Friday 15 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO ( RPV ) - CALL OF DUTY : WORLD AT WAR ( XBOX 360, PC, PS3 )

   

    Dalam banyak-banyak siri Call of Duty yang saya dah main, saya rasa ini merupakan Call of Duty pertama yang memperkenalkan animasi gore, kamu tahu, kepala bersepai selepas ditembak oleh shotgun, kedua-dua belah tangan dan kaki putus ditembak. Benda yang menakutkan, tetapi seronok untuk dilihat semasa bermain. Saya bermain game ni pada tahun 2009 dengan menggunakan komputer lama, selepas itu saya cuba bermain game ni di konsol Xbox 360. Tetapi saya dapati, saya lebih seronok bermain game ni di PC kerana komputer menggunakan tetikus yang lebih cepat respon dari kontroller.

    Call of Duty ialah game first-person shooter yang telah dikeluarkan oleh Treyarch dan Activision pada November 2008 untuk pelantar Xbox 360, PC, PS3, Wii, Nintendo DS dan PS2 (Call of Duty : World at War Final Fronts, versi lain). Game ni menggunakan enjin IW 3.0, enjin yang pernah digunakan dalam game Call of Duty 4 : Modern Warfare. Cuma kali ni mereka membuat sedikit penambahan pada enjin dari segi audio dan efek visual. Dan game ni merupakan game kegemaran saya yang ketiga untuk latar belakang perang dunia kedua. Tempat kedua ialah Call of Duty 2 manakala tempat pertama ialah Medal of Honor : Airborne.

   

   Dalam single-player, pemain akan dapat mengawal tiga karakter berlainan. Pada awal permainan, pemain akan mengawal karakter Private C. Miller, United States Marine corps' 1st Division dalam kempen Pasifik. Amerika Syarikat menentang Empayar Jepun. Misi kegemaran saya dalam kempen Pasifik ialah "Little Resistance" di mana anda menyerang White Beach di Pulau Peleliu dan anda diberikan kawalan untuk memanggil serangan roket dari armada laut U.S. "Burn 'em out" dan "Relentless" juga antara misi kegemaran saya. Anda juga diberikan senjata flamethrower. Pemain boleh membakar musuh hidup-hidup dengan efek api yang realistik. Mayat tentera Jepun selepas dibakar juga nampak real dan menakutkan.

    Deployable Browning M1919 dan M1897 Trench Gun adalah senjata yang terbaik untuk kempen Pasifik. Jika pemain ingin melihat gore animations, dua senjata ni sesuai untuk anda. Tentera Jepun memang gila dalam game ni, mereka akan mara ke arah anda dengan melakukan serangan Banzai. Mereka selalu menyerang dalam berkumpulan, jika salah seorang tentera Jepun dapat menjatukan pemain, dia akan cuba untuk menikam anda dengan pisau bayonetnya. Tetapi jika anda dapat menekan butang melee dengan cepat, karakter anda dapat menepis serangan bayonet itu dan karakter anda membalas dengan tikaman tepat di bahagian leher musuh. Tentera Jepun juga suka bersembunyi dalam semak-samun, di atas pokok dan berpura-pura mati. Semua taktik ni amat merbahaya.

   

    Karakter kedua ialah Petty Officer Locke, operator senjata untuk bot terbang PBY Catalina semasa misi "Black Cats", masih lagi dalam kempen Pasifik. Dalam misi itu, anda akan mengawal 30. Cal dan 50. Cal mesingan serta 20MM cannon untuk memusnahkan kapal-kapal bekalan tentera Jepun dan bot PT. Misi memang best, dengan musik yang menggabungkan instrumen Jepun dan negara-negara lain di Asia Tenggara memang dapat melahirkan perasaan yang cemas.

    Karakter yang ketiga ialah seorang tentera Rusia, Prebet Dimitri Petrenko dalam kempen Eastern Fronts, Rusia menentang Nazi German. Kempen akan dimulakan di bandar Stalingrad, Rusia telah dikalahkan oleh Nazi, tetapi tidak lama kerana selepas setahun Rusia kembali membalas dendam dengan membunuh tentera German tanpa belas kasihan, terutamanya dalam misi "Their land, Their blood" Peperangan di Seelow Heights. Senjata kegemaran untuk kempen Rusia? Deployable MG 42, MP 40, Deployable FG 42.

   

    Rusia sukakan minuman Vodka. Apa akan jadi kalau kita gabungkan Vodka dan api? Molotov! Tentera Rusia memang suka membaling Molotov ke arah tentera Nazi German, melihat mereka dibakar hidup-hidup, dapat merasakan tentera Rusia memang ingin membalas dendam dengan menuju ke Berlin. Tentera German tidak agresif seperti tentera Jepun. Dalam kempen Rusia, pemain juga dapat mengawal kereta kebal yang dilengkapi dengan peluru berpandu dan pelancar api.

    Ada 4 tahap pemain boleh pilih, recruit, regular, hardened dan veteran. Kalau anda bermain veteran, berhati-hati kerana musuh akan membaling lima atau enam butir grenad ke arah pemain dan anda boleh mati selepas terkena empat atau lima tembakan, memang mencabar. Grafik bagus, ada sedikit penambahan baikan dari game yang sebelumnya. Efek api dan animasi gore memang best. Pelakon suara juga bagus, Kiefer Sutherland sebagai Koperal Roebuck dan Gary Oldman sebagai Sarjan Viktor Reznov. Musik juga terbaik, dikomposerkan oleh Sean Murray. Lagunya dapat menimbulkan suasana perang itu penuh dengan kekejaman dan menakutkan.

   

    Kalau anda sukakan game ni, anda boleh beli di kedai game atau online. Game ni ada kempen yang bagus dengan suasana perang yang dapat menusuk perasaan mengenai bertapa teruknya perang dunia kedua ni. Gore animations adalah kenapa saya kembali untuk bermain game ni berulang kali kerana inilah elemen kuat dalam game Call of Duty : World at War. Ia juga ada Nazi zombies dan multiplayer yang bagus. Harap anda menyukai review ni.


Story : 4 / 5

Gameplay : 4.5 / 5

Graphics : 4 / 5

Sound and music : 5 / 5

Overall : 8 / 10

    

No comments:

Post a Comment