Showing posts with label wars. Show all posts
Showing posts with label wars. Show all posts

Monday, 4 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO - HOMEFRONT (PC)

 

Homefront, game first-person shooter yang telah diperkenalkan pada bulan Mac dan April 2011 oleh Kaos Studio dan THQ untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Game ni menggunakan enjin Unreal Engine 3, enjin yang pernah digunakan dalam siri game Gears of War. Saya bermain game ni di komputer. Kawalan game boleh diubah suai. Homefront ada positif dan negatifnya. Is not a bad game, is was an 'OK' game.



    Cerita Homefront bermula pada tahun 2027, Korea Utara melancarkan penjajahan besar-besaran ke atas negara Amerika Syarikat. Anda akan bermain sebagai Robert Jacob, seorang bekas juruterbang helikopter untuk U.S. Marine Corps. Robert Jacobs menyertai pasukan penentang (resistance) untuk melawan balik tentera Korea Utara. Bagi saya, jalan cerita Homefront menarik kerana game ni menggunakan Korea Utara sebagai musuh utama. Game FPS yang lain hanya menggunakan Rusia atau timur tengah sebagai musuh dalam game mereka.



   Saya menyukai trailer game Homefront yang bertajuk Future History, mereka menunjukkan bagaimana dengan bermula kematian Kim Jong- il, anaknya pula Kim Jong-un mengambil tempat bapanya sebagai ketua negara Korea Utara pada tahun 2013, dan menyatukan Korea Utara dan Selatan menjadi Greater Korean Republic (GKR). Dari insiden kenaikan harga minyak di timur tengah sehinggalah ke kejadian Asian Bird Flu pada tahun 2022. Pada tahun 2025, GKR menghantar isyarat mesej 'keamanan' melalui satelitnya, tetapi sebenarnya ialah pelancaran tembakan EMP (Electromagnetic Pulse) ke atas Amerika Syarikat. Memudahkan tentera GKR melakukan 'soft invasion' ke atas negara Uncle Sam tersebut kerana semua peralatan elektronik tidak berfungsi dan tentera U.S. banyak mengunakan peralatan elektronik dalam senjata mereka. Jalan cerita dalam Homefront juga mengambil inspirasi dari filem Red Dawn (1984).



    Dari sudut positif, Homefront dapat menangkap perasaan saya dalam menyampaikan atmosphere yang menakutkan tentang bagaimana peperangan dapat memberikan kesan yang buruk ke atas masyarakat. Dari pembunuhan besar-besaran sehinggalah ke pengebumian rakyat Amerika yang dilakukan oleh tentera GKR. Perasaan takut itu sampai. Scene ibu melindungi anaknya dari tembakan yang bertalu-talu oleh tentera GKR, budak lelaki kelaparan meminta makanan dari Connor Morgan, kesusahan dan kepayahan mereka demi meneruskan kelangsungan hidup dan budak lelaki melihat ibu bapanya ditembak hidup-hidup di depan matanya. Ke semua scene tersebut memang dapat menangkap kesedihan dan  keburukan peperangan. Melihat scenes tersebut mengingatkan saya kepada bertapa susahnya penduduk Tanah Melayu dulu hidup dalam penjajahan Jepun. Ini membuatkan kita menghargai kemerdekaan yang kita capai, bebas dari cengkaman penjajah.



   Gameplay, sama saja seperti kebanyakan FPS yang lain. Anda akan berlawan bersama-sama dengan Connor Morgan, Hopper dan Riana. Misi mereka adalah untuk mengambil semula Golden Gate Bridge di San Francisco. Walaupun game ni menggunakan health regenerate system, tetapi game ni tidak seperti Call of Duty. Walaupun anda bermain dalam normal difficulty, anda akan mati selepas mendapat lima atau enam tembakan. Jadi, tidak digalakkan untuk melakukan melee attack kecuali bila anda dah betul-betul dekat dengan musuh.



    Pilihan senjata ok dan rekaan senjata juga ok, shotgun dalam game ni memang powerful. Terdapat banyak pilihan senjata, tetapi tidak banyak seperti dalam game Call of Duty Modern Warfare. Sekurang-kurangnya lima atau enam tembakan untuk membunuh tentera GKR dalam Homefront, kerana mereka pakai body armor yang tebal dan kuat. Pakaian tentera GKR mengingat saya kepada musuh dalam game Black, tetapi musuh dalam game Black lebih mencabar dan susah untuk ditumpaskan. 20 butir peluru di kepala, 30 atau 40 butir peluru di badan untuk shotgunner dalam game Black.

    Dalam game ni anda boleh kontrol Goliath, unmanned vehicle. Anda boleh highlight targets dengan menggunakan scope targeter untuk memudahkan kerja Goliath untuk menumpaskan musuh. Dalam game Homefront akan ada satu misi di mana pemain mengawal helikopter, kawalan helikopter dalam game ni baik. Sound dan musik juga baik, skor musik dikomposerkan oleh Matthew Harwood. Grafik pula bagi saya ok, tapi saya tak kisah sangat sebab saya main game untuk storyline dan merasai perasaan takut disebabkan oleh peperangan. Hanya kerana ideologi berlainan, nyawa orang-orang yang tidak bersalah dibunuh.



     Dari sudut negatif, game ni amat pendek, terdapat empat atau lima misi saja. Saya harapkan game ni lebih panjang, mereka boleh saja mendalamkan lagi jalan cerita Homefront. AI dalam game juga tak bagus, kadang-kadang team kita sendiri hanya berdiam saja tanpa melakukan apa-apa. But I still wish this game was longer because it has a great storyline. Mungkin kerana mereka tak cukup bajet kerana selepas game ni dikeluarkan, THQ menghadapi bankruptcy, manakala Kaos Studio ditutup.

    Crytek membeli hak cipta game Homefront, dan mereka meneruskan sekuel game ni dengan tajuk Homefront : The Revolution. Dengan menggunakan CryEngine 3 serta dengan kerjasama dari syarikat Deep Silver. Jika anda bermain dengan game Homefront, anda boleh cuba bermain game ni. Untuk multiplayer, mungkin boleh kerana game ni mendapat respon yang positif kerana multiplayer mode. Kalau anda tak kisah dengan misi yang pendeknya, dan hanya ingin merasai bagaimana menjadi pasukan penentang, berjuang untuk tanah air, game ni untuk anda.



Story : 4 / 5

Gameplay : 3.5 / 5

Graphics : 3 / 5

Sound and Music : 4 / 5

Overall : 5 / 10



 



   

Saturday, 2 January 2016

REVIEW PERMAINAN VIDEO - KILLZONE

 
Killzone, kali pertama saya bermain game ni pada tahun 2008 atau 2009, selepas diperkenalkan oleh rakan sekolah saya. Dia memiliki konsol PS2, sejak dari hari itu, saya bermain game Killzone ni bersama dengan rakan saya. Saya hanya bermain 2 players offline multiplayer apabila saya berada di rumah rakan saya. Selepas beberapa bulan, baru saya membeli konsol game saya yang pertama sebab sebelum ni, saya hanya bermain game di komputer saja. Dan Killzone merupakan game PS2 yang pertama saya bermain.



   Killzone dikeluarkan oleh Guerrilla Games dan Sony Computer Entertainment pada November 2004 untuk konsol PS2 dan October 2012 untuk konsol PS3. Killzone menerima respon yang positif dari pengkritik permainan video. IGN memberi 7.5 dari 10, PSM 9.5 dari 10, Gamespot 6.9 dari 10 dan  Gaming Target 8.4 dari 10. Kalau tak silap saya, sebelum Guerrilla Games mengeluarkan Killzone, saya ada bermain satu lagi game buatan dari mereka, Shellshock Nam 67, game perang antara Amerika dan Vietcong.




   Kempen Killzone bermula apabila Empayar Helghast mula melancarkan serangan ke atas planet Vekta yang didiami oleh koloni ISA (Interplanetary Strategic Alliance). Empayar Helghast membalas dendam selepas kekalahan mereka ke atas ISA semasa insiden First Extrasolar War. Pemain akan bermula sebagai karakter seorang askar ISA, Kapten Jan Templar. Semakin mara pemain meneruskan misi, pemain dapat mencuba tiga lagi karakter, Luger, Sarjan Rico dan Hakha. 

   Setiap 4 karakter ni mempunyai kemahiran dan senjata tersendiri. Contoh, Kapten Jan Templar menggunakan hanya senapang raifal standard ISA dan bertindak seperti askar normal, Luger lebih kepada taktik senyap dengan senjata silent submachine gun dan pisau dan berkebolehan menggunakan thermal vision goggle. Sarjan Rico lebih kepada menjalankan tugas-tugas yang berat seperti musnahkan kereta kebal dengan menggunakan machine gun yang disertakan sekali dengan pelancar roket kerana dia antara karakter yang mempunyai health meter paling banyak. Hakha pula ialah seorang askar yang mempunyai taktik gabungan Templar dan Luger. Sebelum memulakan misi, korang boleh pilih antara empat karakter ni.



   Grafik juga bagi adalah yang kedua paling cantik untuk platform PS2. Tetapi Black masih di tempat pertama dalam list saya. Skor musik juga terbaik dan seakan-akan sama seperti musik dalam game Black. Skor Musik untuk game Killzone dikomposerkan oleh Joris de Man.


   Gameplay dalam Killzone sama seperti game Black. Ada health meter, boleh sprint. Ada sesetengah misi anda perlu lakukannya berseorangan, tetapi selebihnya, anda lebih kepada dalam kumpulan. Killzone mempunyai banyak level dan setiap lokasinya juga unik. Dari tanah tandus ke hutan paya ke pergunungan salji ke stesen angkasa. Jadi game ni memang lama, level design yang terbaik untuk game PS2. 


   Tapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah rekaan senjatanya. Ada lebih 15 mungkin 20 jenis senjata yang anda boleh cuba dan setiap salah satu darinya mempunyai fungsi yang unik dan berbeza. Malah saya rasakan rekaan senjata dalam game Killzone pertama lebih menarik dari Killzone 2 dan 3. Senapang ISA dalam Killzone 1 lebih nampak futuristik daripada senapang dalam Killzone 2 yang rupanya macam senapang zaman moden kita sekarang. Setiap senjata mempunyai secondary fire tersendiri. Contoh, senapang raifal ISA mempunyai pelancar grenad, manakala senapang Helghast ada single bullet shotgun. Shotgun kalau digunakan secondary fire akan melepaskan 3 bullet shells sekaligus. Dan favourite saya, machine gun Sarjan Rico boleh melepaskan roket ke arah musuh. 
Semuanya menarik untuk digunakan.



   Satu lagi, pemain dalam melakukan special kills ke atas musuh. Setiap senjata ada special kills animation tersendiri. Kegemaran saya ialah pisau dari karakter Luger, dia akan membaling pisau tersebut ke arah leher musuh dari jauh dan selepas itu dia datang dekat dan menarik pisau itu dari leher musuh. 

   Killzone adalah game yang best jika anda peminat first-person shooter. Jika anda mahukan game menembak dengan latar belakang yang futuristik serta single-player yang ada storyline yang menarik, game ni untuk anda. Game ni juga ada multiplayer, jika anda ada internet connection, anda boleh bermain online. Kalau tak ada, anda boleh juga bermain offline dengan bots. Untuk pengguna PS3, anda boleh membeli game ni di Playstation Network atau beli saja Killzone HD package.


Story : 5 / 5

Gameplay : 4.8 / 5

Sound and music : 4.7 / 5

Graphics : 4.5 / 5

Overall : 8.9 / 10