Saturday 2 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO - KILLZONE

 
Killzone, kali pertama saya bermain game ni pada tahun 2008 atau 2009, selepas diperkenalkan oleh rakan sekolah saya. Dia memiliki konsol PS2, sejak dari hari itu, saya bermain game Killzone ni bersama dengan rakan saya. Saya hanya bermain 2 players offline multiplayer apabila saya berada di rumah rakan saya. Selepas beberapa bulan, baru saya membeli konsol game saya yang pertama sebab sebelum ni, saya hanya bermain game di komputer saja. Dan Killzone merupakan game PS2 yang pertama saya bermain.



   Killzone dikeluarkan oleh Guerrilla Games dan Sony Computer Entertainment pada November 2004 untuk konsol PS2 dan October 2012 untuk konsol PS3. Killzone menerima respon yang positif dari pengkritik permainan video. IGN memberi 7.5 dari 10, PSM 9.5 dari 10, Gamespot 6.9 dari 10 dan  Gaming Target 8.4 dari 10. Kalau tak silap saya, sebelum Guerrilla Games mengeluarkan Killzone, saya ada bermain satu lagi game buatan dari mereka, Shellshock Nam 67, game perang antara Amerika dan Vietcong.




   Kempen Killzone bermula apabila Empayar Helghast mula melancarkan serangan ke atas planet Vekta yang didiami oleh koloni ISA (Interplanetary Strategic Alliance). Empayar Helghast membalas dendam selepas kekalahan mereka ke atas ISA semasa insiden First Extrasolar War. Pemain akan bermula sebagai karakter seorang askar ISA, Kapten Jan Templar. Semakin mara pemain meneruskan misi, pemain dapat mencuba tiga lagi karakter, Luger, Sarjan Rico dan Hakha. 

   Setiap 4 karakter ni mempunyai kemahiran dan senjata tersendiri. Contoh, Kapten Jan Templar menggunakan hanya senapang raifal standard ISA dan bertindak seperti askar normal, Luger lebih kepada taktik senyap dengan senjata silent submachine gun dan pisau dan berkebolehan menggunakan thermal vision goggle. Sarjan Rico lebih kepada menjalankan tugas-tugas yang berat seperti musnahkan kereta kebal dengan menggunakan machine gun yang disertakan sekali dengan pelancar roket kerana dia antara karakter yang mempunyai health meter paling banyak. Hakha pula ialah seorang askar yang mempunyai taktik gabungan Templar dan Luger. Sebelum memulakan misi, korang boleh pilih antara empat karakter ni.



   Grafik juga bagi adalah yang kedua paling cantik untuk platform PS2. Tetapi Black masih di tempat pertama dalam list saya. Skor musik juga terbaik dan seakan-akan sama seperti musik dalam game Black. Skor Musik untuk game Killzone dikomposerkan oleh Joris de Man.


   Gameplay dalam Killzone sama seperti game Black. Ada health meter, boleh sprint. Ada sesetengah misi anda perlu lakukannya berseorangan, tetapi selebihnya, anda lebih kepada dalam kumpulan. Killzone mempunyai banyak level dan setiap lokasinya juga unik. Dari tanah tandus ke hutan paya ke pergunungan salji ke stesen angkasa. Jadi game ni memang lama, level design yang terbaik untuk game PS2. 


   Tapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah rekaan senjatanya. Ada lebih 15 mungkin 20 jenis senjata yang anda boleh cuba dan setiap salah satu darinya mempunyai fungsi yang unik dan berbeza. Malah saya rasakan rekaan senjata dalam game Killzone pertama lebih menarik dari Killzone 2 dan 3. Senapang ISA dalam Killzone 1 lebih nampak futuristik daripada senapang dalam Killzone 2 yang rupanya macam senapang zaman moden kita sekarang. Setiap senjata mempunyai secondary fire tersendiri. Contoh, senapang raifal ISA mempunyai pelancar grenad, manakala senapang Helghast ada single bullet shotgun. Shotgun kalau digunakan secondary fire akan melepaskan 3 bullet shells sekaligus. Dan favourite saya, machine gun Sarjan Rico boleh melepaskan roket ke arah musuh. 
Semuanya menarik untuk digunakan.



   Satu lagi, pemain dalam melakukan special kills ke atas musuh. Setiap senjata ada special kills animation tersendiri. Kegemaran saya ialah pisau dari karakter Luger, dia akan membaling pisau tersebut ke arah leher musuh dari jauh dan selepas itu dia datang dekat dan menarik pisau itu dari leher musuh. 

   Killzone adalah game yang best jika anda peminat first-person shooter. Jika anda mahukan game menembak dengan latar belakang yang futuristik serta single-player yang ada storyline yang menarik, game ni untuk anda. Game ni juga ada multiplayer, jika anda ada internet connection, anda boleh bermain online. Kalau tak ada, anda boleh juga bermain offline dengan bots. Untuk pengguna PS3, anda boleh membeli game ni di Playstation Network atau beli saja Killzone HD package.


Story : 5 / 5

Gameplay : 4.8 / 5

Sound and music : 4.7 / 5

Graphics : 4.5 / 5

Overall : 8.9 / 10

   

No comments:

Post a Comment