Saturday 23 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO (VIDEO GAMES REVIEW) - FAR CRY 3 ( PS3, XBOX 360, PC )

   

    "What is the definition of insanity? Is doing the same f**king thing over and over again." Oh yeah! Karakter Vaas memang terbaik dalam game Far Cry 3. Dia membawa kita sebagai pemain masuk ke dalam alam kegilaan yang penuh dengan kekejaman, kemarahan dan fantasi yang tidak masuk akal, di atas pulau yang penuh dengan benda misteri menanti pemain. Sampaikan fikiran Jason Brody hampir terikut-ikut seperti Vaas. Disebabkan personaliti yang menarik dan gila dari karakter Vaas Montenegro membuatkan Far Cry 3 adalah game yang terbaik untuk tahun  2012. 

    "What is the definition of insanity? Is doing the same f**king thing over and over again." Oh yeah! Vaas was the best character in Far Cry 3. Is like he brought us (player) into the world of insanity that full with brutality, madness and wired fantasy, on the island that was full with mystery things, waiting for player to discover it. Jason Brody's mind almost want to follow the same root like Vaas, which is very dangerous. Interesting personality from awesome Vaas Montenegro is what makes Far Cry 3 is the best video game title for year 2012.

   

     Far Cry 3 ialah permainan video bergenre first-person shooter yang telah dikeluarkan oleh Ubisoft Montreal, dengan kerjasama dari Ubisoft Massive, Ubisoft Shanghai, Red Storm Entertainment dan Ubisoft Reflections pada tahun 2012 untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Game ni menggunakan Dunia Engine 2 yang telah dinaik taraf untuk mencapai hasil yang terbaik dari segi grafik, animasi, motion capture dan audio, lebih baik dari game yang sebelumnya, Far Cry 2. 

    Far Cry 3 is a first-person shooter video game developed by Ubisoft Montreal in conjunction with Ubisoft Shanghai, Ubisoft Massive, Ubisoft Reflections and Red Storm Entertainment, published by Ubisoft in the year 2012 for PS3, Xbox 360 and PC. This game used Dunia Engine 2 that has been upgraded to get the best quality in terms of graphics, animations, motion capture and audio, better from its predecessor, Far Cry 2. The word "Dunia" means "world" in English, this word has been used in Arabic, Malay, Indonesian, Bengali, Persian, Punjabi, Swahili, Hindi, Gujarati, Telugu and Nepali languages.

   

    Anda akan bermain sebagai Jason Brody, budak bandar, manja dan masih keliru ke mana  hala tuju dalam  kehidupannya pada masa akan datang. Jason Brody sedang bercuti bersama-sama dengan Grant (abang), Riley (adik), Liza (teman wanita), Daisy, Keith dan Oliver di Bangkok, Thailand untuk meraikan Riley yang telah mendapat lesen kapal terbang. Semasa mereka bertujuh sedang melakukan aktiviti skydiving, mereka mendarat di sebuah pulau yang terletak di antara lautan Hindi dan lautan Pasifik, Rook Island. Malangnya mereka semua ditangkap oleh lanun-lanun yang berada di bawah pengaruh Vaas dan diletakkan di dalam kem tahanan, menunggu untuk dijual. Jason berjaya melarikan dari kem tahanan Vaas, tetapi tidak bagi abangnya, Grant.

    You will play as Jason Brody, town boy, pampered and still confused with his directions of life in the future. Jason go on vacation with his younger brother, Riley and Grant, his girlfriend, Liza, and his friends, Daisy, Oliver and Keith in Bangkok, Thailand to celebrate Riley for getting his pilot's license. While skydiving, they land on the tropical island that located between Indian and Pacific Oceans, Rook Island. Unfortunately for them,  they are all been captured by pirates led by Vaas and was held in the camps, waiting to be sell. Jason manages to run away from that camp, but not for his brother, Grant. Grant died shot to the neck by Vaas.

   

    Selepas jatuh ke dalam sungai, Jason diselamatkan oleh Dennis Rogers, dia berkerja untuk suku Rakyat. Dennis melihat potensi Jason untuk mengikut tradisi Rakyat "Path of the warrior" dalam misi Jason untuk menyelamatkan rakan-rakannya dan dalam masa yang sama membantu Citra, ketua suku kaum Rakyat untuk menghapuskan Vaas dan  juga Hoyt, seorang ahli perniagaan yang menjalankan urus niaga seperti pemerdagangan hamba dan pengedaran dadah.

    After fell down into the river. Jason were saved by Dennis Rogers, a man working for Rakyat tribe. Dennis see the potential of Jason to follow Rakyat tradition "Path of the warrior" on a mission to rescue his friends and at the same time help Citra, leader of the Rakyat to eliminate Vaas and Hoyt, a businessman who runs slave trader and drug trafficking business.

   

    Gameplay dalam Far Cry 3 sangat menyeronokkan dan mencabar. Di atas pulau Rook ni, pemain boleh pergi meneroka ke mana-mana saja kerana game ni adalah open-world. Terdapat banyak item tersembunyi boleh dicari seperti surat dari tentera Jepun yang sudah mati, kad memori dan patung artifak. Far Cry 3 juga menggunakan sistem experience points, karakter akan berada di tahap yang paling lemah dahulu. Setiap musuh yang telah ditumpaskan oleh pemain akan diberikan points. Apabila meter XP sudah mencapai tahapnya, pemain akan diberi peluang untuk upgrade karakter anda di skill trees.

    Gameplay in Far Cry 3 was very challenging and fun. On the Rook Island, you can go and explore anywhere you want because this is an open-world game. There's a lot of hidden items that can be found around the island like collecting letters from dead Japanese soldiers, memory cards and ancient artifacts. Far Cry 3 also used experience points system, your character will be weak at the earlier of the game, but as you progress the game, Jason Brody will become stronger. Each kills will rewarded you with XP points, which will fill up the XP meter. When the meter is full, you will get one skill point. And this skill points, you can used it to upgrade at the skill trees.

   

    Terdapat tiga bahagian dalam skill trees, Shark, Heron dan Spider. Setiap skill trees ni mempunyai kelebihan yang berbeza. Contohnya, Spider untuk serangan senyap dan kemahiran memburu, Heron untuk serangan jarak jauh dan mobiliti, Shark untuk serangan hadapan dan peningkatkan nyawa. Apabila satu skill sudah unlock dalam satu bahagian. Pemain dapat menggunakan kebolehan itu, contohnya seperti kemahiran mengelongsor, larian yang lebih laju, kalis api, ketepatan menembak, nafas lebih panjang semasa berenang dan menembak (sniper) dan sebagainya.

    There are three sections in skill trees, Shark, Heron and Spider. Each of this sections has different abilities like Spider for stealth takedowns and hunting skill, Heron for long-range takedowns and mobility, Shark for assault takedowns and health. When one skill has been unlocked in one of the three sections. Players can use that abilities as an advantage to defeat the enemies. Abilities that you can use is sliding, fireproof, faster sprint, better fire from the hip, higher accuracy while shooter, longer breath while using sniper rifle and swimming, reduce damages when you fall down and etc.

   

    Di atas pulau ni, bukan musuh saja yang pemain perlu risau, Binatang liar yang berada di sekeliling pemain juga perlu risaukan. Terdapat banyak jenis binatang liar dalam Far Cry 3, ada yang sesetengahnya tidak merbahaya seperti tapir, rusa, kerbau, burung dan sebagainya, melainkan anda cari pasal memang dia akan serang anda. Binatang yang memang bahaya semestinya harimau Sumatra, beruang liar, ikan yu, buaya, harimau bintang, anjing liar dan yang paling saya benci burung kasawari. Burung ni memang suka cari pasal, dia akan gerak ke arah kita dengan perlahan sebelum dia menyerang kita. Apapun, setiap haiwan-haiwan ni mempunyai kelebihan yang akan menjadi berguna buat kita sebagai pemain. Selepas anda membunuh haiwan tersebut, anda menyiat kulit binatang itu. Dan kulit itu boleh digunakan untuk menambah bilangan senjata yang boleh dibawa, jumlah grenad, peluru dan bekalan ubat-ubatan.

    On this island, is not just human that you have to worried about, wild animals around this tropical island also you have to worried. There are numerous of wild animals in Far Cry 3, some of them are not dangerous, herbivore like tapir, deer, buffalo, birds, boar and etc. Unless you act like an ass to them, they will attack on you. For dangerous animals, carnivore, eat flesh like Sumatran tiger, wild bear, shark, leopard, wild dogs and the most I hated, Cassowary bird. This Cassowary really likes to find trouble, they will move slowly towards me and suddenly attack with his claws, it really annoyed me. Anyway, you can skinning the animals after you killed it. And then, you can use that skin to upgrade number of weapons that you can carry, more ammo, more grenades and more syringes.

   

    Pada permulaan permainan, anda hanya boleh membawa satu senjata sahaja, maksimum empat senjata. Jumlah bahan letupan boleh dibawa sehingga 12 butir, ada empat jenis bahan letupan, grenad, molotov, C4 dan mine. Jumlah picagari boleh dibawa sebanyak 15. Game ni menggunakan sistem health meter, tapi boleh dipulihkan dengan menggunakan health syringes. Anda boleh membuat health syringe dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan tertentu. Terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan di atas Rook island dan bukan saja boleh mencipta picagari untuk meningkatkan nyawa saja, malah lebih dari itu. Terdapat lima warna yang ada tumbuhan tersebut dan setiap dari warna itu mempunyai berlainan fungsi. Contoh, tumbuhan hijau untuk tingkatkan nyawa, kuning untuk tingkatkan keupayaan skil memburu Jason, merah memberikan fokus kepada Jason semasa dalam petempuran, biru untuk tingkatkan kebolehan Jason untuk meneroka, putih untuk kesan fokus semasa berlawan. Jika pemain dapat menyelesaikan misi tertentu, anda boleh mendapat resepi rahsia untuk mencipta picagari baru, anda boleh gabungkan ke semua tumbuhan ini untuk mencipta resepi rahsia tersebut.

    In the earlier game, you can only use one weapon only, but as you progress to hunt down certain animals, you can carry your weapons up to four. Grenades, C4, mines and molotov can be brought up to twelve. Numbers of syringe also can be carry up to 15. This game used health meter, which I liked it. You can be healed by using health syringes. You can crafting your syringes by using plants around the Rook island. There's a lot of plants on the island, with different colours. Each of this colour on the plants represent different kind of abilities that players can use like green for health, yellow for Jason's hunting skill, red to increase Jason's focus in combat, blue for enhancing Jason's exploration capabilities, white to focus effects in fight. If you can complete certain missions, you can get secret recipes to craft a new syringe. You can combine certain plants to create that new syringe.

    Semasa menembak, pemain boleh berlindung di belakang objek dan mengintai kiri dan kanan untuk menembak. Pemain bebas untuk memilih cara bermain, sama ada senyap atau bising. Pemain boleh menggunakan special attack yang dikenali sebagai "takedowns", pemain boleh menyerang musuh dari posisi depan, belakang, atas dan bawah dengan menggunakan machete. Pemain boleh menggunakan kamera untuk mengunci pergerakan musuh atau haiwan supaya pemain boleh terus menjejakinya. Musuh juga mempunyai jenis yang berlainan seperti heavy gunner, charger, sniper, flamer, assaulter, berserker dan defender. Selain menyelesaikan misi utama. Pemain juga boleh menyelesaikan misi sampingan seperti membantu orang tempatan, menyerang kubu utama musuh di kawasan tertentu dapat mengambil alih semula kawasan tersebut dari lanun, mengaktifkan menara radio dapat mendedahkan lokasi kawasan dan banyak lagi. Far Cry 3 juga menyediakan mini games seperti poker, baling pisau, supply drop, trial of the rakyat, wanted dead, memburu dan sebagainya.

    While shooting, players can take cover behind objects, peek/lean left and right and also blindfire. You are free to choose the way you play in this game, stealth or guns blazing. Players also can perform silent takedowns by performing melee attacks from above, front, back and below. Players can use camera to highlight enemies and animals to keep tracking their movement. Enemies also have different types, heavy gunner, assaulter, defender, charger, flamer, sniper and berserker. Other than completing main missions, you can also complete side missions like helping local peoples around the island, attacking enemies outposts will make allies to take back that located area from the enemies, activating radio towers will reveal location of the area. Far Cry 3 also have mini games like poker, knife throwing, hunting, supply drop, trial of the rakyat, wanted dead and etc.

     

    Senjata boleh dibeli di kedai atau boleh dapatkan secara percuma jika pemain lebih banyak mengaktifkan menara radio. Ada lebih 35 jenis senjata antaranya ialah P416, AK-47, F1, 1911, MS16, U100, MKG, flamethrower dan banyak lagi. Semua senjata boleh diubah suai kecuali AK-47, GL-94 dan RPG-7 yang hanya boleh menukar warna sahaja. Senjata lain boleh ditambahkan attachments seperti red dot sight, silencer, extended mags, weapon camo. Senjata kegemaran dalam game ni? M-700 untuk jarak jauh, U100, P416 dan pistol silent Shadow. Di dalam 35 jenis senjata itu, disenaraikan "Signature Weapons" senjatanya lebih kurang sama macam yang dah kita ada, cuma lebih kuat.

        Weapons can be purchased at weapon stores or you can get it for free by just activating more radio towers. There are more than 35 different weapons that you can choose like P416, AK-47, F1, 1911, MS16, U100, MKG, flamethrower and many more. All of these weapons can be customized by putting an attachments like red dot sight, silencer, extended magazines. Except for AK-47, RPG-7 and GL-94 which can only changed weapon camo. My favorite weapons in Far Cry 3? M-700 for long-range, U100, P416 and silencer pistol Shadow. In that 35 types of weapons, there are also "Signature Weapons" which its weapons are more just the same as you already had. Just more powerful.

     

     Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh dinaiki oleh pemain seperti jeep, kereta biasa, ATV, jet ski, Buggy, hang glider dan trak. Kawalan semasa memandu baik begitu juga semasa menembak. Kenderaan yang sudah hampir rosak boleh dibaiki dengan menggunakan repair tools. Paling seronok adalah semasa menggunakan hang glider, saya dapat melihat setiap kawasan di atas pulau itu dari atas udara. Memandu ATV juga mencabar dan menarik. Tetapi yang tak bestnya, anda tak boleh menembak sambil memandu.

      There're few types of vehicles that player can use like jeep, normal cars, ATV, jet ski, Buggy, hang glider, and truck. Control for driving sequence is nice as well as when in combat. Vehicles that is almost non-working can be repaired by using repair tools. Hang glider was the best in the game, when you drive this thing, you can see the view of the island while you fly through the air. Driving ATV are also fun and challenging. But the down side was, you can't shoot while you drive. 

   

     Grafik dalam game ni memang cantik, berwarna-warni, malah seakan-akan kita memang berada di atas pulau tu. Perubahan cuaca yang dinamik, efek air yang cantik dan efek api yang terbaik, jika pemain menggunakan molotov atau pelancar api. Api tersebut boleh merebak ke rumput dan pokok. AI musuh hanya kelihatan biasa saja, tapi itu tidak mencacatkan permainan. Penggunaan motion capture juga baik. Manakala, skor musik dikomposerkan oleh Brian Tyler, lagunya cukup memberikan kita rasa seperti kita sedang memburu musuh atau diburu. Lagu Skrillex nyanyian Damian Marley, Make it bun dem memang kena bunyinya dengan misi Jason membakar ladang membuat dadah milik Hoyt. Misi tu menjadi permulaan dalam perubahan diri Jason Brody dari seorang yang pengecut menjadi seorang yang obses dengan pembunuhan.

     Graphics in this game are really beautiful, colourful, is like it really brought us into that island, I can feel the jungle and the sea are come up alive. It has a dynamic weather system, nice water and fire effects. If players use molotov or flamethrower, fire will spread out onto grass and trees, which you want to stay clear if you using fire stuff. While the enemy A.I. was just average, but that's not going to jeopardize your gameplay experience, don't worry. The motion capture are also the best. Music score was composed by Brian Tyler, his soundtrack enough to give us feels like we were hunting the enemies or be hunted.  Skrillex song, Make it bun dem sing by Damian Marley was really fits well on a mission where Jason objective is to burn Hoyt's drug farms. This was a mission that changed Jason's life from become sissy to a man who obsessed with killing people.

     

     Ada beberapa elemen yang sepatutnya di bawa keluar dari game Far Cry 2 masuk ke dalam Far Cry 3. Weapon jammed dan healing animations. Sepatutnya Ubisoft bawa sistem weapon jammed tu sebab petempuran akan jadi lebih sengit dan mencabar kerana pemain tidak akan berada di tempat selesa, mereka akan selalu risau tentang keadaan senjata dan bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah weapon jammed. Healing animations sepatutnya lebih banyak, tidak hanya terikat kepada membalut, mencabut, mengorek luka di tangan atau membetulkan tangan yang dah patah. Far Cry 2 lebih banyak healing animations, walaupun ada sesetengahnya tidak logik, tapi lebih menarik. Tidak hanya terikat kepada bahagian tangan saja, tapi di kaki dengan pelbagai jenis teknik untuk memulihkan meter nyawa.

     There are some elements from Far Cry 2 have, that also needs to be in Far Cry 3. Weapons jammed and healing animations. Ubisoft supposed to brought in weapons jammed system from previous game in this game because it can put the players outside from comfort zone and to be more worried about their struggle to maintain weapons condition. Healing animations in Far Cry 3 only have like three to four animations only while in Far Cry 2 had more than that, even some of it was not logic, but it's interesting.

     

     Macam Far Cry 2, kita boleh pilih hendak memihak ke puak mana-mana yang kita suka. Dalam Far Cry 3, kita hanya boleh memihak satu puak saja iaitu Rakyat. Saya juga teringin hendak bermain di pihak jahat, maksud saya di pihak Vaas. Sebab Vaas memang tak sukakan kakaknya, Citra yang mengamalkan ritual dan kepercayaan karut-marut yang menjadi punca Vaas memberontak tetapi malangnya Vaas juga telah diracuni oleh Hoyt dengan wang, dadah dan kekejaman. Tapi tahap kegilaan Vaas memang ekstrem membuatkan orang yang berfikiran normal seperti Jason menolak sementah-mentahnya Vaas. Namun, di penghujung jalan cerita, fikiran Jason Brody juga sudah hampir merupai sama seperti Vaas, tapi Vaas lebih gila. Ada dua penamat yang pemain boleh pilih, selamatkan kawan-kawan Jason atau tinggal di atas pulau itu bersama dengan Rakyat. Apa yang menarik di sini adalah, kita sebagai pemain diberi kuasa untuk memilih jalan yang tepat untuk kehidupan Jason seterusnya. Tetapi diri Jason berkata dia lebih suka tinggal di atas pulau tersebut. Jadi, kita, kita sebagai pemain perlu menyedarkan Jason supaya kembali kepada dirinya yang asal semula, ingat tujuan utamanya adalah untuk selamatkan rakan-rakannya dan keluar dari pulau tu. Kalau kita biarkan saja, maka kita gagal menentukan hala tuju hidup protagonist. Game ni mengajar saya supaya tidak lupa asal-usul, dari mana saya datang, walaupun merantau jauh ke tempat asing.

      Like Far Cry 2, we can choose any factions that we want to join. But in Far Cry 3, we can join Rakyat only. I always wanted to join Vaas pirates, what is likes to be a bad guy because from what I'm see, Vaas really didn't liked his sister, Citra who practicing mystical ritual and believes in wired and ridiculous stuff. Which can be the main reason why Vaas rebel against his sister, but unfortunately for Vaas, he was poisoned by Hoyt with money, drugs and cruelty. Also, Vaas are insane in the extreme ways, which can make normal minded person like Jason Brody will never accept Vaas as a human being. In the end of the game, Jason's mind also become almost the same like Vaas, but Vaas far more insane. There are two different ending you can choose, save Jason's friends or stay on the island with the Rakyat. What's interesting in here is we as a player are given power to choose the right path for Jason's life. But Jason said he was gonna stay on the island because he thinks that is his right path. So, we, we as a player to enlightening Jason back to the right path, so he can remember who he really is, where he came from, to save his friends and get out of there. If we just let it go, we failed and Jason will fall into a deep darkness. This game teaches me not to forget who am I, where I came from, even I wander through many different places around the globe.

      Kalau anda sukakan game ni, anda boleh membelinya di kedai game atau online. Game ni menjadi perhatian ramai kerana jalan cerita, watak, grafik dan gameplay yang menarik, ianya macam pakej "bercuti sambil membunuh". Far Cry 3 juga menyediakan multiplayer dan 4 co-op modes serta map editor di mana pemain boleh mencipta level design sendiri dan berkongsi ciptaan anda dengan rakan-rakan. Harap anda menyukai review saya kali ni. Auf Wiedersehen.

          If you like this game, you can buy it on game stores or online. This game received well of its interesting storyline, characters, graphics and gameplay, is like "killing while on vacation" package. Far Cry 3 also gives you multiplayer and 4 co-op modes, map editor which you can created your own map and share it to your friends, if have you friend. I hope you like my review. Auf Wiedersehen.



Storyline : 5 / 5

Gameplay : 4.8 / 5

Graphics : 5 / 5

Sound and music : 5 / 5

Overall : 9.5 / 10

       


    
    

    

    

    

No comments:

Post a Comment