan badannya dan menikam kaki kanan Jamal pula. Jamal serta merta jatuh. Faizal membangunkan semula Jamal dan bersedia untuk mengelar leher Jamal. "Ini untuk adik aku."

"Ini untuk adik-beradik aku." Tiba-tiba, Jamal mengeluarkan pisau kecil dari poket seluarnya dan menikam tepat pada jantung Faizal. Peliknya, tangan kanannya berfungsi semula. Faizal terkejut apabila dirinya ditikam, lantas dia mengelar leher Jamal dengan cepat. Faizal berundur ke belakang, cuba untuk mengeluarkan pisau itu dari jantungnya. Selepas berjaya dikeluarkan, Faizal jatuh ke lantai.

Bagai lautan api, lantai dapur itu dipenuhi dengan darah. Sama seperti laut merah. Sementara Faizal mula untuk menutup ajalnya. Seorang lelaki berpakaian segak kemas datang ke arahnya dan berkata.

"Aku tahu kau dah buat salah...tapi untuk kali ni, aku maafkan kau. Tapi maaf aku ada balasannya. Cabaran yang besar akan menanti kau selepas ni. Aku akan biarkan kau insaf..." Lelaki itu berlalu pergi.

Sedang lelaki itu berlalu pergi. Pandangan Faizal semakin kabur, semakin gelap, semakin hitam...hitam...hitam...dan akhirnya Faizal menemui ajalnya.


******************


Pukul 6:30 pagi...


"HAH!!!" Seorang lelaki bangun dalam keadaan mengejut. Apabila dia bangun, dia mendengar laungan azan Subuh. Dengan segera lelaki itu mengambil wuduk dan bersolat selepas laungan azan tamat. Setelah selesai dia membaca doa dan solatnya. Dia keluar dan melihat adiknya sedang bersiap untuk keluar.

"Adik dah nak pergi kerja?"

"Yup."

"Biar abang hantarkan."

"Tak menyusahkan abang ke?"

"Tak, mari."


Pukul 7:00 pagi...


Lelaki itu menghantar adiknya pergi bekerja. Setelah selesai menghantar adiknya, dia kembali ke rumahnya. Apabila dia sampai, dia melihat di hadapan pintu pagarnya, ternampak kelibat seorang lelaki berpakaian segak kemas. Lelaki itu berkulit putih, mungkin orang luar negara. Lelaki itu keluar dari keretanya dan berjumpa dengan lelaki berkot hitam itu.

"Encik Faizal." 

"Ya saya. Err...maaf, saya kenal encik ke?"

"Saya Trent Reznor dari IPD."

"International Police Department? Kenapa IPD nak jumpa dengan saya?"

Lelaki berkulit putih mula mengeluarkan sekeping gambar. "Kamu kenal orang ni."

Faizal merenung lama. "Orang dari mimpi akulah." Kata Faizal di dalam hatinya.

"Saya kenal, Jamal tak silap saya. Kenapa dengan dia?"

"Saya dan pasukan anggota polis negeri Perak dah menangkap dia malam semalam di motel Jelapang. Jamal kini berada di dalam penjara. Saya nak kamu soal siasat." Ujar Trent Reznor.

"Kenapa saya?" Tanya Faizal.

"Kami mengesyaki Jamal ialah seorang ahli KillTube."

"KillTube?"

"Saya nak kamu join pasukan IPD."

"Apa misinya?"

"Hapuskan KillTube."