Tuesday 12 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO - ALIEN SHOOTER (PC)

 

   Selain game tape, Diner Dash, Minesweeper dan Pinball 3D : Space Cadet. Alien Shooter merupakan game menembak pertama saya di komputer. Semasa saya berumur 7 tahun, saya bermain game ni di komputer CRT ( Cathode Ray Tube ) berjenama Iiyama. Saya hampir ketagih dengan game Alien Shooter, tetapi zaman tu saya tak habiskan masa banyak di hadapan komputer. Saya lebih suka bermain di luar rumah, lumba basikal, permainan robot, aci nyorok, main gasing tradisional, beyblade, crush gear, B-Daman, lawan kad Yu-Gi-Oh, pistol manik dan macam-macam lagi. Sebelum Call of Duty, Half Life dan Medal of Honor, ini game menembak pertama saya di PC.

   Apa yang best sangat pasal Alien Shooter ni? Well, it packed with non-stop action with a lot of enemies, advanced weapons and a huge bang. Alien Shooter dikeluarkan pada 14 september 2003 oleh syarikat permainan video Rusia, Sigma Team untuk PC dan pada tahun 2013 untuk IOS dan Android serta Playstation Vita. Alien Shooter menggunakan isometric top-down view sama seperti dalam game DOTA.



   Cerita dalam Alien Shooter tidak diketengahkan sangat, pemain bermain sebagai askar marin yang ditugaskan untuk "membersihkan" makmal eksperimen di mana alat teknologi teleportasi yang gagal telah membenarkan alien masuk untuk menguasai bumi. Ceritanya lebih kurang sama macam dalam game Doom, cuma Doom lebih unik kerana musuhnya berasal dari neraka.



   Alien Shooter lebih menekankan elemen gameplay. Pemain boleh menembak pecah dinding tertentu untuk mengumpul coins (duit) yang anda akan gunakan untuk upgrade karakter, senjata, beli ammo serta items lain. Kawalan di PC amat senang, game ni anda boleh pilih sama ada nak gunakan auto-lock atau manual untuk menembak. Untuk menggerakkan karakter hanya perlu WASD untuk bergerak. Anda boleh upgrade karakter dengan 4 jenis cip, cip merah untuk tingkatkan nyawa, cip biru untuk tingkatkan kekuatan, cip kuning untuk tingkatkan kepantasan berlari, cip hijau untuk tingkatkan ketepatan menembak. Nyawa boleh dipertingkatkan dari 100% ke 800% atau 900%.


   Kenapa sampai 900% ? Sebab segerombolan musuh akan muncul memenuhi skrin komputer anda, datang untuk membunuh pemain. Anda perlu pandai mengelakkan serangan musuh. Ada 10 level dalam Alien Shooter dan semakin anda mara semakin banyak anda akan temui jenis-jenis alien yang baru dan susah untuk ditumpaskan. Anda boleh bermain sebagai lelaki atau perempuan. Ada 9 jenis senjata boleh digunakan, dari dual pistol sehinggalah ke laser gun. 3 jenis body armor dan satu flying drone yang akan membantu pemain dalam misi.

   Setiap level, objektif pemain hanya perlu meletupkan sarang alien dan pintu masuk teleportasi. Apabila selesai, anak panah hijau akan menunjukkan pintu keluar. Ada mini-gun turrets disediakan di tempat tertentu untuk membunuh jumlah musuh yang tidak terkira. Sound dan music juga baik, soundtrack menggunakan genre rock. Grafik juga baik, sesuai dengan genre isometric-top down shooter. Selain single player mode, Alien Shooter menawarkan satu lagi mode iaitu survival.



   Selain Alien Shooter. Sigma Team ada mengeluarkan sekuel seperti Alien Shooter 2 : Reloaded, Alien Shooter : Vengeance dan Alien Shooter : Revisited yang dikeluarkan pada tahun 2010. Terbaru pada tahun 2013, Sigma Team mengeluarkan versi upgrade baru untuk game ni yang bertajuk Alien Shooter : The Beginning. Anda boleh dapatkan Alien Shooter : The Beginning di Android dan IOS secara percuma, tapi pastikan saiz skrin smartphone anda besar supaya anda selesa dan seronok untuk bermain. Alien Shooter : The Beginning menampilkan beberapa penambahan baru dari segi senjata, body armor, drones, upgrades dan skill sets untuk karakter anda. Selain main missions, versi baru memberikan anda untuk melakukan side missions yang hampir sama seperti survival. Juga terdapat musuh-musuh baru ditambah. Versi baru lebih mencabar dan merbahaya.

   Sigma Team juga memberikan peluang kepada anda untuk bermain versi asal Alien Shooter di smartphone. Tetapi versi asal ni anda perlu membayar untuk mendapatkannya. Selain Alien Shooter dan The Beginning, Sigma Team menyediakan satu lagi game Alien Shooter, Alien Shooter : Lost City yang juga percuma.



     Pengalaman pertama kali bermain game ni pada mulanya agak janggal di PC, mungkin kerana tak biasa dengan kawalan, tapi lama-kelamaan saya berasa selesa dengan controlling yang mudah. Kawalan di smartphone akan jadi senang jika saiz skrin smartphone besar. Ada sesetengah bahagian dalam game ni yang senang dan ada juga sesetengah bahagian yang amat gila susah. Anda tak ada teman dalam game ni, jadi anda berseorangan saja. 3 level pertama hanya sebagai warm up, tunggu di misi-misi seterusnya, anda akan diuji dengan hebat. Jika anda ingin mencari kelainan selain FPS atau TPS (Third-person shooter), anda boleh mencuba game di PC atau di smartphone anda.


Story : 2 / 5

Gameplay : 5 / 5

Sound and music : 5 / 5

Graphics : 4 / 5

Overall : 8 / 10

No comments:

Post a Comment