Desas-desus sudah bermula,
Peperangan sudah tersula,
Semua bersedia memegang senjata,
Melawan musuh yang durjana
Jam menunjukkan dua belas tengah hari,
Semua menjamah santapan tengah hari,
Tapi hari ini tidak bagi kami,
Kerana hari ini kami,
Memegang senjata api
Tahun dua ribu lima puluh,
Negara aku telah dijajah,
Musuh yang menyerang secara halus,
Seperti virus menyerang luka,
Musuh yang kejam,
Tanpa belas kasihan
Bagaikan jarum menusuk badan,
Rakyatku mengkhianati negara,
Menggulingkan negara,
Membenarkan kuasa asing,
Memerintah negara tercinta ini
Aku berasa marah,
Seperti syaitan merasuk tubuhku,
Melihat ibu dan kanak-kanak,
Melihat anak muda dan orang tua,
Diseksa dan dibunuh kejam,
Kerana rakyatku yang dahagakan,
ketamakan dan kebendaan
Kini,
Kami sebagai anak watan,
Berusaha mencapai keamanan,
Berusaha menangkap kemerdekaan,
Berusaha menerap semangat patriotik,
Berusaha menghalau penjajah
No comments:
Post a Comment