Saturday 7 March 2015

Review Permainan Video - VANQUISH ( XBOX 360 )

Kelajuan, kepantasan dan perlahankan masa. Itulah aspek utama dalam permainan video Vanquish, game ini telah dikeluarkan pada tahun 2010 oleh Platinum Games dan Sega untuk Xbox 360 dan PlayStation 3. Game ini diarahkan oleh Shinji Mikami yang pernah menghasilkan game seperti Resident Evil 5. Dengan menggunakan enjin Platinum, Vanquish nampak hebat dari segi grafik dan visual yang membawakan suatu kelainan yang berbeza daripada permainan video third-person shooter yang terdahulu.

Vanquish juga menerima beberapa anugerah seperti Best Shooter, Best Sci-Fi game, Best Original Game Mechanic dan lain-lain. Vanquish juga mendapat kritikan yang positif dari para pengkritik permainan video.

Plot Vanquish bermula apabila angkatan ultra-nasionalis, Order of the Russian Star yang diketuai oleh Victor Zaitsev mula merampas stesen angkasa O'Neill Cylinder milik kerajaan Amerika Syarikat. Order of the Russian Star mula menggunakan stesen angkasa tersebut dengan menembak pancaran solar terus ke bandar San Francisco, menyebabkan ramai yang terkorban. Angkatan tentera U.S. yang diketuai oleh Lieutenant Colonel Robert Burns dihantar untuk merampas semula stesen angkasa tersebut. Robert Burns akan bersama dengan watak utama pemain iaitu Sam Gideon, seorang pengkaji Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) yang melengkapi dirinya dengan Augmented Reaction Suit (ARS), sebuah sut mekanikal yang boleh membuatkan si pemakai lebih berkuasa.

Salah satu penekanan dalam game ini ialah pada sut mekanikalnya. Dengan sut ini, pemain dapat melakukan aksi seperti bullet-time (perlahankan masa), mengelongsor dengan kelajuan tinggi (sut ini mempunyai dua jet boosters pada kedua belah kaki) dan serangan melee yang berkuasa tinggi.

Vanquish mengingatkan saya kepada game third-person shooter terkenal, Gears of war. Tetapi kedua-dua game ini amatlah berbeza, jika Gears of war mementingkan pemainnya duduk di balik lindungan (cover) semasa menembak, Vanquish memaksa pemain keluar dari cover dan menyerang musuh menggunakan kelebihan yang ada pada sut itu, kepantasan.

Pada awal permainan, pemain mungkin perlu membiasakan cara pengawalannya terutamanya cara pengawalan sliding booters untuk pemain mengelongsor dengan laju. Mata pemain juga perlu cekap kerana musuh akan menyerang dengan laju dan pemain juga perlu banyak mengelak peluru-peluru musuh. Apabila pemain menggunakan lebih sut ARS, sut pemain akan mengalami overheating yang akan mengambil masa untuk disejukkan semula. Game ini menggunakan sistem regenerate health. Tetapi, apabila nyawa pemain mencapai tahap yang merbahaya, sut pemain secara automatik akan mengaktifkan sistem seperti bullet-time untuk memberikan masa memulihkan nyawa semula, pada ketika ini, setiap benda yang berada di sekeliling pemain akan bergerak dengan perlahan. Sistem itu boleh diaktifkan jika sut pemain tidak mengalami overheating. Jika tidak, nyawa pemain akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula tanpa menggunakan sut.

Pemain boleh membawa tiga jenis senjata berbeza dan dua jenis grenad. Senjata yang dibekalkan pada awal permulaan game ialah Assault rifle, Heavy machine gun, Shotgun, bom tangan dan bom EMP (Electro- Magentic Pulse). Lebih banyak pilihan senjata yang akan pemain boleh guna dalam misi-misi seterusnya. Setiap senjata boleh dipertingkatan untuk menambahkan kelebihan yang ada pada senjata itu seperti, ketepatan, jumlah magazine, kapasiti peluru dan lain-lain.

Penggunaan cover system ok pada saya, tapi tidak sehebat cover system yang ada pada Splinter Cell Conviction. Game itu mempunyai cover system yang terbaik saya pernah main. Namun, penggunaan cover system dalam Vanquish tidak ditekankan kerana pemain akan menggunakan banyak sliding booster dan perlahankan masa untuk tumpaskan musuh. Pendek kata, cover system dalam game ini hanyalah untuk pemain berehat sebentar atau untuk sejukkan sut pemain selepas overheating. Jika pemain bermain dalam mod casual easy dan easy, musuh akan jatuh dengan senang. Mod normal, hard dan God hand memerlukan pemain cekap dalam kepantasan menyerang musuh dan menggunakan sut serta cover system dengan sebaik mungkin. 

Semasa pemain menggunakan sliding booster, pemain masih lagi boleh menembak. Apabila pemain di belakang tempat berlindung dan ingin keluar dari cover dengan melompat keluar, pemain boleh menekan butang zoom in senjata. Ini akan menyebabkan pemain perlahankan masa, memberikan sedikit masa untuk menjatuhkan musuh. Menekan butang roll dan seterusnya menekan butang zoom in senjata juga akan mengaktifkan sistem seperti bullet-time. Aktifkan serangan jarak dekat akan menyebabkan karakter pemain melepaskan tumbukan bertubi-tubi atau tendangan back flip ke arah musuh, tetapi sut pemain akan terus overheating selepas melakukan serangan itu. Musuh yang pemain bakal hadapi ialah tentera robot Rusia. Ada banyak jenis musuh yang ada dalam game. Daripada senang sehinggalah susah.

Dari segi cerita hanyalah ok, tetapi jika perkembangan watak diperkembangkan lebih bagus dan dialognya juga kadang-kadang agak biasa. Musik dan efek bunyi baik. Level design cantik dan menarik. Grafik juga cantik dan menarik. Namun apa yang penting di sini ialah level design dan grafiknya, setiap lokasi yang ada di dalam Vanquish sungguh cantik seperti pemandangan hutan dan bandar di stesen angkasa. Dan apabila diperlahankan masa, pemain akan dapat melihat setiap butir-butir peluru yang berterbangan di udara dan juga benda-benda yang lain seperti letupan dan serpihan-serpihan besi, semuanya digerakkan dengan perlahan. Ini yang membuatkan Vanquish menarik dan unik. Penggunaan efek bullet-time dalam game ini sama seperti game Max Payne dan Stranglehold.

Vanquish, sebuah permainan video third-person shooter yang mengutamakan aspek kepantasan dan perlahankan masa semasa bermain. Penggunaan sut yang dapat memberikan pemain merasai kelebihan yang ada pada sut ARS. Walaupun plotnya agak biasa, tetapi gameplay cukup menarik dan saya suka reka bentuk sut dalam game ini, sangatlah stylo. Namun, pemain mungkin akan sedikit kecewa kerana Vanquish tidak menyediakan multiplayer, hanya ada singleplayer. Tapi, jika pemain tidak berminat dengan multiplayer dan ingin fokus hanya kepada singleplayer, cubalah Vanquish.


Story : 3.5 / 5

Gameplay : 4.9 / 5

Sound and music : 4 / 5

Graphics : 4.5 / 5

Overall : 8.9 / 10