Friday, 5 June 2015

(KILLTUBE) SEARCHING - ACT 7

Pukul 10.00 malam...

Faizal membuka komputer ribanya di atas meja di dalam biliknya. Bersebelahan dengan komputer ribanya, ialah topeng kepunyaan Jamal yang telah dihantar oleh Trent semasa Faizal tiada di rumah. Berwarna hitam dan diperbuat dari bahan besi, semasa Faizal cuba memakainya, tidak ada rasa berat di wajahnya membuatkan dia berasa selesa ketika memakainya. 

Faizal mula menaip link address untuk ke laman web KillTube. Ternyata, link address tersebut amat panjang dan rumit kerana ia disertai dengan kod-kod pelik dan tidak mudah difahami oleh Faizal sendiri. Setelah habis dia menaip link address tersebut, dia menekan butang enter di papan kekunci. Dalam sekelip mata, muncul muka hadapan laman web tersebut, muncul perkataan KillTube dengan tulisan berdarah. Sebelum Faizal dapat melihat isi kandungan laman itu, Faizal perlu memasukkan username dan password di muka hadapan laman KillTube. 

Setelah usai menaipnya, isi kandungan laman itu dibuka, menampakkan sisi-sisi gelap yang menjijikkan. Kelihatan interface KillTube sama seperti Youtube. Cuma yang bezanya, banyak video darah. Faizal melihat dahulu profil dan channel KillTube milik Jamal. Tak banyak video, cuma ada dalam 2 video, itu pun video pembunuhan antara Jamal dan musuhnya dari kumpulan gangster yang lain. Jumlah penonton pun tidak banyak. "Pengguna tak aktif Jamal ni." Kata Faizal di dalam fikirannya.

Faizal beralih pula ke halaman utama laman KillTube, dipaparkan video popular pada bulan ini. Video itu dari channel Killer's Justice. Faizal mula klik pada butang play untuk menonton video tersebut. Empat orang diikat di atas kerusi dengan bibir mereka ditutupi dengan pita pelekat. Seorang lelaki datang dengan memakai topeng hoki. Seorang demi seorang mati, tukul kuku kambing, razor blade, pistol Glock 18 dan shotgun adalah antara senjata yang telah digunakan dalam video tersebut.

Pembuat video itu ada menyatakan di bahagian description di bawah video sebab dan kenapa keempat-empat mangsa tersebut dibunuh. "Jadi, pembunuh ni bunuh sebab mereka berempat tu dah lakukan kesalahan yang besar kepada masyarakat. Macam Robin Hood." Fikirnya. Jumlah tontonan untuk video itu sahaja sudah mencecah sebanyak 30 juta. Tetapi Faizal tidak berminat untuk membuat tangkapan terhadap Killer's Justice kerana Faizal merasakan dia membunuh kerana ada sebab... buat masa ini.

Faizal klik pada butang new video today, ada lebih kurang 100 video pembunuhan. "Macam mana polis nak hentikan semua ni, memang tak boleh. IPD kena bantu polis. Walaupun polis tak tahu pasal KillTube." Kata Faizal. Faizal memilih video yang berada dibawah nama Brave Dude.

Faizal melihat ke semua video miliknya. "Dia ni merompak sambil membunuh." Faizal mula menangkap beberapa keping gambar dan merakam video dalam salah satu video pembunuhan lelaki itu dengan menggunakan smartphone. Video itu memaparkan lelaki itu merompak sebuah kedai runcit, selepas dia mendapat wang, dia terus membunuh perempuan tua yang tidak bersalah itu. Kelihatan lelaki itu merakam videonya dengan menggunakan mini camera yang telah diletakkan dahulu sebelum dia datang merompak kedai tersebut. "Tergamak dia bunuh perempuan tua tu." Geram Faizal. Faizal memutuskan untuk menangkap lelaki yang memakai topeng gorila itu.

Faizal perlu berjumpa dengan Trent untuk memberitahu mengenai perkara ini, dia perlukan bantuan Trent untuk menangkap pembunuh yang bernaung di bawah channel Brave Dude.


Keesokan harinya...

Trent datang ke rumah Faizal. Faizal menunjukkan gambar dan video pembunuhan tersebut melalui smartphone kepada Trent. Trent melihat dengan penuh teliti pembunuhan itu.

"Kita kena tangkap dia." Kata Faizal dengan yakin.

"Tak, kita kena bunuh dia." Balas Trent dengan nada serius.

Faizal agak sedikit terkejut dengan jawapan Trent itu. "Tapi kita polis, kita kena tangkap mereka, dibicarakan ke mah-"

"Lelaki ni dah bunuh ramai orang, kau masih ada belas kasihan nak tangkap dia? Lagipun kau sekarang dalam IPD, bukan polis. Polis kena ikut undang-undang, kita, tak perlu." Ujar Trent dengan tegas.

Faizal terdiam sementara. "Jadi, macam mana kita nak cari dia?"

"Itu tugas aku dan IPD untuk cari lelaki ni. Kau nanti sent video dan gambar-gambar tu kat aku. Bila kami dah dapat lokasi dia, tugas kau untuk bunuh dia." Tegas Trent.

"Faham."

Trent mengeluarkan sepucuk pistol dari kot baju hitamnya. Pistol Glock 17 silencer. "Kau dah bunuh dia, bakar mayat dia." Kata Trent sambil meletakkan pistol di atas tapak tangan Faizal. Trent terus berlalu pergi meninggalkan Faizal keseorangan di dalam rumahnya. Faizal tidak menyangka IPD boleh melaksanakan tugas yang agak 'kotor' seperti yang akan Faizal jalankan. Selalunya, Faizal melihat di media, IPD akan menangkap dahulu penjenayah tersebut sebelum dibicarakan ke mahkamah. Mungkin dalam kes KillTube ini, istilah 'tangkap' tiada dalam kamus mereka, istilah 'bunuh' mula wujud dalam muka surat baru dalam kamus mereka.





No comments:

Post a Comment