Tuesday, 11 November 2014

(KillTube) BREACH - ACT 3 (PART 1)

Haziq memulakan perjalanan hidupnya pada waktu subuh yang tenang dan sepi di dalam rumahnya dengan menunaikan solat Subuh. Sewaktu dia sedang menunaikan kewajipannya, isterinya, Fiza sedang nyenyak lena di atas katil. Jam tangan milik Haziq di atas meja kecil sedang berdetik demi detik memutarkan masa. Setelah beberapa minit, Haziq selesai menunaikan fardu Subuh. Haziq membuat sedikit senaman yang melibatkan fizikal dan mentalnya.

Haziq memakai baju seragam UTK ( Unit Tindakan Khas ) berwarna biru gelap, baju kalis peluru kelvar berwarna hitam beserta dengan seluar dan pistol Glock 19 di simpan di tempat letak pistol pada kaki kanannya. Dia masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan isterinya.

"Abang dah nak pergi ke?" Kata Fiza.

"Abang kena pergi awal. Sayang jaga diri baik-baik, sayang tu demam lagi." Nasihat Haziq.

"Hmm, baiklah abang. Jaga diri baik-baik."

"Abang akan cuba. Doakan abang."

"Sayang akan doakan abang dalam keadaan baik." Senyum Fiza.

"Terima kasih." Senyum Haziq sambil mencium dahi isterinya itu sebelum meninggalkan rumah dan bertolak ke ibu pejabat UTK. Di sana, Haziq berjumpa dengan  pasukan Delta yang terdiri daripada 20 termasuk Koperal Haziq dan diketuai oleh Sarjan Yusof. Pasukan Delta bermesyuarat di dalam bilik khas. Sarjan Yusof memberikan sedikit kata-kata.

"Dah tiga hari apartmen tu ditawan. Dah tiga hari ramai anggota kita terkorban. Tapi hari ni saya tak nak sejarah berulang kepada kamu semua. Seperti kamu semua tahu, penawanan apartmen tu dilakukan oleh seorang bekas anggota UTK, kita masih tidak tahu siapa dia. Tapi pihak risikan masih lagi sedang menjalankan siasatan. Dia datang membawa anak-anak buahnya yang juga terdiri daripada orang yang terlatih untuk menawan apartmen di Kota Damansara tu. Kita tidak tahu apa motif sebenar penawanan tu. Hari ni, tugas kita perlu selamat seberapa banyak tebusan yang ada di dalam apartmen tu. Faham!" Ujar Sarjan Yusof dengan semangat.

"FAHAM TUAN!!!"

"Kamu semua tak sendirian, pasukan kita akan dibantu oleh pasukan Alpha, Bravo dan Charlie. Perhatian! Yang kita hadapi dengan orang-orang yang terlatih dan sudah bersiap sedia!" 

Di bilik senjata, Haziq memastikan kelengkapannya cukup, bom tangan, Flashbang, bom asap, dan senapang HK416 disertakan sekali dengan modifikasi seperti Holographic sight, silencer, laser sight dan foregrip. Setelah semuanya cukup, Haziq bergerak ke van bersama-sama dengan 20 orang anggota UTK termasuk Sarjan Yusof  untuk bertolak ke lokasi objektif.

Selepas 30 minit...

Koperal Haziq, Sarjan Yusof dan ahli pasukan Delta yang lain keluar dari van UTK yang berwarna hitam. Kelihatan anggota Polis sedang mengepung setiap kawasan di sekeliling apartmen itu. Sarjan Yusof berjumpa dengan ketua pasukan UTK yang terdiri daripada Kapten Musa dari skuad Alpha, Sarjan Zizan dari skuad Bravo dan Sarjan Omar dari skuad Charlie. Mereka berempat berbincang di atas meja di dalam sebuah khemah.

"Dengar sini semua, saya mahu pasukan Charlie naik helikopter. Sarjan Omar, kamu akan mengetuai serangan dari atas. Sarjan Zizan, saya mahu kamu menyerang dari pintu belakang apartmen itu. Skuad saya dan Delta akan ikut menyerang dari pintu masuk apartmen. Sebaik saja pasukan Charlie mendarat, saya mahu pasukan Alpha, Bravo dan Delta lepaskan bom asap. Selepas itu kita masuk dan selamat tebusan. Ingat! Sesiapa yang memegang senjata dan tidak berpakaian seperti polis...kita tembak, on sight. Faham semua." Ujar Kapten Musa.

"Faham tuan!!!"

"Bersiap semua!"

Pasukan Alpha dan Delta berada dalam posisi masing-masing. Pasukan Bravo pula sedang menuju ke pintu belakang apartmen itu. Manakala, pasukan Charlie berada di atas helikopter dan sedang terbang menuju ke atas bangunan apartmen itu.

"Kapten, Bravo dah bersedia." Kata Sarjan Zizan melalui fon telinga kepada Kapten Musa.

Pasukan Charlie sudah berada di atas udara, mereka menurunkan tali. Satu per satu ahli pasukan Charlie mendarat di atas apartmen itu. Tiba-tiba, satu roket meluncur laju ke arah helikopter dari pelancar roket menyebabkan helikopter itu meletup, hancur berkecai. Anggota UTK yang berada di atas apartmen itu tidak dapat mengesan mana penyerang itu. Lima anggota UTK terkorban menyebabkan skuad Charlie hanya tinggal lima anggota sahaja.

"Bantuan! Bantuan! Kami perlukan bantuan!" Cemas Sarjan Omar selepas dia membuat panggilan radio kepada Kapten Musa.

"Cepat! Skuad Charlie perlukan kita." Kata Kapten Musa kepada skuadnya dan skuad Delta. Skuad Delta dan Alpha melepaskan bom asap ke arah pintu masuk apartmen. Asap dikeluarkan sungguh banyak. Pasukan Bravo juga melepaskan bom asap, selepas asap menjadi tebal, pasukan Bravo menyerbu masuk. Tetapi malang tidak berbau, semasa pasukan Bravo sedang menuju ke pintu masuk, mereka dikejutkan dengan letupan bom C4 di bawah kaki mereka...semua.

BOOM!!! Skuad Bravo terkorban.

"Haa!? Apa tu? Letupan tu dari pintu belakang." Kata Koperal Haziq di dalam hatinya.

Kapten Musa cuba menghubungi skuad Bravo, tetapi tiada respon. "Tak guna! Kita dah hilang skuad Bravo. Alpha, Delta!!! Kita masuk sekarang!" Arah Kapten Musa.

Pasukan Alpha menuju dahulu ke arah pintu masuk diikuti dengan pasukan Delta. Tetapi semasa pasukan Delta hendak menuju ke arah posisi pasukan Alpha, pasukan Delta telah dihujani dengan peluru yang tidak bermata ke arah anggota UTK itu...ramai pasukan Delta yang terkorban, sepuluh orang anggota UTK disahkan mati. Koperal Haziq, Sarjan Yusof dan anggota UTK yang terselamat sempat melarikan daripada tembakan rambang dari pihak musuh di atas,

"Tak guna, orang-orang aku." Kata Sarjan Yusof dengan perasaan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan anak-anak buahnya, dia hanya dapat melihat dari jauh mayat-mayat yang sudah hancur berkecai ditembak oleh penjahat. Kapten Musa hanya terdiam sahaja, dia juga tidak dapat berbuat apa-apa. "Skuad! Kita masuk sekarang. Bersiap sedia untuk breaching." Arah Kapten Musa kepada skuadnya. Empat orang dari skuadnya menuju dekat ke arah pintu untuk melakukan breaching.

"Breach charge, Flash and Clear." Arah Kapten Musa. Salah seorang dari skuadnya memasang bom breach charge pada pintu tersebut. Di tangan Kapten Musa sudah tersedia sebutir bom Flashbang.

"Sekarang!"

BOOM!!! Pintu tersebut diletupkan. Kapten Musa membaling bom Flashbang. 

BOOM!!! Kapten Musa masuk dahulu ke dalam apartmen itu. Tiba-tiba satu tembakan tepat mengenai lehernya menyebabkan dia seperti nyawa-nyawa ikan. Anggota UTK yang lain sempat menembak lima orang penjahat. Sarjan Yusof menarik badan kapten Musa ke tempat selamat. Tangan  Kapten Musa memegang lehernya yang dipenuhi dengan darah, dia seperti sesak nafas.

"Bertahan kapten! Bertahan!" Sarjan Yusof cuba memberikan bantuan dengan menekan pada tempat yang cedera.

"UHUK! UHUK! UHUK!" Dalam sekelip mata sahaja, Kapten Musa mati. Kedua-dua belah tangan Sarjan Yusof dipenuhi dengan darah milik Kapten Musa. Sarjan Yusof melihat tangannya yang berdarah itu. Darah yang merah itu menimbulkan perasaan marah dan benci yang membuak-buak dalam diri Yusof kepada penjahat.

"Anjing!" Kata Sarjan Yusof dalam hatinya. Sarjan Yusof bangun dan masuk ke dalam bangunan itu. Pihak Polis yang berada di luar kawasan cuba memberikan bantuan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa selepas ramai anggota UTK yang terkorban sejak tiga hari lalu.

Ahli pasukan Alpha dan Delta menunggu  di dalam posisi masing-masing. Sarjan Yusof masuk dan berkata. "Skuad Alpha kamu di bawah arahan saya. Skuad Alpha saya nak kamu semua cari tebusan di tingkat 2, 4, 6 dan 8. Skuad Delta, kita cari tebusan di tingkat 3, 5, 7 dan 10. Bunuh sesiapa saja yang pakai senjata. Faham!"

"Faham sarjan!!!"

"Mari, kita bunuh semua anjing-anjing ni!" Geram Sarjan Yusof.















No comments:

Post a Comment