Di dalam sebuah bilik apartmen...
"Kau dah dapat semua rakaman tadi?" Tanya lelaki yang bertopeng warna hitam seperti seorang pengganas kepada orang bawahannya.
"Dah tuan." Balas pengikutnya.
"Bagus, good job. Lepas ni kita boleh upload video ni," Kata lelaki itu sambil tersenyum di sebalik topengnya.
Pasukan Charlie...
Skuad Charlie masih lagi berada di atas bangunan apartmen itu dan mereka hanya tinggal berlima sahaja. Sarjan Omar mengarahkan ahlinya menggunakan tali yang ada untuk diikatkan pada tiang besi yang berada di situ untuk membolehkan pasukan Charlie turun dan menyerbu masuk melalui tingkap apartmen. Proses ini dikenali sebagai rappelling.
Semasa pasukan Charlie sedang turun, mereka telah di serang hendap oleh penjahat yang sudah lama berada dalam posisi untuk menyerang. Sebaik sahaja skuad Charlie menyerbu masuk melalui tingkap dari arah yang bertentangan secara serentak. Pasukan Charlie ditembak dengan teruk kumpulan penjahat itu sehingga tiada seorang pun yang terselamat. Skuad Charlie terkorban.
Sementara itu...
Pasukan Alpha dan Delta yang sedang mencari tebusan terdengar bunyi tembakan yang kuat itu dari atas. "Bunyi tembakan! Skuad Charlie!? Charlie lima dua over...Charlie lima dua over. Tak guna! Skuad Charlie dah tak ada." Marah Sarjan Yusof.
"Skuad! Double time! Kita kena cepat cari dan keluarkan semua tebusan dari apartmen ni sekarang!" Arah Sarjan Yusof.
Skuad Alpha dan Delta begerak ke tingkat yang telah diarahkan oleh Sarjan Yusof. Setiap bilik skuad Alpha dan Delta mencari tebusan dan beberapa tebusan berjaya dikeluarkan. Skuad Delta menghadapi sedikit konfrontasi dengan panjahat tetapi skuad Delta berjaya menjatuhkan penjahat itu Tebusan berjaya dikeluarkan di tingkat yang telah ditetapkan oleh skuad Delta. Kini, Skuad Delta menuju ke tingkat yang lebih atas untuk mencari lagi tebusan. Sarjan Yusof tidak percaya info yang telah diberikan kepadanya oleh pihak risikan. Dia mahu mencari lagi, lagi dan lagi.
Skuad Alpha masih berada di tingkat lapan sedang memeriksa bilik terakhir di dalam tingkat itu. Apabila mereka sedang melakukan penyerbuan terhadap bilik itu, salah seorang anggota skuad Alpha berkata mereka kehilangan lima orang anggota UTK. Ketua pasukan Alpha mengarahkan lima orang anggota UTK mencari anggota yang hilang itu.
Pasukan mencari itu bergerak ke tingkat sembilan. Di atas tangga, mereka berlima ternampak bayangan seperti seorang lelaki. Dengan pantas mereka berlima mengejar sehingga ke pintu masuk bilik di tingkat sembilan. Apabila mereka masuk, mereka amat hairan sekali kerana di hadapan mereka terdapat satu cermin segi empat sama yang besar, menampakkan refleksi wajah mereka berlima.
RATATATATATATATA!!!
Tiba-tiba satu bunyi tembakan yang bertalu-talu datang dari arah cermin itu menyebabkan pasukan mencari terpaksa merepuh masuk ke bilik-bilik terdekat untuk mencari perlindungan. Pasukan mencari membalas tembakan ke arah pihak musuh. Dalam sekelip mata kelima-lima penjahat itu mati. "Semua dah mati kan!?" Kata salah seorang anggota UTK.
"Dah!" Mereka berlima pergi memeriksa apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Macam mana tembakan datang dari cermin ni? Mustahil?" Keliru anggota UTK yang sedang memerhati keadaan sekeliling.
Salah seorang anggota UTK menyentuh permukaan cermin itu dan dia mendapati ada sesuatu yang tidak kena tentang cermin itu. "Hmm, kesan lubang dari peluru?" Anggota UTK itu cuba mengoyakkan cermin itu dengan menggunakan pisau.
"Ini bukan cermin?...ini ialah kertas refleksi yang boleh meniru sama seperti cermin betul!" Di sebalik kertas penipuan itu adalah sesuatu yang lebih mengejutkan. Lima mayat anggota UTK terlantar di atas lantai dengan darah merah berlumuran banyak.
"Tidak...tidak!...TIDAK!!!"
"Apa aku dah buat ni? Aku dah bunuh kawan aku sendiri!?" Melutut salah seorang anggota UTK selepas dosa yang tidak disengajakan jatuh di atas kedua-dua belah bahu dia.
"Ini semua kau Malik! Kau yang lepaskan tembakan dulu. Kau sepatutnya perhati dulu sebelum nak menembak!!!" Marah Harith.
"Apa pulak salah aku! Kau sepatutnya yang perlu bagitahu aku dulu! Mana sifat kerjasama kau!!!" Malik juga memarahi Harith.
"Korang berdua! Sudah lah! Kawan kita mati kat depan kita. Korang masih lagi nak bertengkar." Koperal Zahir cuba menenangkan mereka berdua.
Dua orang anggota sedang melihat mayat rakan mereka yang telah mati ditembak oleh mereka sendiri. Mereka berdua berasa bersalah. Tiga orang anggota UTK pula sedang bertengkar tentang siapa salah siapa. Mereka berlima menjadi tidak keruan.
"Kau diam Zahir!!!" Kata Harith sambil mengacukan pistol ke arah Zahir.
"Apa kau buat ni Harith."
"Baik kau diam sebelum aku tembak kau!"
Malik juga mengacukan pistolnya ke arah muka Harith. "Kau dah gila Harith."
"Oh, sekarang kau pun nak mati sama dengan dia!" Kata Harith sambil mengacukan pistolnya ke arah wajah Malik.
"Korang berdua patut mati." Zahir pula mengacukan pistolnya ke arah mereka berdua.
Mereka berdua yang sedang meratap mayat rakan mereka terkejut dengan kelakuan tiga orang anggota UTK, lantas mereka berdua mengeluarkan pistol. Kelima-lima mereka mengacukan pistol ke arah rakan sekerja sendiri. Tiba-tiba, sati cahaya yang dari bom
flashbang meletup dihadapan mereka menyebabkan mereka berlima melepaskan tembakan secara rambang ke arah masing-masing. Kelima-lima mereka terkorban.
Sementara itu, di tingkat lapan. Sebahagian Skuad Alpha sedang bersedia untuk melakukan
breaching ke atas sebuah bilik. "
Flash and clear."
Pintu dibuka. BOOM!!!
Skuad Alpha bergegas masuk ke dalam bilik itu. Tanpa di duga, satu semburan api yang membara dari senjata
flamethrower membakar ke semua skuad Alpha. Skuad Alpha dibakar hidup-hidup sehingga hangus berwarna hitam.
Kini hanya tinggal skuad Delta sahaja, Skuad Delta kini berada di tingkat 20, di sana mereka menemui sebuah bilik yang dipenuhi dengan rakaman video dan kamera. Koperal Haziq melihat video rakaman pembunuhan terhadap skuad Alpha, Charlie dan Bravo. Koperal Haziq lebih terkejut apabila di atas meja tersebut, ada sebuah komputer riba dengan laman web KillTube terpapar di dalam skrin komputer riba tersebut. Dengan segera, Haziq menutup skrin komputer riba itu.
Skuad Delta yang lain sedang mengeledah untuk mengumpul bahan bukti. Tiba-tiba, salah seorang anggota UTK membuka sebuah peti. Peti itu dengan cepat merebakkan gas beracun yang boleh membunuh ke semua skuad Delta. Anggota-anggota yang lain cuba untuk keluar dari bilik itu tetapi tidak kesampaian, hanya Koperal Haziq dan Sarjan Yusof yang sempat keluar dari bilik itu.
Kini mereka berdua berada di dalam bilik yang lain. Bilik itu amat gelap gelita sehingga Koperal Haziq tidak boleh nampak wajah ketuanya sendiri. Dalam sekelip mata cahaya yang terang menerangi bilik itu. Haziq dan Yusof telah dikepung oleh penjahat.
"Jangan bergerak, jangan cuba nak buat perkara bodoh." Kata ketua penjahat itu.
"Kenapa kau serang apartmen ni?" Tanya Sarjan Yusof.
"Kami cuma tawan saja apartmen. Kami tak cederakan mana-mana tebusan, malah kami biarkan mereka dilepaskan oleh pihak polis. Tujuan kami yang sebenar ialah untuk tarik perhatian kamu, UTK."
"Tunggu, kamu tu ke bekas anggota UTK?" Tanya lagi Sarjan Yusof.
"Ya saya, tapi kamu tak boleh tahu siapa aku. Aku dan rakan-rakan aku keluar dari UTK untuk membuat satu rakaman video yang menarik mengenai pembunuhan anggota UTK." Kata lelaki bertopeng itu.
"Rakaman video? Kau dah gila ke! Apa faedah yang kau dapat dari semua ni!?" Marah Sarjan Yusof.
"Terkenal di internet! Dalam laman web tu aku dan rakan-rakan aku di sini boleh menunjukkan nilai artisik kami melalui video ni. Dan apa yang lebih bagus, kami dapat duit yang banyak dengan laman web ni." Ujar lelaki itu.
"Kau maksudkan KillTube kan?" Tanya Koperal Haziq.
"Eh, macam mana kau tahu?" Lelaki bertopeng itu bertanya semula kepada Haziq.
"Aku pun ahli dalam laman web tu."
"Apa nama
channel kau."
"Killer's Justice."
"Oh, kami semua selalu lihat video pembunuhan kau, kreatif, penegak keadilan menentang dadah, rasuah dan semua benda jahat.
Channel kau memang terkenal di KillTube." Lelaki bertopeng memuji Haziq.
"Kalau mengikut peraturan dalam KillTube, ahlinya tak boleh membunuh ahli lain...jadi sekarang kita bukan musuh." Ujar Haziq.
"Haziq...macam mana kau boleh tahu semua ni?" Sarjan Yusof mula berasa pelik dengan situasi ini.
Tiba-tiba, Haziq mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak tepat terus ke kepala Sarjan Yusof.
BANG!
"Orang lain tak boleh tahu tentang perkara ni." Senyum Haziq.
"Cepat, upload video kau." Arah Haziq kepada lelaki bertopeng itu.
Dengan segera lelaki bertopeng itu memuat naik video pembunuhan anggota UTK tersebut di dalam laman web yang hanya boleh dilawati oleh orang-orang tertentu, KillTube.
"Kenapa tak teruskan bekerja di UTK?" Tanya Haziq.
"KillTube ni beri lebih banyak duit dari gaji tempat aku bekerja! Baik aku pilih kerja yang ni."
"Hmm, aku pun dapat duit banyak dari laman web ni." Kata Haziq.
"Aku dapat tahu laman web ni lepas aku dijemput melalui e-mail oleh seorang lelaki."
"Aku pun sama macam kau jugak dulu. Lelaki yang tak bernama...lepas dua hari mesej jemputan tu hilang."
Selepas beberapa minit, kerja lelaki bertopeng itu selesai.
"Ok, aku akan bawa korang semua keluar dari apartmen ni. Aku akan buat panggilan ambulans dan mengatakan ada anggota UTK yang tercedera. Aku akan arahkan ambulans tunggu di tempat letak kereta di tingkat
underground."
"Bagus." Gembira lelaki itu.
Haziq membuat panggilan palsu kepada ambulans. Penjahat itu sudah bersedia menunggu di tempat letak kereta. Selepas beberapa minit, van ambulans itu sampai. Segera masuk penjahat itu ke dalam van ambulans. Lelaki itu mengugut pemandu supaya mengikut arahannya
. Penjahat itu keluar tanpa pengetahuan dari pihak polis.
Koperal Haziq keluar dari apartmen itu dan memberitahu kepada anggota polis yang lain bahawa penjahat telah berjaya melarikan diri dan berjaya membunuh ke semua anggota UTK. Koperal Haziq sahaja yang terselamat...hanya kerana dia ahli dalam laman web KillTube.
"Lelaki itu dipilih sebab dia terlalu tamakkan wang. Dengan wang, dia sanggup membunuh. Walaupun dari agensi tempat asal dia bekerja." Kata Koperal Haziq di dalam hatinya sambil melangkah masuk ke dalam van UTK, bersedia untuk balik ke ibu pejabat. Membiarkan pihak polis menyiasat apartmen itu.
"Pihak polis akan hanya jumpa sedikit saja bukti, selebihnya sudah dibersihkan oleh penjahat tu." Monolog dalaman Haziq kepada dirinya.