Faizal tunggu di dalam keretanya tepat pada pukul sembilan di hadapan kafe coffee shop. Selepas lima minit, Trent datang dengan membawa Jamal yang sedang dipegang ketat oleh pembantu Trent. Apabila sampai ke kereta Faizal, pembantu Trent memasukkan Jamal secara paksa dan kasar ke dalam kereta Faizal, Trent Reznor juga berada di dalam kereta. Sedang Jamal duduk, pembantu Trent duduk di sebelah Jamal dengan pistol silencer diacukan dekat di bahagian pinggang kiri Jamal.
"Cakap.. Apa yang kau tahu tentang KillTube." Tanya Faizal dengan nada serius tanpa memandang ke arah wajah Jamal.
"KillTube ni laman web pembun-"
"Itu aku dah tahu, lain!
" Faizal mencelah percakapan Jamal.
"Setiap ahli dalam KillTube, mereka mesti ada topeng ciptaan mereka sendiri."
"Lagi."
"Mereka boleh lakukan secara individu atau berkumpulan."
"Setiap dari mereka ada motif, kenapa mereka bunuh mangsa?"
"A... Ada yang bunuh untuk suka-suka, kadang-kadang ada buat untuk tegakkan keadilan." Jawab Jamal dengan nada gementar.
"Tegakkan keadilan? Maksud kau?"
"Mereka bunuh orang-orang atasan yang suka menindas orang bawahan."
"Macam mana mereka semua boleh jadi ahli KillTube?"
"Mereka akan dapat satu email jemputan, kebanyakan yang dapat jemputan ialah dari kalangan penjenayah."
"Aku pun bekas gangster, kenapa aku tak dapat terima jemputan tu?"
"Sebelum kau jadi gangster, kau polis kan?"
"Macam mana kau tahu?" Tanya Faizal sambil menoleh ke belakang memandang Jamal dengan wajah terkejut.
"Aku tengok muka kau pun aku dah tahu muka polis. Bukan gangster."
"Apa yang dia bagi dalam email tu?"
"Link address untuk ke laman web tu, username dan password."
"Kau aktif tak dalam laman web tu?"
"Kadang-kadang."
"Bagi kat aku semua tu termasuk topeng trademark kau sendiri. Kalau kau bagi, aku maafkan kau atas apa yang dah terjadi kat Chong."
"Aku boleh bagi semua tu, tapi dengan satu syarat."
"Dah agak dah." Trent mencelah.
"Letakkan aku di bawah jagaan polis, sebab kalau 'mereka' tahu aku bagi kat kau. Mati aku." Kata Jamal.
"Aku pun dapat tahu bukan kau yang bunuh tiga orang adik-beradik aku, tapi orang dalam KillTube."
"Tapi bukan ahli KillTube tak boleh membunuh sesama sendiri?"
"Ahli... orang lain yang rapat dengan ahli mereka boleh bunuh macam tu saja." Ujar Jamal dengan perasaan geram.
"Faizal, kau nak cari pembunuh adik kau kan? Cari dalam laman web tu, dan... tolong carikan siapa yang bunuh adik-beradik aku." Rayu Jamal.
"Kenapa aku?"
"Sebab kau ada polis dan IPD di belakang kau. Kalau aku nak cari pembunuh itu, aku boleh mati dalam sekelip mata saja, nak harapkan anak buah aku, mati mereka semua."
Faizal memandang wajah Jamal. Faizal dapat merasakan kesakitan yang di alami oleh Jamal. Walaupun Faizal masih lagi marah atas apa yang dia dah lakukan kepada Chong. Namun, selepas dia dapat tahu Jamal telah dimanipulasi dan ditipu, Faizal di fitnah oleh seseorang kerana membunuh adik-beradik Jamal. Faizal memaafkan Jamal.
"Baiklah, aku letakkan kau di bawah jagaan polis. Siapa 'mereka'?"
"Agen-agen KillTube, itu saja yang aku tahu." Balas Jamal.
Jamal memberikan sehelai kertas kepada Faizal. Di dalamnya terdapat maklumat yang Faizal mahukan. Pembantu Trent mengeluarkan Jamal dari kereta Faizal, menghantarnya terus ke kereta SUV yang berada di seberang jalan dari kafe itu.
"Apa langkah kau seterusnya?" Tanya Trent.
"Malam ni, aku akan buka laman web tu, aku nak observe dulu." Balas Faizal.
"Kau akan bantu Jamal ke?"
"Situasi dia sama macam situasi aku sekarang, hilang orang yang paling kita rapat. Manusia mana yang sanggup cipta laman web tu, binatang betul!" Marah Faizal.
"Kalau ada apa-apa contact aku. Mungkin kau patut pergi minum." Trent keluar dari kereta Faizal, membiarkan Faizal termenung dalam perasaan marahnya. Faizal sedang memikirkan strateginya untuk mencari bukan satu, tapi dua pembunuh yang telah mencabut nyawa orang yang mereka sayang. Tidak sampai di situ sahaja, Faizal juga perlu mencari siapa pencipta laman web supaya dia ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan.
No comments:
Post a Comment