Guru,
Kau mengajar kami,
di bangku sekolah lagi,
daripada kami tidak mengenal angka,
sehingga kami mengenal angka,
daripada kami tidak mengenal huruf,
sehingga kami mengenal huruf
Guru,
Biarpun taufan bertiup kencang,
kami akan tetap ke menara gading,
kerana kau mempersiapkan diri kami,
dengan ilmu yang terserlah di hati
Guru,
Kau mengajar erti kehidupan,
kehidupan yang bermakna,
kehidupan yang sebenar,
untuk kami menghadapi,
rintangan yang mendatang
Guru,
Kau pembakar semangat jiwaku,
untuk meneruskan pelajaranku,
kau tak henti mengajarku,
bagai mengejar api di lautan
Guru,
Kau membina jati diri kami,
untuk cinta akan tanah air kami,
untuk membina semangat patriotik,
dalam diri kami
Guru,
kau telah memimpin kami,
sehingga kami meningkat usia,
untuk kami mengganti,
pemimpin terdahulu,
dan,
menerajui tanah air ini
No comments:
Post a Comment